Basikal Melaka ingin mengucapkan Selamat Menyambut Kemerdekaan Negara Ke-57. Semoga warisan basikal tua akan terus lestari dengan penuh sinergi. Bersama kita berjuang demi memartabatkan warisan dan budaya bangsa! - Admin Basikal Melaka

Jumaat, 25 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri - Maaf Zahir & Batin

Seluruh ahli-ahli Kelab Basikal Tua Batu Berendam (KBTBB) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung dan peminat basikal tua di seluruh Malaysia dan Nusantara. Semoga silaturahim dan persahabatan di antara kelab-kelab basikal tua yang ada akan terus akrab dan berpanjangan. Di kesempatan ini KBTBB dan barisan AJKnya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada semua sahabat-sahabat dan teman-teman yang sentiasa setia melayari blog KBTBB dan menyokong usaha KBTBB selama ini.

Insyaallah jika ada rezeki kita semua akan berjumpa di Acara Rumah Terbuka KBTBB yang akan diadakan tidak lama lagi. Semoga hari lebaran ini memberikan kita keberkatan, keampunan dan dimurahkan lagi rezeki oleh Allah SWT.

Salam Aidilfitri buat semua...
Maaf Zahir dan Batin.


Basikal Tua...Warisan Generasi Muda.
Admin KBTBB

Alamat KBTBB
Bengkel & Galeri KBTBB2743, Jalan Solok Pantai,Bt. 4,
Batu Berendam 75350 Melaka.

Hubungi KBTBB
Sdr. Jebat 017-639 7119
Sdr. Ikhwan 012-934 3953

Khamis, 10 September 2009

Majlis Berbuka Puasa KBTBB (Part III - Akhir): Pelancaran Logo & Jamuan Berbuka Puasa

Salam Ramadhan dan Salam Keamanan buat semua sahabat di Nusantara. Pada tanggal 5hb September 2009 bersamaan 15 Ramadhan 1430H bertempat di bumi bertuah Melaka, KBTBB kerana telah berjaya melancarkan logo terbaharunya. Majlis pelancaran yang diadakan pada bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini telah disempurnakan oleh Penaung KBTBB iaitu Sdr. Zulkifli Osman, seorang Tokoh Korporat muda yang disengani di Batu Berendam. Majlis bersejarah ini telah disaksikan oleh Tuan Mansor Shah, Wakil Ahli Parlimen Bukit Katil, Naib Pengerusi KBTBB (Sdr. Izan) yang mewakili Pengerusi KBTBB, Sdr. BM & Isteri dan seluruh ahli-ahli KBTBB.

Sdr. Zulkifli menurunkan tandatangannya sebagai simbolik merasmikan logo terbaharu KBTBB yang telah direka khas oleh blogger basikal tua iaitu Sdr. BM (Ikhwan), Sdr. Jebat (KBTBB) dan Sdr. Sanim (NBT).

Tuan Mansor Shah juga tidak ketinggalan menurunkan tandatangan mewakili Ahli Parlimen Bukit Katil bagi menyempurnakan Majlis Pelancaran. Beliau sempat memuji logo KBTBB yang terbaharu kepada Sdr. BM kerana rekaan dan warna yang menarik perhatiannya.

Gabungan elemen klasik-kontemporari logo terbaharu KBTBB mengabungkan jalinan antara lama (klasik) dan baru (moden/kontemporari) simbolik kepada tua dan muda selari dengan tagline rasmi KBTBB iaitu "Basikal Tua...Warisan Generasi Muda". Pemilihan warna biru tua melambangkan kesetiaan, ketaatan dan integriti dan warna oren melambangkan kemodenan, vibran, dan progresif. Elemen grafik - 3 pemuda berbasikal tua melambangkan revolusi, identiti, dan transformasi basikal tua untuk generasi muda. Elemen jalinan garisan biru dan oren melambangkan kerjasama, koleborasi, kekuatan, keterbukaan minda dan dinamik. Darisegi "direction" visual grafik - 3 pemuda berbasikal yang berkayuh menuju ke hadapan adalah kesinambungan kepada hala-tuju (direction) untuk terus melestari dan memartabatkan basikal tua di mata dan di hati masyarakat Malaysia, Nusantara dan dunia.

Sdr. BM (Ikhwan) yang sentiasa positif dan progresif mengutarakan idea-idea yang "fresh" dan bernas agar ahli-ahli tidak terbelenggu dengan pemikiran kolot dan sempit. Beliau yang bertindak sebagai Pengerusi Majlis memberikan penerangan dan taklimat mengenai aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dan akan bakal dirancang.

Sdr. Zulkifli selaku Penaung memberikan kata-kata semangat kepada ahli-ahli KBTBB dan berjanji akan membantu memaju dan membangunkan kelab ini ke peringkat yang lebih tinggi. Beliau juga berhasrat untuk membawa KBTBB berkoleborasi dengan agensi-agensi dan NGO untuk merancang program dan aktiviti yang lebih besar dan ternyata beliau juga mempunyai wawasan dan mampu membawa KBTBB untuk lebih cemerlang dan gemilang.

Ahli-ahli yang setia dan sentiasa bekerjasama - menjadi aset utama sesebuah kelab. Apalah ertinya sesebuah kelab kalau hanya gah pada nama. Ahli KBTBB sedang khusyuk mendengar ucapan dari Tuan Penaung sambil menantikan detik berbuka puasa.

Tepat jam 7:16 petang , Azan Maghrib pun berkumandang dan ahli-ahli dan tetamu jemputan menikmati juadah yang disediakan oleh Kedai Makanan Illa, Batu Berendam. Sebelumnya Tuan Imam sempat membacakan doa selamat untuk KBTBB dan doa berbuka puasa.

Sdr. Zulkifli juga turut bersama ahli-ahli dan tetamu KBTBB menjamu selera. Beliau juga seorang yang peramah dan sentiasa memberikan pandangan dan nasihat kepada ahli-ahli KBTBB untuk terus bergerak aktif. Beliau berpengalaman menjadi pemimpin beberapa pertubuhan berdaftar menyatakan bahawa beliau sangat-sangat kagum dengan usaha KBTBB yang bergerak tanpa bantuan dari mana-mana pihak dan agensi kerajaan.

Sebelum berpisah - photo ini ditujukan kepada sahabat-sahabat yang tidak dapat hadir pada hari tersebut terutamanya kepada Sdr. Sanim, Sdr. Mofti dan Sdr. Ajid serta semua peminat-peminat basikal tua di mana jua mereka berada. Kepada semua peminat mereka berdua ini ada sedikit ucapan - "Jangan maraaa aaaaa...jangan jeles geng". Begitulah kemesraan dan keikhlasan yang ditunjukkan oleh Sdr. BM dan Sdr. GB yang kini bergerak aktif bersama KBTBB.

Tamatlah 3 episod penting untuk KBTBB.
Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat yang menyokong KBTBB...kepada suara-suara "sumbang" itu teruskanlah "menyumbang" kerana kami semua akan terus mara ke hadapan menyemarak dan melestarikan hobi ini - Kita biarkan sahaja Si Luncai terjun dengan labu-labunya - Paling penting KBTBB bukan "angan-angan Mat Jenin" - Salam Ramadhan - Semoga Silaturahim Terus Berkekalan - Ikhlas daripada KBTBB.

Basikal Tua...Warisan Generasi Muda.
Admin - KBTBB

Alamat KBTBB Bengkel & Galeri KBTBB
2743, Jalan Solok Pantai,
Bt. 4, Batu Berendam 75350 Melaka.

Hubungi KBTBB
Sdr. Jebat 017-639 7119
Sdr. Ikhwan 012-934 3953

Selasa, 8 September 2009

Majlis Berbuka Puasa KBTBB (Part II): Bubur lambuk KBTBB diedar menaiki basikal tua

Salam Ramadhan buat semua. Pada paparan ke-2 (Part II) ini KBTBB ingin menceritakan pengalaman semasa kerja-kerja mengedarkan bubur lambuk dijalankan dan sambungan daripada cerita Part I. Selesai sahaja kerja-kerja mengisi dan mengenal-pasti "target" atau penerima bubur lambuk maka "Skuad Delivery" pun memulakan kerja-kerja mereka. Skuad ini dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil yang diketuai oleh Sdr. Jebat yang bertindak sebagai Ketua Operasi.

Inilah basikal yang digunakan sebagai kenderaan pengangkut bubur lambuk. Cuba tengok betul-betul pada lampu basikal tersebut...unik kan? Rare tuuuu...Lampu Miller pun kalah. Itu namanya kreatif dan inovatif geng...

Sdr. BM dan Wawa (Anne Acasia) juga turut serta mengangotai "Skuad Delivery". Yang atas basikal tu takkan korang tak kenal? Dialah Mr. GB - Jaguh Basikal Malaya...kekuatannya setakat ini takde siapa dapat tandingi. Keberaniannya tidak dapat disangkal dan kekuatannya tiada tandingan. Mr. GB bertindak sebagai Ketua Logistik (kalau saper tak tahu dulu Mr. GB nie belajar Undang-undang tauuuu...jangan tak caya haaaa...)

"Skuad Delivery" tiba dikordinat yang ditetapkan oleh Ketua Operasi...Acara pengedaran pun bermula...kalau dilihat dihadapan tuuu...yang berbaju merah tu ialah Sdr. Radzwan yang bertindak sebagai Skuad Peninjau merangkap "body guard".

"Haaa...kat situ..ada 2 rumah...tolong bagi yerrr". Kata Tok Penghulu yang begitu bersemangat mengedarkan bubur lambuk untuk penduduk kampung. Kelihatan Sdr. Jebat sedang mengusha Tok Penghulu...sambil berkata dalam hati "Dia Ketua Operasi ker ...Aku Ketua...macam overr jer...heheeee".

"Ini sumbangan daripada KBTBB yer pak cik" kata Tok Penghulu. "Terima Kasih Tok Penghulu...dah 6 abad saya tinggal kat Batu Berendam nie...belum ada sekali pun orang bagi saya bagi bubur lambuk tukkk." Kata Pakcik (Baju Askar tu). "Kalau nak dapat tiap-tiap tahun...Pakcik isilah borang jadi Ahli KBTBB...bukan bubur lambuk jer boleh dapat...macam-macam lagi boleh dapat". Kata Tok Penghulu yang sempat mempromo KBTBB.

"Apesal berat lagie nie...korang nie bagi ke tak kat orang kampung?" kata Mr. GB. "Kejap lerr...aku tengah nak bagi ler nie". Kata Sdr. Jebat. Manakala Sdr. Radzwan pula sibuk mengawasi keselamatan "Skuad Delivery". Pak Hassan juga dah tak sabar nak mengedarkan bubur lambuk KBTBB dengan penuh bergaya...manakala Tok Penghulu telah bergerak ke hadapan lebih awal sambil menunjukkan tangan ke arah jurukamera sambil berkata "Gambar aku dah banyak...no camera haaaa...no camera!".

"Tok...kat sana ada rumah...ishhhh-ishhhhh...lah ada aweksss...tok..kat sana tok!" teriak Mr. GB yang pantang tengok anak dara kat kampung BB. Tapi kalau tengok betul-betul di hadapan tu ada sebuah rumah Melaka yang klasik...comel rumah-rumah lama kat BB...kalau buat shooting drama ke filem ker memang cunnnn... dijadikan lokasi pengambaran.

Anne Acasia sempat beramah-mesra dengan adik-adik di BB. "Hari nie...puasa tak?" tanya Anne Acasia. Adik baju merah nie pulak usha jurukamera dan sempat bertanya "Bang duit raya takde ker?... abang ada bunga api tak...?" tanya adik nie. "Abang main meriam buluh dik...bunga api susah cari...x boleh jual nanti polis tangkap!" jawap jurukamera.

Kalau saper-saper nak tahu inilah rumah Ketua Menteri Melaka iaitu rumah DAR (Datuk Ali Rustam)...nasib baik puasa kalau tak KBTBB dah kayuh gie umah dia hantar bubur lambuk. Tapi sebagai kelab yang berkredibeliti KBTBB menghantar wakilnya sahaja iaitu Sdr. Fadhil Mafia, Sdr. BM (Ikhwan), Anne Acasia dan Mr. GB untuk ke sana.

"Macam pernah kulihat aja mobil ini...tapi di mana yaaa?!" kata Mr. GB. "Keretanya ada...orangnya mana yaaa?!" tambah GB lagi. Peluang berada diperkarangan rumah DAR tidak dipersia-siakan...maklumlah bukan senang-senang boleh masuk beb..kalau xde urusan rasmi lupakanlah beee...

Mr. GB berpeluang bergambar dikawasan kediaman DAR. Senyum dia sampai ke telinga...lobang hidung pun macam ada kembang sikit. Itu baru dapat masuk kat kawasan umah kalau dapat jumpa...mau dia minta kerja jadi "body guard" DAR...heheeee...jangan maraa aaaa..

Apa pun... KBTBB akhirnya dapat menyampaikan bubur lambuk untuk DAR dikediaman rasminya di Seri Negeri. Walaupun DAR tiada di rumah kerana ada urusan rasmi namun beliau telah dimaklumkan mengenai hasrat KBTBB menyampaikan pemberian tersebut. Insyaallah selepas raya AJK KBTBB akan ke rumah DAR untuk membuat "presentation" dan menyerahkan "kertas kerja" dan perancangan projek KBTBB bersama Kerajaan Negeri Melaka.

Semoga segala pengorbanan, kerja keras, dan penat jerih ahli-ahli KBTBB selama ini akan mendapat perhatian, bantuan, dan sokongan dari Kerajaan Negeri Melaka. Acara mengedarkan bubur lambuk tamat jam 5:30 petang...dan acara diteruskan dengan Pelancaran Logo Terbaharu KBTBB dan Majlis Berbuka Puasa....

Nantikan cerita Part III
Paparan Majlis Berbuka Puasa dan Majlis Pelancaran Logo Terbaharu KBTBB...tungguuu...

Alamat KBTBB Bengkel & Galeri KBTBB
2743, Jalan Solok Pantai, Bt. 4, Batu Berendam 75350 Melaka.

Hubungi KBTBB
Sdr. Jebat 017-639 7119
Sdr. Ikhwan 012-934 3953

Isnin, 7 September 2009

Majlis Berbuka Puasa KBTBB: Bubur Lambuk made in Batu Berendam - Part I

Salam Ramadhan. Pada 5hb September bersamaan 15 Ramadhan 1430H yang lalu maka sempurna dan terlaksanalah satu lagi program yang telah dirancang oleh KBTBB. Acara gotong royong memasak, membungkus, dan mengedarkan bubur lambuk di sekitar kampung Batu Berendam telah dapat dijayakan dengan semangat Silaturahim dan Kerjasama dikalangan ahli-ahlinya. Acara yang unik ini telah mendapat perhatian masyarakat setempat dan secara tidak langsung merapatkan lagi hubungan kemesraan penduduk kampung bersama KBTBB. Tahniah kepada semua ahli-ahli dan AJK KBTBB yang telah bertungkus-lumus dan bekerja keras untuk menjayakan Majlis Berbuka Puasa KBTBB pada hari Sabtu yang lalu.

Puan Azwa (Anne Acasia) turun padang membantu memasak bubur lambuk untuk KBTBB. Dibantu oleh Tok Penghulu, Chegu Saari, Encik Baba (tukang masak terhebat) dan Pak Hassan selaku (banker/bendahari)

Selesai sahaja memasak ahli-ahli KBTBB bekerjasama membantu mengisi bubur di dalam bekas plastik yang telah disediakan. Kelihatan digambar - Puan Azwa, Tong Penghulu, Fadhil Mafia , Bro Izan, Shamsir Samseng, dan Pak Hassan Tukang.

Ahli-ahli KBTBB melakukan kerja-kerja akhir dan memastikan jumlah bubur mencukupi mengikut bancian awal jumlah penduduk yang telah dilakukan dibilik gerakan. Semuanya telah dirancang teliti bagi melancarkan program agar tenaga & masa dapat dijimatkan - ini namanya mengaplikasi STRATEGI geng.

Bekas plastik yang diisi bubur dilekatkan mesej "Salam Ramadhan" - Semoga Silaturahim Terus Berkekalan dan tertera logo terbaharu KBTBB menyerlahkan lagi imej/identiti dan "branding" sebagai kelab basikal yang berkredibeliti, diiktiraf dan disokong oleh Kerajaan Negeri. Maklumlah ini bukan kelab basikal "cap ayam" yer... KBTBB siap ada cop SIRIM tuuu..

Mr. GB (Gagah Berani) pun turut serta memeriahkan Majlis sebagai tetamu jemputan khas KBTBB. Khabarnya Mr. GB pun nak jadi "orang Melaka" sebab kedatangannya sememangnya sentiasa disambut dengan mesra oleh orang-orang kampung. Ehemmm siap dah ada bakal "Mak Mertua" lagi tuuu...

Hahaaaa..tak kira lah boss ker kuli ker...ketua projek ker...kerja tetap kerja. Sdr. BM (Ikhwan), Chegu Saari dan Fadhil Mafia mengambil-alih tugas mencuci periuk sampai berkilat macam rim basikal. Diorang sebenarnya bukan basuh periuk tapi main air...

Naib Pengerusi KBTBB (Bro Izan) dan Bendahari (Pak Hassan) menyusun bubur lambuk di dalam bakul rotan sebelum diedarkan oleh "Skuad Penghantar/Delivery" yang akan bergerak mengililingi kampung.

Sdr. Jebat juga tidak melepaskan peluang membantu mengisi bubur lambuk di dalam bakul rotan. Tahniah kepada Sdr. Jebat kerana berjaya menjadi ketua (Leader) untuk melaksanakan aktiviti dan program bubur lambuk untuk KBTBB. Paling ketara KBTBB kini sedang melalui satu proses "transformasi" dan "pembaharuan" untuk terus mara ke hadapan dan menjadi kelab basikal tua yang berkarisma dan berkredibeliti.

Bersambung untuk Part II -
Nantikan cerita yang lebih menarik lagieee...jangan maraaa aaaa.

Rabu, 2 September 2009

Sambutan Kemerdekaan ke-52 : KBTBB bersama Ketua Menteri Melaka - Datuk Ali Rustam (DAR)

Salam Kemerdekaan ke-52 buat semua.
Siapa sangka KM (Ketua Menteri Melaka) Datuk Ali Rustam (DAR) sudi hadir berkayuh bersama KBTBB pada malam sambutan Merdeka ke-52 yang lalu. Kami memang tidak menyangka bahawa beliau (DAR) sanggup datang bersama-sama exconya menyokong kayuhan Merdeka KBTBB pada malam itu. Walaupun pada mulanya kami anggapkan ianya sebagai gurauan ternyata ianya adalah benar. "Tunggu saya di sana (Menara Taming Sari) malam nie. Saya akan datang" kata DAR kepada Sdr. Fadhil melalui panggilan telefon. Untuk makluman semua ini adalah kali ke-2 DAR hadir menyokong dan berkayuh bersama KBTBB, kali pertama sewaktu Larian 1 Malaysia di Melaka pada Mac yang lalu.

Tepat jam 12:30 malam Datuk Ali Rustam (DAR) tiba diperkarangan Taming Sari dengan menaiki kereta rasminya. Kami masing-masing tersenyum simpul dan dalam hati berbunga-bunga menyambut ketibaannya. Dari riak wajah beliau terpancar rasa bangganya melihat usaha anak Negeri Melaka yang sanggup berkayuh basikal dari Batu Berendam mengelilingi Bandar Melaka semata-mata mahu menunjukkan semangat Kemerdekaan kepada masyarakat walaupun secara rasminya tiada acara sambutan pada malam itu.
--
Datuk Ali Rustam yang lengkap berpakaian baju melayu sempat bertanyakan mengenai aktiviti dan perancangan KBTBB di masa hadapan kepada ahli-ahli. Kelihatan Pak Hassan Tukang tersenyum bangga dapat berjumpa dengan DAR sambil diperhatikan oleh ahli-ahli yang lain.

DAR bergambar bersama basikal tua Raleigh 28" milik salah seorang ahli KBTBB setelah mencuba mengayuh basikal tersebut. Secara peribadi beliau lebih gemar mengayuh basikal 28" berbanding 26" dan nampaknya beliau lebih selesa menggunakan basikal 28". Lepas nie nampak gayanya terpaksalah KBTBB carikan sebuah basikal 28" untuk DAR.

KBTBB bersama DAR melaungkan "Merdeka!" dengan penuh semangat diperkarangan Menara Taming Sari sambil diperhatikan oleh orang ramai yang berada di situ.

DAR bersama pengunjung dan orang ramai - bangga bergambar dengan menaiki basikal Raleigh 28"

KBTBB meneruskan perjalanan dan kayuhan di sekitar Bandar Hilir Melaka. Cuaca di Melaka malam itu sungguh baik dan dingin.

Basikal tua masing-masing dihiasi bendera Malaysia dan Negeri Melaka. Walau pun ramai yang tidak dapat turut serta namun acara kayuhan masih tetap diadakan.

DAR bersama KBTBB minum teh sambil berbual-bual di Restoran Zubaidah (port wajib KBTBB). Khabarnya tuan punya restoran pun macam tak percaya..kenapa tak percaya ka?

DAR memberikan kata-kata semangat dan berjanji akan menyokong usaha KBTBB memertabatkan basikal tua. Banyak juga permintaan DAR kepada KBTBB salah satunya untuk meminta KBTBB merakamkan acara kayuhan dan dipancarkan pada layar gergasi di sekitar Bandar Melaka sebagai 1 produk pelancongan - itu Sdr. Ikhwan punya portfolio.

Menurut DAR lepas ini apa-apa aktiviti dan acara yang akan dirancang boleh terus berjumpa beliau. Lepas ini akan lebih banyaklah kerja yang perlu dilakukan oleh KBTBB selepas Aidilfitri nanti. Bagi KBTBB ini merupakan penghargaan dan penghormatan yang tertinggi pernah diterima daripada Pemimpin Kerajaan terutamanya apabila usaha kami mendapat restu dan "Green Light" dari pemimpin No. 1 di Melaka.
...
Semoga kegemilangan sejarah silam akan berulang kembali. Kepada yang terlupa, menurut catatan sejarah, Tuanku Abdul Rahman telah tiba jam 11.00 pagi pada 21 Februari 1956 di Lapangan Terbang Batu Berendam dengan membawa berita paling gembira iaitu Kemerdekaan negara kita. Di MELAKA lah buat pertama kalinya laungan MERDEKA! dilaungkan dihadapan 100,000 rakyat jelata. Di sinilah (MELAKA) bumi paling bertuah untuk kita melestarikan usaha murni ini - Salam Kemerdekaan buat semua.
...
Basikal TUA...Warisan Generasi MUDA
Admin KBTBB

Selasa, 1 September 2009

Jemputan Majlis Berbuka Puasa KBTBB pada 15 Ramadhan 1430H (Sabtu - 5.9.2009)

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan buat semua sahabat-sahabat dan rakan-rakan bloger KBTBB.
KBTBB dengan sukacitanya akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa untuk semua ahli-ahlinya dan berbesar hati untuk menjemput rakan dan sahabat yang sudi untuk turut sama memeriahkannya pada 15 Ramadhan 1430H. Sebagai sebuah Kelab basikal yang prihatin dan sentiasa menjaga kebajikan ahli-ahlinya maka AJK KBTBB telah merancang untuk mengadakan Majlis ini dengan bertemakan "Silaturahim Dipereratkan, Kerjasama Diperkasakan".

Sejajar dengan tema yang telah dicetuskan oleh "mastermind" KBTBB iaitu Sdr. BM yang sentiasa sarat dengan idea-idea bernasnya. Maka dengan itu KBTBB akan bergotong-royong untuk memasak dan mengedarkan bubur lambuk menaiki basikal tua masing-masing bagi membuktikan hubungan silaturahim dan kerjasama dikalangan ahli-ahlinya bakal menjayakan Majlis yang telah dirancang.

KBTBB juga amat-amat berbesar hati untuk melancarkan logo rasminya setelah mendapat perkenan dari Penaung dan juga VVIP termasuk Ketua Menteri. Disamping berbuka puasa dan menjamu hidangan, ahli-ahli KBTBB juga akan menunaikan Solat Tarawikh beramai-ramai menaiki basikal tua masing-masing.

Kami di KBTBB sentiasa menerima tetamu tidak kira dari mana anda berada untuk kita sama-sama memeriahkan Majlis Berbuka Puasa KBTBB. Tak kenal maka tak cinta...

Basikal Tua... Warisan Generasi Muda
Admin KBTBB.