Basikal Melaka ingin mengucapkan Selamat Menyambut Kemerdekaan Negara Ke-57. Semoga warisan basikal tua akan terus lestari dengan penuh sinergi. Bersama kita berjuang demi memartabatkan warisan dan budaya bangsa! - Admin Basikal Melaka

Jumaat, 20 Mac 2009

Kayuhan KBTBB untuk pengambaran Jejak Merdeka - Majalah 3 (TV3)

Pada Sabtu, 14hb Mac 2009 yang lalu KBTBB telah mengadakan satu acara kayuhan basikal tua di Batu Berendam, Melaka bagi tujuan pengambaran Majalah 3. Persiapan untuk pengambaran ini telah dilakukan 3 minggu yang lalu dan telah diselaras oleh Sdr. Ikhwan dan Sdr. Jebat serta ahli-ahli KBTBB. Setelah mendapat kebenaran bertulis dari MBMB, acara tersebut akhirnya telah dimulakan di Bengkel KBTBB milik Pengerusi KBTBB Sdr. Alias tepat jam 2:45 petang. Wartawan Majalah 3, Fariha Onn bersama Sdr. Fadil (Jurukamera) telah tiba seawal jam 12:30 tengahari untuk merakam aktiviti dan persiapan acara KBTBB.

Rombongan KBTBB seterusnya berkayuh sejauh 6 km menuju Bandar Hilir, Melaka menyelusuri laluan yang telah ditetapkan. Walaupun cuaca agak panas sepanjang perjalanan Rombongan KBTBB akhirnya tiba di Bangunan Merah dan berehat sebentar sambil menikmati Cendol Mamak berhadapan bangunan tersebut. Peluang berehat ini memberi ruang untuk semua ahli-ahli bertukar-tukar pandangan sambil menikmati keindahan bandaraya Melaka yang kini telah menjadi Bandaraya Warisan Dunia.

Paling manisnya Rombongan KBTBB telah sempat bergambar dengan penyanyi Nash yang kebetulan berada di Bandar Hilir, ahli-ahli pun tidak melepaskan peluang bergambar bersama penyanyi tersebut. Sambil bersalaman Nash sempat berkata "Wahhh cantik-cantik basikal tua nie". Nash juga berkesempatan mengayuh salah sebuah basikal tua milik ahli-ahli KBTBB. Acara kayuhan diakhiri dengan laungan kemerdekaan sebanyak 3 kali sebagai mengenang kembali detik dan peristiwa pada 22 Feb. 1956 ditapak Memorial Kemerdekaan.

Ketibaan ahli-ahli KBTBB di hadapan bengkel milik Pengerusi (Sdr. Alias)

Fariha dan jurukamera sedang merakamkan persiapan KBTBB

Sdr. Izan menceritakan pengalaman dan koleksi basikalnya kepada Majalah 3

Fariha menemubual Sdr. Izan dihadapan rumahnya

Sdr. Jebat mengetuai Rombongan KBTBB ke Bandar Hilir, Melaka

Rombongan tiba di Bangunan Merah

Pengerusi KBTBB Sdr. Alias ditemuramah

Sdr. Jebat menghulurkan Cendol untuk Anne Acasia dan Fariha

Sdr. Tajudin dari Pahang

Nie dia Brader Songkok Tinggi

Sdr. Jebat dan Pak Hassan selaku orang kuat KBTBB

Bergambar kenang-kenagan

Nash bersama ahli-ahli KBTBB

1...2...3...senyum

1 lagi lakaran sejarah tercatat untuk KBTBB
...
KBTBB ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Wartawan Majalah 3, Fariha Onn dan Jurukameranya, Sahabat-sahabat basikal tua yang sudi hadir, Sahabat-sahabat bloger, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, dan semua ahli-ahli KBTBB yang sudi hadir memeriahkan acara...Semoga anda semua terus menyokong dan memertabatkan basikal tua di Malaysia...Moga bertemu dilain acara. Admin Basikal Melaka