Basikal Melaka ingin mengucapkan Selamat Menyambut Kemerdekaan Negara Ke-57. Semoga warisan basikal tua akan terus lestari dengan penuh sinergi. Bersama kita berjuang demi memartabatkan warisan dan budaya bangsa! - Admin Basikal Melaka

Jumaat, 21 Oktober 2011

Muat turun "Epik Basikal Tua" dengan paparan interaktif dan multimedia di Berita Harian Online untuk aplikasi iPad


Kini peminat basikal tua/klasik boleh melihat paparan basikal tua dengan cara yang lebih interaktif dengan persembahan multimedia yang canggih di iPad. Kepada yang memiliki gajet iPad, paparan "Epik Basikal Tua" boleh dimuat-turun di iBH melalui laman web http://www.bharian.com.my/ dan rasai pengalaman baharu dunia multimedia yang serba moden dan canggih.

KBTBB juga ingin mengucapkan Selamat Datang kepada semua peminat-peminat basikal tua yang melayari laman blog ini melalui iBH. Semoga maklumat dan informasi menarik yang dipersembahkan di blog ini memberikan faedah dan manfaat yang berguna buat semua. Semoga warisan basikal tua terus lestari dan berkembang di Malaysia. Jutaan terima kasih buat En. Saufi Hamzah bersama Sdr. Ridza Basar dan Sdr. Naz kerana berjaya memapar dan menerbitkan "Epik Basikal Tua" di iBH semoga usaha kalian akan mendapat balasan dari Allah S.W.T. - Admin KBTBB




Selasa, 18 Oktober 2011

KBTBB menjayakan pengambaran bersama ASTRO untuk program remaja di i-TV (saluran C180)

Ternyata nama KBTBB semakin dikenali kerana telah begitu sinonim dengan "basikal tua" di Malaysia. Ini terbukti apabila baru-baru ini KBTBB telah diberi peluang untuk tampil menjayakan satu program baharu yang akan diterbitkan di C180 Astro atau lebih dikenali sebagai saluran i-TV. Pengambaran yang telah dijalankan pada pertengahan September 2011 yang lalu memfokuskan penglibatan remaja dan anak-anak muda yang meminati hobi basikal tua. Menurut penerbitnya Cik Maya, pemilihan KBTBB adalah kerana kelebihan yang ada pada kelab basikal tua ini di mana ahli-ahlinya terdiri dari golongan muda dan remaja. Berbanding dengan kelab-kelab basikal tua yang lain amat sukar untuk menemui sebuah kelab basikal tua yang mempunyai ahli-ahli yang terdiri dari golongan muda (remaja) kerana kebanyakkan kelab yang ada dianggotai oleh golongan berumur dan veteran.

Rancangan yang berkonsepkan "aktiviti remaja", pengambaran dan story-line berkisar mengenai minat remaja dan anak-anak muda untuk meneruskan hobi basikal tua di Malaysia. Dua orang ahli KBTBB yang terpilih untuk ditemu-bual ialah adik Ahmad Daniel Omar dan adik Mohamad Al-Hafiz. Turut hadir memeriahkan pengambaran ialah Sdr. Zaid AF yang diundang sebagai pengacara. Selain dari itu Pengerusi KBTBB dan Timbalannya iaitu Sdr. Alias Omar dan Sdr. Jebat juga diberi peluang untuk menceritakan serba-sedikit mengenai latar-belakang kelab, aktiviti, jenis-jenis basikal dan sebagainya untuk dikongsikan kepada penonton. Rancangan ini akan menemui penonton-penontonnya pada November nanti dan kami akan memaklumkan tarikh dan masa siarannya.

Diharapkan dengan adanya paparan seumpama ini akan membuka minat dan memberi pengetahuan kepada semua remaja dan anak-anak muda di Malaysia mengenai basikal tua. KBTBB juga mengharapkan perkembangan yang positif agar hobi yang sama-sama kita cintai ini akan terus lestari. Hentikan sifat fitnah-memfitnah dan jadilah manusia yang memberikan "sumbangan" dan bukan "menghancurkan" usaha-usaha yang telah kita sama-sama lakukan untuk menaikkan martabat hobi. Semoga basikal tua terus diminati oleh remaja-remaja di luar sana... dan bukan hanya untuk golongan veteran dan berumur...tetapi hobi untuk semua!




Isnin, 3 Oktober 2011

KBTBB kelab basikal tua pertama dipaparkan dalam iBH (Berita Harian online dalam aplikasi iPad) berformat HD & dimensi digital

Ahad 2 Oktober 2011 - iBH untuk aplikasi iPad dari Berita Harian Online melalui wakilnya En. Saufi dan En. Ridza (Jurukamera video HD) dengan dibantu En. Naz (jurufoto Berita Harian) telah sudi memberikan ruang dan peluang kepada KBTBB untuk menjadi Kelab Basikal Tua/Klasik yang PERTAMA di Malaysia tampil memenuhi ruang dan paparan di iBH. Sebagai sebuah kelab basikal yang aktif dan progresif KBTBB ingin membawa hobi ini lebih maju dengan mendekati generasi muda dan golongan sofistikated mengenali basikal tua di alam siber yang serba canggih dan moden. Peluang keemasan seumpama ini seharusnya digunakan sebaik mungkin oleh KBTBB untuk mempersembahkan kandungan-kandungan berinformasi kepada penggunanya mengenai basikal tua.

Di ketuai oleh Sdr. Ikhwan Ibrahim selaku Ketua Projek / Media & Publisiti KBTBB team iBH dan KBTBB telah bekerjasama menghasilkan "content" terbaik dengan memaparkan aktiviti basikal tua/klasik untuk dijadi sajian pembaca dan pengguna iPad di Malaysia dan mungkin juga boleh dilihat di seluruh dunia. Walaupun teknologi seumpama ini masih baru di Malaysia namun KBTBB harus optimistik dengan mengikut peredaran masa dan zaman agar terus relevan di masa hadapan. Bermula jam 10:00 pagi - pengambaran di mulakan di sekitar Bandaraya Melaka dan berakhir di Pengakalan KBTBB di Batu Berendam kira-kira jam 3:30 petang. Banyak perspektif menarik telah diajukan oleh Sdr. Ikhwan kepada En. Saufi iaitu Penolong Editor yang hadir membuat liputan bersama team iBH di Melaka.

Untuk makluman, iBH memaparkan kandungan maklumat mencakupi pelbagai aspek gaya hidup anda dalam bentuk multimedia interaktif yang ringkas tetapi menarik. Informasi dipersembahkan menerusi penulisan mudah digabung jalinkan dengan paparan foto, video, audio, grafik dan animasi menarik. Kandungan maklumat yang kita peroleh daripada iBH kekal dan boleh dirujuk pada bila-bila masa saja dengan hanya ‘sentuhan jari’. Pembaca bukan sekadar membaca, melihat dan menonton, malah mampu membina arkib informasi multimedia peribadi. Begitulah canggihnya aplikasi iBH ini seperti yang diterangkan oleh En. Saufi kepada ahli-ahli KBTBB.

Kayuhan penuh tenaga dan gaya...seolah-olah Bandaraya Melaka kembali ke zaman silam...

Pengerusi KBTBB, Abg Alias Omar sedang ditemu-bual oleh Berita Harian Online

Sdr. Ikhwan memberikan penerangan lanjut mengenai objektif dan tujuan KBTBB melestarikan basikal tua di Melaka

Generasi muda dan pelapis KBTBB yang terdiri dari anak-anak kampung yang berminat mengayuh dan menyintai basikal tua...lihat sahaja gaya dan gelagat mereka...happy dan ceria!

Bersama ahli-ahli KBTBB yang hadir menjayakan pengambaran basikal tua untuk iBH di Banda Hilir, Melaka pada hari Ahad lalu

Puan Rokiah yang tampil klasik dan ceria bersama pakaian ala-ala Che' Saloma...kelainan yang tidak ada pada kelab-kelab basikal klasik/tua yang lain...itulah uniknya KBTBB :)

Antara ahli yang mendapat perhatian jurugambar dan pelancong-pelancong yang hadir sewaktu pengambaran... KBTBB antara perintis kelab basikal tua/klasik yang memperkenalkan konsep "basikal dengan citra"

Deretan basikal tua yang menjadi tumpuan dan subjek utama pengambaran... hobi yang tak kira umur, pangkat, bangsa, agama dan keturunan...semuanya SAMA yang penting aktif dan satu hati

Penuh gaya klasik... tak guna ada basikal hebat-hebat tapi takde sumbangan pada masyarakat. Ada basikal kita kayuh bukan buat stock syok sendiri... kalau 100% England pun simpan dalam "kandang" nak buat apa...sekali sekala bawa lah bertarung beee...paling takpun dikayuh....***Basikal Bt. 3 pun takpe...janji "glamour youuu" jangan ler jelesss beee....
...