Basikal Melaka ingin mengucapkan Selamat Menyambut Kemerdekaan Negara Ke-57. Semoga warisan basikal tua akan terus lestari dengan penuh sinergi. Bersama kita berjuang demi memartabatkan warisan dan budaya bangsa! - Admin Basikal Melaka

Selasa, 8 September 2009

Majlis Berbuka Puasa KBTBB (Part II): Bubur lambuk KBTBB diedar menaiki basikal tua

Salam Ramadhan buat semua. Pada paparan ke-2 (Part II) ini KBTBB ingin menceritakan pengalaman semasa kerja-kerja mengedarkan bubur lambuk dijalankan dan sambungan daripada cerita Part I. Selesai sahaja kerja-kerja mengisi dan mengenal-pasti "target" atau penerima bubur lambuk maka "Skuad Delivery" pun memulakan kerja-kerja mereka. Skuad ini dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil yang diketuai oleh Sdr. Jebat yang bertindak sebagai Ketua Operasi.

Inilah basikal yang digunakan sebagai kenderaan pengangkut bubur lambuk. Cuba tengok betul-betul pada lampu basikal tersebut...unik kan? Rare tuuuu...Lampu Miller pun kalah. Itu namanya kreatif dan inovatif geng...

Sdr. BM dan Wawa (Anne Acasia) juga turut serta mengangotai "Skuad Delivery". Yang atas basikal tu takkan korang tak kenal? Dialah Mr. GB - Jaguh Basikal Malaya...kekuatannya setakat ini takde siapa dapat tandingi. Keberaniannya tidak dapat disangkal dan kekuatannya tiada tandingan. Mr. GB bertindak sebagai Ketua Logistik (kalau saper tak tahu dulu Mr. GB nie belajar Undang-undang tauuuu...jangan tak caya haaaa...)

"Skuad Delivery" tiba dikordinat yang ditetapkan oleh Ketua Operasi...Acara pengedaran pun bermula...kalau dilihat dihadapan tuuu...yang berbaju merah tu ialah Sdr. Radzwan yang bertindak sebagai Skuad Peninjau merangkap "body guard".

"Haaa...kat situ..ada 2 rumah...tolong bagi yerrr". Kata Tok Penghulu yang begitu bersemangat mengedarkan bubur lambuk untuk penduduk kampung. Kelihatan Sdr. Jebat sedang mengusha Tok Penghulu...sambil berkata dalam hati "Dia Ketua Operasi ker ...Aku Ketua...macam overr jer...heheeee".

"Ini sumbangan daripada KBTBB yer pak cik" kata Tok Penghulu. "Terima Kasih Tok Penghulu...dah 6 abad saya tinggal kat Batu Berendam nie...belum ada sekali pun orang bagi saya bagi bubur lambuk tukkk." Kata Pakcik (Baju Askar tu). "Kalau nak dapat tiap-tiap tahun...Pakcik isilah borang jadi Ahli KBTBB...bukan bubur lambuk jer boleh dapat...macam-macam lagi boleh dapat". Kata Tok Penghulu yang sempat mempromo KBTBB.

"Apesal berat lagie nie...korang nie bagi ke tak kat orang kampung?" kata Mr. GB. "Kejap lerr...aku tengah nak bagi ler nie". Kata Sdr. Jebat. Manakala Sdr. Radzwan pula sibuk mengawasi keselamatan "Skuad Delivery". Pak Hassan juga dah tak sabar nak mengedarkan bubur lambuk KBTBB dengan penuh bergaya...manakala Tok Penghulu telah bergerak ke hadapan lebih awal sambil menunjukkan tangan ke arah jurukamera sambil berkata "Gambar aku dah banyak...no camera haaaa...no camera!".

"Tok...kat sana ada rumah...ishhhh-ishhhhh...lah ada aweksss...tok..kat sana tok!" teriak Mr. GB yang pantang tengok anak dara kat kampung BB. Tapi kalau tengok betul-betul di hadapan tu ada sebuah rumah Melaka yang klasik...comel rumah-rumah lama kat BB...kalau buat shooting drama ke filem ker memang cunnnn... dijadikan lokasi pengambaran.

Anne Acasia sempat beramah-mesra dengan adik-adik di BB. "Hari nie...puasa tak?" tanya Anne Acasia. Adik baju merah nie pulak usha jurukamera dan sempat bertanya "Bang duit raya takde ker?... abang ada bunga api tak...?" tanya adik nie. "Abang main meriam buluh dik...bunga api susah cari...x boleh jual nanti polis tangkap!" jawap jurukamera.

Kalau saper-saper nak tahu inilah rumah Ketua Menteri Melaka iaitu rumah DAR (Datuk Ali Rustam)...nasib baik puasa kalau tak KBTBB dah kayuh gie umah dia hantar bubur lambuk. Tapi sebagai kelab yang berkredibeliti KBTBB menghantar wakilnya sahaja iaitu Sdr. Fadhil Mafia, Sdr. BM (Ikhwan), Anne Acasia dan Mr. GB untuk ke sana.

"Macam pernah kulihat aja mobil ini...tapi di mana yaaa?!" kata Mr. GB. "Keretanya ada...orangnya mana yaaa?!" tambah GB lagi. Peluang berada diperkarangan rumah DAR tidak dipersia-siakan...maklumlah bukan senang-senang boleh masuk beb..kalau xde urusan rasmi lupakanlah beee...

Mr. GB berpeluang bergambar dikawasan kediaman DAR. Senyum dia sampai ke telinga...lobang hidung pun macam ada kembang sikit. Itu baru dapat masuk kat kawasan umah kalau dapat jumpa...mau dia minta kerja jadi "body guard" DAR...heheeee...jangan maraa aaaa..

Apa pun... KBTBB akhirnya dapat menyampaikan bubur lambuk untuk DAR dikediaman rasminya di Seri Negeri. Walaupun DAR tiada di rumah kerana ada urusan rasmi namun beliau telah dimaklumkan mengenai hasrat KBTBB menyampaikan pemberian tersebut. Insyaallah selepas raya AJK KBTBB akan ke rumah DAR untuk membuat "presentation" dan menyerahkan "kertas kerja" dan perancangan projek KBTBB bersama Kerajaan Negeri Melaka.

Semoga segala pengorbanan, kerja keras, dan penat jerih ahli-ahli KBTBB selama ini akan mendapat perhatian, bantuan, dan sokongan dari Kerajaan Negeri Melaka. Acara mengedarkan bubur lambuk tamat jam 5:30 petang...dan acara diteruskan dengan Pelancaran Logo Terbaharu KBTBB dan Majlis Berbuka Puasa....

Nantikan cerita Part III
Paparan Majlis Berbuka Puasa dan Majlis Pelancaran Logo Terbaharu KBTBB...tungguuu...

Alamat KBTBB Bengkel & Galeri KBTBB
2743, Jalan Solok Pantai, Bt. 4, Batu Berendam 75350 Melaka.

Hubungi KBTBB
Sdr. Jebat 017-639 7119
Sdr. Ikhwan 012-934 3953

6 ulasan:

Sepeda Tua Johor Bahru berkata...

Banyak episod rupanya cerita 5hb sept tu eks. Tak boleh dijamak ke. Nie kes nak banyakan cerita la eks. Biasa ler bagi suspen sikit. Kalau jamak tak suspen.( tak pe aku dah jawabkan ) jawapan KBTBB pun mungkin sama gak.GB bukan main bergaya kat teratak DAR. Anyway memang seronok keliling kampung sambil beramal.

ajid berkata...

two thumbs up, nothing can say, rugi aku tak datang. betul tu STJB kalo dijamak semuanya x supen n x sedap la cam samarinda kat TV3 tu huahahahahaha

basikal-melaka berkata...

Terima kasih kepada sahabat blogger Mofti dan Ajid dari KSTJB.

Itu nasib baik KBTBB jadikan 3 episod kalau 1 entry 1 gambar... haaa bayangkanlah bila akan habis..1 hari 1...1 hari 1. Mau mcm drama Jepun bro 360 episod.

Lepas nie KBTBB akan buat acara yang lagi gilang-gemilang...Insyaallah lepas raya akan mula bekerja. Apa-apa pun KBTBB dah tak sabar untuk join event dengan KSTJB.

Dengar geng PECHAL akan turut serta dan group2 lain pun dah menyatakan minat untuk turut serta event anjuran KSTJB nanti.

Mr GB berkata...

ada pula yg akan terjun bagunan nie,, maklum lah Mr BG selalu ada dalam blog KBTBB.kepada orang2 yg panas tengok GB,sila lah komen.

P/S kepada yg panas sudah2 lah.GB tetap GB,GB bukan jenis cakap KOSONG.....

Sepeda Tua Johor Bahru berkata...

Memang kami nak komplen pasal GB. Sebab ko selalu interprame dlam itu cerita KBTBB. Tapi bukan pasal tu le GB. Tu intro je...nak komplen pasal barang tak pernah sampai Johor. Sangkut kat KBTBB je.

Mr GB berkata...

alamak..........

jangan risau sepeda tua johor.nanti sampai lah saya di johor dengan barang2 tu.tapi barang saya nie tak lah ori macam barang orang lain....jangan risau barang tu misti sampai juga sebab johor adalah tanah air saya.