Basikal Melaka ingin mengucapkan Selamat Menyambut Kemerdekaan Negara Ke-57. Semoga warisan basikal tua akan terus lestari dengan penuh sinergi. Bersama kita berjuang demi memartabatkan warisan dan budaya bangsa! - Admin Basikal Melaka

Selasa, 1 September 2009

Jemputan Majlis Berbuka Puasa KBTBB pada 15 Ramadhan 1430H (Sabtu - 5.9.2009)

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan buat semua sahabat-sahabat dan rakan-rakan bloger KBTBB.
KBTBB dengan sukacitanya akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa untuk semua ahli-ahlinya dan berbesar hati untuk menjemput rakan dan sahabat yang sudi untuk turut sama memeriahkannya pada 15 Ramadhan 1430H. Sebagai sebuah Kelab basikal yang prihatin dan sentiasa menjaga kebajikan ahli-ahlinya maka AJK KBTBB telah merancang untuk mengadakan Majlis ini dengan bertemakan "Silaturahim Dipereratkan, Kerjasama Diperkasakan".

Sejajar dengan tema yang telah dicetuskan oleh "mastermind" KBTBB iaitu Sdr. BM yang sentiasa sarat dengan idea-idea bernasnya. Maka dengan itu KBTBB akan bergotong-royong untuk memasak dan mengedarkan bubur lambuk menaiki basikal tua masing-masing bagi membuktikan hubungan silaturahim dan kerjasama dikalangan ahli-ahlinya bakal menjayakan Majlis yang telah dirancang.

KBTBB juga amat-amat berbesar hati untuk melancarkan logo rasminya setelah mendapat perkenan dari Penaung dan juga VVIP termasuk Ketua Menteri. Disamping berbuka puasa dan menjamu hidangan, ahli-ahli KBTBB juga akan menunaikan Solat Tarawikh beramai-ramai menaiki basikal tua masing-masing.

Kami di KBTBB sentiasa menerima tetamu tidak kira dari mana anda berada untuk kita sama-sama memeriahkan Majlis Berbuka Puasa KBTBB. Tak kenal maka tak cinta...

Basikal Tua... Warisan Generasi Muda
Admin KBTBB.

1 ulasan:

nor izam bin abd latif berkata...

janji ada kayuh GB akan datang hahaaa..... walau pun di bulan puasa masih ada acara kira ada keja sama antara satu sama lain...APA YG PENTING..............