Basikal Melaka ingin mengucapkan Selamat Menyambut Kemerdekaan Negara Ke-57. Semoga warisan basikal tua akan terus lestari dengan penuh sinergi. Bersama kita berjuang demi memartabatkan warisan dan budaya bangsa! - Admin Basikal Melaka

Khamis, 10 September 2009

Majlis Berbuka Puasa KBTBB (Part III - Akhir): Pelancaran Logo & Jamuan Berbuka Puasa

Salam Ramadhan dan Salam Keamanan buat semua sahabat di Nusantara. Pada tanggal 5hb September 2009 bersamaan 15 Ramadhan 1430H bertempat di bumi bertuah Melaka, KBTBB kerana telah berjaya melancarkan logo terbaharunya. Majlis pelancaran yang diadakan pada bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini telah disempurnakan oleh Penaung KBTBB iaitu Sdr. Zulkifli Osman, seorang Tokoh Korporat muda yang disengani di Batu Berendam. Majlis bersejarah ini telah disaksikan oleh Tuan Mansor Shah, Wakil Ahli Parlimen Bukit Katil, Naib Pengerusi KBTBB (Sdr. Izan) yang mewakili Pengerusi KBTBB, Sdr. BM & Isteri dan seluruh ahli-ahli KBTBB.

Sdr. Zulkifli menurunkan tandatangannya sebagai simbolik merasmikan logo terbaharu KBTBB yang telah direka khas oleh blogger basikal tua iaitu Sdr. BM (Ikhwan), Sdr. Jebat (KBTBB) dan Sdr. Sanim (NBT).

Tuan Mansor Shah juga tidak ketinggalan menurunkan tandatangan mewakili Ahli Parlimen Bukit Katil bagi menyempurnakan Majlis Pelancaran. Beliau sempat memuji logo KBTBB yang terbaharu kepada Sdr. BM kerana rekaan dan warna yang menarik perhatiannya.

Gabungan elemen klasik-kontemporari logo terbaharu KBTBB mengabungkan jalinan antara lama (klasik) dan baru (moden/kontemporari) simbolik kepada tua dan muda selari dengan tagline rasmi KBTBB iaitu "Basikal Tua...Warisan Generasi Muda". Pemilihan warna biru tua melambangkan kesetiaan, ketaatan dan integriti dan warna oren melambangkan kemodenan, vibran, dan progresif. Elemen grafik - 3 pemuda berbasikal tua melambangkan revolusi, identiti, dan transformasi basikal tua untuk generasi muda. Elemen jalinan garisan biru dan oren melambangkan kerjasama, koleborasi, kekuatan, keterbukaan minda dan dinamik. Darisegi "direction" visual grafik - 3 pemuda berbasikal yang berkayuh menuju ke hadapan adalah kesinambungan kepada hala-tuju (direction) untuk terus melestari dan memartabatkan basikal tua di mata dan di hati masyarakat Malaysia, Nusantara dan dunia.

Sdr. BM (Ikhwan) yang sentiasa positif dan progresif mengutarakan idea-idea yang "fresh" dan bernas agar ahli-ahli tidak terbelenggu dengan pemikiran kolot dan sempit. Beliau yang bertindak sebagai Pengerusi Majlis memberikan penerangan dan taklimat mengenai aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dan akan bakal dirancang.

Sdr. Zulkifli selaku Penaung memberikan kata-kata semangat kepada ahli-ahli KBTBB dan berjanji akan membantu memaju dan membangunkan kelab ini ke peringkat yang lebih tinggi. Beliau juga berhasrat untuk membawa KBTBB berkoleborasi dengan agensi-agensi dan NGO untuk merancang program dan aktiviti yang lebih besar dan ternyata beliau juga mempunyai wawasan dan mampu membawa KBTBB untuk lebih cemerlang dan gemilang.

Ahli-ahli yang setia dan sentiasa bekerjasama - menjadi aset utama sesebuah kelab. Apalah ertinya sesebuah kelab kalau hanya gah pada nama. Ahli KBTBB sedang khusyuk mendengar ucapan dari Tuan Penaung sambil menantikan detik berbuka puasa.

Tepat jam 7:16 petang , Azan Maghrib pun berkumandang dan ahli-ahli dan tetamu jemputan menikmati juadah yang disediakan oleh Kedai Makanan Illa, Batu Berendam. Sebelumnya Tuan Imam sempat membacakan doa selamat untuk KBTBB dan doa berbuka puasa.

Sdr. Zulkifli juga turut bersama ahli-ahli dan tetamu KBTBB menjamu selera. Beliau juga seorang yang peramah dan sentiasa memberikan pandangan dan nasihat kepada ahli-ahli KBTBB untuk terus bergerak aktif. Beliau berpengalaman menjadi pemimpin beberapa pertubuhan berdaftar menyatakan bahawa beliau sangat-sangat kagum dengan usaha KBTBB yang bergerak tanpa bantuan dari mana-mana pihak dan agensi kerajaan.

Sebelum berpisah - photo ini ditujukan kepada sahabat-sahabat yang tidak dapat hadir pada hari tersebut terutamanya kepada Sdr. Sanim, Sdr. Mofti dan Sdr. Ajid serta semua peminat-peminat basikal tua di mana jua mereka berada. Kepada semua peminat mereka berdua ini ada sedikit ucapan - "Jangan maraaa aaaaa...jangan jeles geng". Begitulah kemesraan dan keikhlasan yang ditunjukkan oleh Sdr. BM dan Sdr. GB yang kini bergerak aktif bersama KBTBB.

Tamatlah 3 episod penting untuk KBTBB.
Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat yang menyokong KBTBB...kepada suara-suara "sumbang" itu teruskanlah "menyumbang" kerana kami semua akan terus mara ke hadapan menyemarak dan melestarikan hobi ini - Kita biarkan sahaja Si Luncai terjun dengan labu-labunya - Paling penting KBTBB bukan "angan-angan Mat Jenin" - Salam Ramadhan - Semoga Silaturahim Terus Berkekalan - Ikhlas daripada KBTBB.

Basikal Tua...Warisan Generasi Muda.
Admin - KBTBB

Alamat KBTBB Bengkel & Galeri KBTBB
2743, Jalan Solok Pantai,
Bt. 4, Batu Berendam 75350 Melaka.

Hubungi KBTBB
Sdr. Jebat 017-639 7119
Sdr. Ikhwan 012-934 3953

Tiada ulasan: