Basikal Melaka ingin mengucapkan Selamat Menyambut Kemerdekaan Negara Ke-57. Semoga warisan basikal tua akan terus lestari dengan penuh sinergi. Bersama kita berjuang demi memartabatkan warisan dan budaya bangsa! - Admin Basikal Melaka

Rabu, 8 Jun 2011

KBTBB meraikan kejayaan K2N II (Malaysia & Indonesia). Terima Kasih buat semua!

Acara K2N II yang telah berlangsung pada 3-6 Jun 2011 di Bandung/Jakarta telahpun berlangsung dengan penuh meriah dan jayanya. Perit, jerih, suka-duka dan pengorbanan selama ini ternyata tidak sia-sia dengan anugerah kejayaan yang dikecapi sebagai hadiah kenangan seumur hidup yang tidak mungkin dilupakan. Acara K2N II yang merupakan acara lawatan balas KBTBB bersama 2 wakil (Johor dan Perak) telahpun membuka lembaran sejarah dan hubungan persahabatan ontelis Malaysia dan Indonesia. Laungan 1Malaysia...1Indonesia dan 1Nusantara sentiasa dilaungkan selama 4 hari acara ini berlangsung telah menyuntik semangat baru bagi seluruh pencintanya di Nusantara. Siapa sangka "main besi buruk dapat naik besi terbang...." itulah signifikannya hobi basikal tua ini berbanding dengan hobi-hobi yang lain.

Berbekalkan semangat dan keyakinan yang tinggi dengan kata-kata "biar patah sayap...bertongkat paruh hamba teruskan..." dan "alang-alang mandi biar basah..." KBTBB telah berjaya membawa ahli-ahlinya ke luar negara menikmati dan merasai pengalaman yang tidak pernah dilalui oleh mana-mana kelab basikal di Malaysia mahupun di dunia. Berasal dari sebuah kelab "kampung"... siapa sangka KBTBB mampu membawa ahli-ahlinya terbang ke Indonesia merentas negara dan merintis laluan untuk seluruh pencinta dan pejuang basikal tua Malaysia.

Peserta K2N II dan Alumni K2N I berkumpul di Saung Udjo, Bandung menghadiri Majlis Makan Malam K2N Kali Ke 2 yang telah disempurkan oleh Bpk. Ayi Vivananda

Tanpa kerjasama dan sokongan dari semua pihak terutamanya pihak KOSTI, PSB Bandung, KOBA dan lain-lain kelab sepeda yang terlibat sudah pasti Acara K2N II ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Sejuta penghargaan KBTBB khas buat Penaung kami iaitu En. Zulkifli Othman dan Pengerusi JKKK Kg. Batu Berendam iaitu En. Gafar Othaman yang bekerja keras mendapatkan dana dan sanggup berkorban wang ringgit demi memastikan Acara K2N II tetap dilangsungkan. En. Roslan Mat Nong wakil Kerajaan Negeri Melaka bersama 2 lagi pegawai yang sudi hadir mengetuai delegasi Malaysia ke Indonesia. Tidak lupa setinggi penghargaan buat Pak Ayi Vivananda mewakili Walikota Bandung yang sudi merasmikan acara Kayuhan 2 Negara di Saung Udjo, Bandung.

Antara VVIP yang hadir ke Acara K2N II - En. Zulkifli Othman, Bpk. Ayi Vivananda, Pak Diar, En. Roslan Mat Nong, dan En. Ghafar Othman.

Ahli-ahli KBTBB berkayuh bersama lebih 1,000 ontelis sepeda ontel di Bandung yang bermula di pejabat Walikota Bandung sejauh lebih 14km dengan berpakaian era Munsyi Abdullah.

Puan Rokiah berpakaian ala-ala Portugis dengan gelaran Rocky Piya De Squerra menjadi tarikan media dan wartawan sewaktu di Bandung.

Sdr. Alex sendiri sudah tidak tahan melihat banyaknya barang-barang klitikan (spare-part) yang "terhidang" untuk dimiliki...sehingga terpaksa bersela (duduk bersimpuh)...

Sdr. Jebat melihat seat Terry sampai "berdarah" matanya sebelum rebah pengsan apabila mendengar harganya yang cukup murah iaitu 200 ribu (sekitar RM70 ringgit)....murah tuuu...

Pautan Mengenai Liputan/Berita K2N II di Bandung/Jakarta Indonesia pada 3 - 6 Jun 2011 - oleh Media Indonesia

1) Kayuhan 2 Negara, Indonesia dan Malaysia - Dio Prasetyo http://dhenz.wordpress.com/2011/06/06/kayuhan-2-negara-indonesia-dan-malaysia/#more-274

2) Ratusan "Ontelis" Berbatik Dalam Kayuhan Dua Negara - Antara Jawa Barat http://antarajawabarat.com/lihat/berita/32210/ratusan-onthelis-berbatik-dalam-kayuhan-dua-negara

3) 1000 Onthelis Ngagowes pada 'Kayuhan 2 Negara' di Bandung - Oris Riswan Budiana - Detik Bandung http://us.bandung.detik.com/read/2011/06/05/093334/1653259/486/1000-onthelis-ngagowes-pada-kayuhan-2-negara-di-bandung

4) Foto K2N oleh Antara http://www.antarafoto.com/peristiwa/v1307261705/kayuh-2-negara

5) Onthelis 2 Negara Serumpun Akur di Bandung - Koran Jakarta http://m.koran-jakarta.com/index.php?id=63586&mode_beritadetail=

6) Ratusan Ontelis Dua Negara Banjiri Jalanan - Seputar Indonesia http://www.seputar-indonesia.com/edisicetak/content/view/403733/

7) Penggemar Ontel Indonesia-Malaysia Keliling Kota Bandung - Antara News.com http://www.antaranews.com/berita/261605/penggemar-ontel-indonesia-malaysia-keliling-kota-bandung


Setinggi Penghargaan khas buat BERNAMA yang diwakili oleh En. Azmi yang sudi membuat liputan dan promosi mengenai Acara K2N II dan berita KBTBB bersama ahli-ahlinya berbasikal tua ke Bandung, Indonesia. Terima kasih BERNAMA.

Siaran Akhbar Utusan Malaysia pada Khamis, 2 Jun 2011

Siaran Akhbar KOSMO pada Khamis, 2 Jun 2011

Siaran The Star (akhbar Inggeris) pada Isnin, 6 Jun 2011


...