
Rancangan yang berkonsepkan "aktiviti remaja", pengambaran dan story-line berkisar mengenai minat remaja dan anak-anak muda untuk meneruskan hobi basikal tua di Malaysia. Dua orang ahli KBTBB yang terpilih untuk ditemu-bual ialah adik Ahmad Daniel Omar dan adik Mohamad Al-Hafiz. Turut hadir memeriahkan pengambaran ialah Sdr. Zaid AF yang diundang sebagai pengacara. Selain dari itu Pengerusi KBTBB dan Timbalannya iaitu Sdr. Alias Omar dan Sdr. Jebat juga diberi peluang untuk menceritakan serba-sedikit mengenai latar-belakang kelab, aktiviti, jenis-jenis basikal dan sebagainya untuk dikongsikan kepada penonton. Rancangan ini akan menemui penonton-penontonnya pada November nanti dan kami akan memaklumkan tarikh dan masa siarannya.
Diharapkan dengan adanya paparan seumpama ini akan membuka minat dan memberi pengetahuan kepada semua remaja dan anak-anak muda di Malaysia mengenai basikal tua. KBTBB juga mengharapkan perkembangan yang positif agar hobi yang sama-sama kita cintai ini akan terus lestari. Hentikan sifat fitnah-memfitnah dan jadilah manusia yang memberikan "sumbangan" dan bukan "menghancurkan" usaha-usaha yang telah kita sama-sama lakukan untuk menaikkan martabat hobi. Semoga basikal tua terus diminati oleh remaja-remaja di luar sana... dan bukan hanya untuk golongan veteran dan berumur...tetapi hobi untuk semua!


