"Foto Caption" yang menghiasi ruangan utama akhbar Kosmo pada keluaran hari Isnin 15hb Februari 2010 yang boleh dilihat seluruh negara di muka surat 3. Terima kasih khas buat En. Hanafi (Photographer dari Kosmo/Utusan Malaysia) yang sudi merakamkan foto di atas.
Konvoi basikal tua yang menyertai AKP2 menjadi tarikan lensa kamera pihak Media yang hadir untuk dimuatkan sebagai bahan berita. Utusan Malaysia mengeluarkan cerita mengenai AKP2 pada keluaran Edisi Tengahnya yang bertarikh 16 Februari 2010 (Isnin) di muka surat 23 di ruangan Utusan Kota. Terima kasih kepada wartawan Utusan iaitu En. Nazmil kerana sudi hadir membuat liputan.
Akhbar Berita Harian juga tidak ketinggalan menyiarkan liputan mengenai AKP2 pada keluaran akhbarnya bertarikh 17hb Februari 2010 (hari ini - Rabu) di ruangan Sentral di muka surat 2. terima kasih kepada wartawan Berita Harian yang sudi hadir pada acara tersebut.
...
Acara yang mendapat kebenaran dari Perbadanan Putrajaya ini merupakan acara ke-2 yang pernah diadakan oleh KBTBB. Setahun yang lalu KBTBB turun bersama 30 orang peserta dan Alhamdulillah pada tahun 2010 menyaksikan pertambahan hampir 2 1/2 kali ganda penyertaan pada AKP2. Acara AKP2 telah bermula seawal 6:50 pagi apabila Sdr. Fahmi dari Rock7 bersama 3 lagi rakannya iaitu Sdr. Huzairi, Sdr. Saugi dan Sdr. Iwan berkayuh dari Sijangkang menuju ke Putrajaya sejauh 52km semata-mata mahu menyertai kayuhan di Putrajaya bersama KBTBB. Akhirnya mereka berempat selamat sampai tiba di Putrajaya setelah hampir 3 jam berkayuh dan disambut oleh 14 orang rakan-rakan mereka yang lain yang sudah menunggu mereka di sana bersama keluarga.
Manakala rakan-rakan dari Johor pula dikhabarkan bertolak lebih awal dari itu menaiki kenderaan masing-masing. Sdr. Karu (KSTJB) telah memulakan perjalanannya ke Kuala Lumpur seawal 4:30 pagi dan geng-geng PECHAL seawal 5:00 pagi. Manakala rombongan KBTBB pula bertolak dari Batu Berendam selepas acara rumah terbuka di rumah Along tepat jam 11:00 pagi. Di lokasi perjumpaan iaitu di Dataran Putra, Sdr. Ikhwan dan Wawa sudah berada di sana jam 12:30 tengahari untuk menguruskan pelbagai hal termasuk urusan Media dan logistik serta pendaftaran para peserta. Mungkin tidak ramai yang sedar dan ambil peduli bahawa telah banyak kerja-kerja dilakukan untuk persiapan dan mesyuarat penyelarasan telah diadakan sebelum acara AKP2 berlangsung di antara KBTBB, BM, Rock 7, PECHAL, PSCB, dan lain-lain pihak dan individu terbabit.
Tepat jam 2:30 petang Sdr. Ikhwan (Basikal Malaya) telah memberikan sessi taklimat kepada peserta dan pihak Media mengenai aturcara yang bakal berlangsung pada hari tersebut. Wakil-wakil peserta dari setiap negeri dijemput untuk menyampaikan sepatah dua kata kepada semua peserta yang hadir. Ternyata kehadiran peserta basikal tua di Dataran Putra menarik perhatian pengunjung yang hadir untuk mendengar ucapan dari wakil-wakil basikal tua yang hadir. Selesai taklimat dan ucapan, acara kayuhan pun dimulakan tepat jam 2:45 petang di hadapan Pejabat Perdana Menteri untuk menuju ke lokasi-lokasi yang telah ditetapkan. Acara kayuhan disertai oleh peserta termuda yang berusia 9 tahun dan paling tua pula berusia 61 tahun. Ikuti paparan ke-2 untuk mengetahui perkembangan lanjut mengenai AKP2 yang telah berlangsung.
Gambar bersama semua 84 peserta yang sempat dirakam oleh Jurufoto Profesional iaitu En. ShaifulR berlatarbelakangkan Pejabat Perdana Menteri sebelum acara kayuhan dimulakan.Manakala rakan-rakan dari Johor pula dikhabarkan bertolak lebih awal dari itu menaiki kenderaan masing-masing. Sdr. Karu (KSTJB) telah memulakan perjalanannya ke Kuala Lumpur seawal 4:30 pagi dan geng-geng PECHAL seawal 5:00 pagi. Manakala rombongan KBTBB pula bertolak dari Batu Berendam selepas acara rumah terbuka di rumah Along tepat jam 11:00 pagi. Di lokasi perjumpaan iaitu di Dataran Putra, Sdr. Ikhwan dan Wawa sudah berada di sana jam 12:30 tengahari untuk menguruskan pelbagai hal termasuk urusan Media dan logistik serta pendaftaran para peserta. Mungkin tidak ramai yang sedar dan ambil peduli bahawa telah banyak kerja-kerja dilakukan untuk persiapan dan mesyuarat penyelarasan telah diadakan sebelum acara AKP2 berlangsung di antara KBTBB, BM, Rock 7, PECHAL, PSCB, dan lain-lain pihak dan individu terbabit.
Tepat jam 2:30 petang Sdr. Ikhwan (Basikal Malaya) telah memberikan sessi taklimat kepada peserta dan pihak Media mengenai aturcara yang bakal berlangsung pada hari tersebut. Wakil-wakil peserta dari setiap negeri dijemput untuk menyampaikan sepatah dua kata kepada semua peserta yang hadir. Ternyata kehadiran peserta basikal tua di Dataran Putra menarik perhatian pengunjung yang hadir untuk mendengar ucapan dari wakil-wakil basikal tua yang hadir. Selesai taklimat dan ucapan, acara kayuhan pun dimulakan tepat jam 2:45 petang di hadapan Pejabat Perdana Menteri untuk menuju ke lokasi-lokasi yang telah ditetapkan. Acara kayuhan disertai oleh peserta termuda yang berusia 9 tahun dan paling tua pula berusia 61 tahun. Ikuti paparan ke-2 untuk mengetahui perkembangan lanjut mengenai AKP2 yang telah berlangsung.
..
Seperti yang dijanjikan Admin KBTBB - Sila klik ALBUM AKP2 untuk melihat foto-foto terpilih sewaktu berlangsungnya acara tersebut pada Ahad 14 Februari yang lalu! Terima kasih kerana setia menunggu - Admin KBTBB