Basikal Melaka ingin mengucapkan Selamat Menyambut Kemerdekaan Negara Ke-57. Semoga warisan basikal tua akan terus lestari dengan penuh sinergi. Bersama kita berjuang demi memartabatkan warisan dan budaya bangsa! - Admin Basikal Melaka

Isnin, 13 April 2009

Jom Ronda Melaka - 2hb Mei 2009 : Update!

...


Salam sejahtera buat semua sahabat basikal tua di Malaysia.

KBTBB dengan sukacitanya ingin menjemput semua sahabat basikal tua untuk bersama-sama menyertai satu program kayuhan basikal tua di Melaka pada Sabtu, 2hb Mei 2009 bertempat di Kg Batu Berendam, Melaka. Bertemakan "Jom Ronda Melaka" kayuhan kali ini akan menyelurusi laluan baru yang akan dimaklumkan kelak oleh pihak KBTBB.

Kayuhan kali ini menjanjikan lebih keseronokan dan kepuasan disamping menghijaukan bumi Melaka dengan berbasikal. Walaupun basikal "tua" kian dipinggirkan namun kita perlu ingat bahawa "tua-tua keladi...semakin tua semakin menjadi!" yang dimetaforakan untuk basikal tua (bukan orang yer), iaitu ianya masih lagi diminati dan kian mendapat perhatian masyarakat. Maaf kalau ada yang beranggapan sebaliknya.

Untuk makluman, satu Jamuan Makan Malam akan diadakan oleh KBTBB untuk semua yang hadir. Untuk kayuhan pada kali ini peserta digalakkan untuk memakai pakaian/t-shirt berwarna hijau sebagai simbolik menyokong anti-pemanasan global dan cintakan kehijauan untuk bumi Melaka. Sebarang pertanyaan sila hubungi Sdr. Jebat di talian 017 639 7119 Jumpa anda di sana.

Maklumat mengenai acara adalah seperti berikut :-

Tarikh
Sabtu, 2hb Mei 2009
Masa
3:00 petang – 10:30 malam
Tempat Mula
Bengkel KBTBB, Kg. Batu Berendam
Laluan
Kg. Batu Berendam – Jln. Peringgit – Hotel Ramada – Bangunan Merah/Jam Besar – Jonker Walk – Jln. Kg. Hulu – Kg Morten – Up Town – Menara Taming Sari – A Famosa – Banda Hilir – Jln. Hang Tuah
Tempat Rehat
Bangunan Merah – Makan Cendol (sponsored by KBTBB)
Tempat Berakhir
Bengkel KBTBB, Kg. Batu Berendam
Jamuan Makan Malam KBTBB
8:00 malam di Warung Kg. Batu Berendam – Persembahan Dondang Sayang (LIVE), Muzikal Ghazal (LIVE), dan irama 60an.

Jumaat, 10 April 2009

RAMBLER YANG USANG

...






Salam buat semua.....

Alhamdulilah bertemu kita kembali, nampaknya blog-blog basikal/sepeda sudah bertambah meriah dengan kehadiran bloger-bloger baru. Moga kita dapat bersama-sama mempertahan warisan ini. Disamping berkongsi ilmu dan pengalaman mengenai hobi yang kita cintai ini.

Kali ini KBTBB ingin mempapar basikal/sepeda Rambler yang usang ini untuk kita bersama-sama berkongsi ilmu basikal/sepeda Rambler. Basikal/sepeda ini dimiliki oleh salah seorang ahli KBTBB Sdr. Rehan. Menurut ceritanya, Sdr Rehan telah membeli basikal/sepeda ini di kedai lama di Muar, Johor. Gambar-gambar ini diambil dan dijumpai sepertimana asal dan masih belum direstorasi semula. Insyaallah setelah direstorasi KBTBB akan menyiarkan kembali gambar-gambar terbaharu basikal/sepeda Rambler tersebut. Mohon pandangan dan komen daripada semua pencinta basikal/sepeda tua di Malaysia.