Sekalung Tahniah buat PSCB yang diketuai Sdr. Along dan ahli-ahlinya kerana telah berusaha keras bagi memastikan acara Kayuhan Santai ini berjaya. Khabarnya pihak MPK berhasrat untuk menjadikan acara kayuhan ini sebagai acara tahunan di Klang kerana sambutan dan sokongan yang ditunjukan sangat-sangat menggalakan. Tahniah juga buat Kelab Sepeda Tua Melaka (KSTM) yang diketuai Sdr. Aboy kerana membawa rombongan basikal tua mewakili Melaka dengan sokongan padu dari Koplakers Malaya yang diketuai Sdr. Jebat bersama Sdr. Zaini, Lim, Tok Penghulu, Otai Izan, dan Sdr. Ikhwan & Isteri (dari Basikal Malaya).
Acara kayuhan mengelilingi Bandaraya Klang sejauh 16km diiringi MPK dan polis trafik. Apa yang menarik pada kali ini ialah penyertaan golongan muda dan kanak-kanak yang bertambah kerana acara tersebut jatuh pada hari cuti persekolahan. Peserta-peserta yang hadir ada yang membawa anak-anak mereka berkayuh bagi memupuk minat terhadap basikal tua. Turut hadir memeriahkan acara adalah peserta-peserta dari Kelab Basikal Klasik Muar, PECHAL, Kelab Basikal Tua Taman Putra (NS), Kelab Basikal Tua Jalan Khamis, Kelab Basikal Klasik Kg. Kundang, Kelab Sepeda Klasik Kinta dan lain-lain.
Selesai acara kayuhan peserta-peserta yang hadir dihidangkan dengan Nasi Lemak Sambal Kayu Api (NLSKA) yang ditaja oleh Along sekeluarga.Untuk makluman NLSKA yang dijual Sdr. Along adalah nasi lemak yang paling terkenal dan tersedap di Klang iaitu di daerah Pandamaran. Kalau tak percaya bolehlah mencubanya sendiri. Semoga selepas ini lebih banyak kelab-kelab basikal klasik/tua memberanikan diri untuk membuat acara kayuhan. Untuk itu TAHNIAH sekali lagi kami ucapakan kepada PSCB kerana sudi mengundang Basikal Melaka dan sekutunya untuk hadir ke acara tersebut. - Admin Basikal Melaka
Terukir senyuman... 2 peserta muda (aweksss) yang menceriakan acara Kayuhan Santai
...
...
Menarik... Otai Atai (kiri) dari Banting melihat Basikal Bomba milik Sdr. Zaini Melaka
...
...
Berehat sebentar... Rombongan peserta berhenti berehat di bangunan bersejarah di Bandaraya Klang
Puas Berkayuh... Adalah menjadi satu kerugian bagi mereka yang sengaja atau malas untuk hadir ke acara basikal... inilah kepuasan sebenar :)
Bergaya... Inilah tempatnya peserta ini mengekspresi dirinya... ada event/acara pakai macam nie barulah world class beb...di kiri tu Abg Ali Terra Rossa, Abg Adi (Polis Kundang) dan Otai Along taukey besau NLSKA dan Pengerusi PSCB
...
...
Bagus!... Ini macam barulah TERBAIK... Naib Yang Di Pertua MPK memberikan isyarat bagus sebagai tanda sokongan terhadap basikal tua. Turut hadir Sdr. Ikhwan (Basikal Malaya) dan pemilik basikal bomba iaitu Sdr. Zaini Melaka
Rapatkan barisan... Sebahagian peserta yang hadir menyokong acara yang dianjurkan PSCB...
Kenangan... Acara Kayuhan Santai yang bakal dikenang sebagai acara penutup basikal tua di Malaysia pada tahun 2012...Tahniah PSCB!
Di mana ada basikal tua di situlah adalah penjual barang-barang basikal tua... murah dibeli...mahal ditengok aja yaa...
...
...