Basikal Melaka ingin mengucapkan Selamat Menyambut Kemerdekaan Negara Ke-57. Semoga warisan basikal tua akan terus lestari dengan penuh sinergi. Bersama kita berjuang demi memartabatkan warisan dan budaya bangsa! - Admin Basikal Melaka

Isnin, 7 September 2009

Majlis Berbuka Puasa KBTBB: Bubur Lambuk made in Batu Berendam - Part I

Salam Ramadhan. Pada 5hb September bersamaan 15 Ramadhan 1430H yang lalu maka sempurna dan terlaksanalah satu lagi program yang telah dirancang oleh KBTBB. Acara gotong royong memasak, membungkus, dan mengedarkan bubur lambuk di sekitar kampung Batu Berendam telah dapat dijayakan dengan semangat Silaturahim dan Kerjasama dikalangan ahli-ahlinya. Acara yang unik ini telah mendapat perhatian masyarakat setempat dan secara tidak langsung merapatkan lagi hubungan kemesraan penduduk kampung bersama KBTBB. Tahniah kepada semua ahli-ahli dan AJK KBTBB yang telah bertungkus-lumus dan bekerja keras untuk menjayakan Majlis Berbuka Puasa KBTBB pada hari Sabtu yang lalu.

Puan Azwa (Anne Acasia) turun padang membantu memasak bubur lambuk untuk KBTBB. Dibantu oleh Tok Penghulu, Chegu Saari, Encik Baba (tukang masak terhebat) dan Pak Hassan selaku (banker/bendahari)

Selesai sahaja memasak ahli-ahli KBTBB bekerjasama membantu mengisi bubur di dalam bekas plastik yang telah disediakan. Kelihatan digambar - Puan Azwa, Tong Penghulu, Fadhil Mafia , Bro Izan, Shamsir Samseng, dan Pak Hassan Tukang.

Ahli-ahli KBTBB melakukan kerja-kerja akhir dan memastikan jumlah bubur mencukupi mengikut bancian awal jumlah penduduk yang telah dilakukan dibilik gerakan. Semuanya telah dirancang teliti bagi melancarkan program agar tenaga & masa dapat dijimatkan - ini namanya mengaplikasi STRATEGI geng.

Bekas plastik yang diisi bubur dilekatkan mesej "Salam Ramadhan" - Semoga Silaturahim Terus Berkekalan dan tertera logo terbaharu KBTBB menyerlahkan lagi imej/identiti dan "branding" sebagai kelab basikal yang berkredibeliti, diiktiraf dan disokong oleh Kerajaan Negeri. Maklumlah ini bukan kelab basikal "cap ayam" yer... KBTBB siap ada cop SIRIM tuuu..

Mr. GB (Gagah Berani) pun turut serta memeriahkan Majlis sebagai tetamu jemputan khas KBTBB. Khabarnya Mr. GB pun nak jadi "orang Melaka" sebab kedatangannya sememangnya sentiasa disambut dengan mesra oleh orang-orang kampung. Ehemmm siap dah ada bakal "Mak Mertua" lagi tuuu...

Hahaaaa..tak kira lah boss ker kuli ker...ketua projek ker...kerja tetap kerja. Sdr. BM (Ikhwan), Chegu Saari dan Fadhil Mafia mengambil-alih tugas mencuci periuk sampai berkilat macam rim basikal. Diorang sebenarnya bukan basuh periuk tapi main air...

Naib Pengerusi KBTBB (Bro Izan) dan Bendahari (Pak Hassan) menyusun bubur lambuk di dalam bakul rotan sebelum diedarkan oleh "Skuad Penghantar/Delivery" yang akan bergerak mengililingi kampung.

Sdr. Jebat juga tidak melepaskan peluang membantu mengisi bubur lambuk di dalam bakul rotan. Tahniah kepada Sdr. Jebat kerana berjaya menjadi ketua (Leader) untuk melaksanakan aktiviti dan program bubur lambuk untuk KBTBB. Paling ketara KBTBB kini sedang melalui satu proses "transformasi" dan "pembaharuan" untuk terus mara ke hadapan dan menjadi kelab basikal tua yang berkarisma dan berkredibeliti.

Bersambung untuk Part II -
Nantikan cerita yang lebih menarik lagieee...jangan maraaa aaaa.

5 ulasan:

KELAB SEPEDA TUA JOHOR BAHRU berkata...

Salam sejahtera Untuk semua ahli KBTBB. Jutaan tahniah dari KSTJB kepada KBTBB. Usaha dan program yang patut dicontohi bukan saja kepada kelab basikal tua tetapi seluruh kelab2, NGO dan persatuan-persatuan di seluruh tanahair. Satu usaha yang bakal menaikkan nama kelab dan sepeda tua di Malaysia. Teruskan usaha KBTBB.

Mr GB berkata...

renung2kan dan selamat beramal........ ada lagi gambar tu.. kasi taruk habis hahaa...sambutan di sana sungguh meriah.BM dapat kan gambar GB dengan gear box pada Doktor..

Tanpa Nama berkata...

Terima Kasih... Tahniah... Syabas...kepada KBTBB.

Terima Kasih kepada Penaung En. Zul, Tuan D.O., Wakil AP Bukit Katil (En. Mansor), Pengerusi (Sdr. Alias), Naib Pengerusi (Sdr. Ijan), Setiausaha I (Sdr. Jebat), Setiausaha II (Sdr. Radzwan), Bendahari (Pak Hassan), Chef Bubur Lambuk (Sdr. Baba), Tok Sidang, Tuan Imam, Krew-krew - Sdr. Fadhil Mafia, Chegu Saari, Tok Penghulu, Anne Acasia dan Tetamu Istimewa Sdr. GB.

Personally I'm glad to be part of KBTBB. From ZERO to HERO and now... nothing is impossible. The "show" must go on...and together we move-on to the next level. We lead others will follow.

Ikhwan - BM

Basikal Melaka berkata...

Terima kasih Sdr. BM di atas komentar sdr,

KBTBB juga ingin merakamkan jutaan Terima Kasih kepada YBhg tuan Roslan Ibrahim, Pegawai Daerah Melaka Tengah kerana sudi menghulurkan sumbangan kewangan bagi menjayakan program Majlis Berbuka Puasa KBTBB (tajaan Bubur Lambuk).

Terima Kasih kepada Tuan Penaung En. Zul kerana menghulurkan sumbangan untuk membeli kamera digital KBTBB (RM500) dan sentiasa menyokong KBTBB darisegi kewangan dan nasihat serta sudi melancarkan logo terbaharu KBTBB.

Tidak lupa kepada Dr. Norman & Isteri (Dr. Suhaila) kerana menaja baju T KBTBB yang baru. Dan Terima Kasih kepada Sdr. Saamsir (samseng) kerana bekerja keras mengacau bubur lambuk pada hari Sabtu lepas.

Terima Kasih kepada BM & Wawa yang sanggup turun dari KL setiap minggu bersama-sama KBTBB untuk memastikan semuanya berjalan lancar. TK kepada BM di atas rekaan logo KBTBB yang terbaharu, rekaannya cukup menarik dan kontemporari disamping rasionalnya yang cukup tepat, padat dan simple.

Akhir sekali kepada semua AJK dan Ahli-ahli KBTBB yang membantu dan hadir pada malam Sabtu lepas. Anda semua memang FANTASTIK! KBTBB kini lebih mantap dengan dibarisi golongan profesional, tokoh korporat, pemimpin politik dan sokongan dari DAR (Datuk Ali Rustam).

Terima kasih semua.

Basikal Tua...Warisan Generasi Muda
Admin KBTBB

jebatmlk berkata...

salam kepada semua,
Ribuan terima kaseh kepada ahli-ahli KBTBB yang telah menjayakan program tesebut.
saya amat berbangga dengan semangat yang di tunjukkan ahli KBTBB.kalau nak tahu kekuatan KBTBB ialah....
APA YANG PENTIBG KERJASAMA,KERJASAMA,KERJASAMA.