KBTBB dengan sukacitanya ingin menjemput seluruh pencinta basikal tua tanahair untuk turut bersama-sama menjayakan satu Acara Kayuhan Silaturahim (persahabatan) bersama Sdr. Alex dari Jakarta (Indonesia) pada hari Ahad, 6hb Disember 2009, jam 8:30 pagi. Marilah kita bersama-sama membuka lembaran baru persahabatan di antara kedua negara yang berjiran agar hubungan yang baik dapat diteruskan dan dikekalkan bagi menjamin keamanan dan kesejahteraan di rantau Nusantara. Sebagai rakan dan sahabat basikal tua/sepeda yang berpengkalan di tengah-tengah Semenanjung Malaysia, KBTBB ingin menjadi sahabat dan rakan strategik kepada semua pihak/kelab/individu/NGO untuk melestarikan basikal tua/sepeda ke peringkat antarabangsa.
Untuk makluman, Sdr. Alex merupakan seorang anak muda yang berjuang melestari dan menyebarkan "virus" basikal tua di negaranya. Beliau juga merupakan salah seorang yang bertanggungjawab mewujudkan blog basikal tua yang terkenal dan popular iaitu Wira-wiri Naik Sepeda (Wiwinaked) http://sepeda.wordpress.com . Bagi kebanyakkan blogger nama beliau tidak perlu diperkenalkan lagi kerana beliau sentiasa memberikan komentar dan menyokong komuniti basikal tua yang ada di Nusantara terutamanya Indonesia dan Malaysia. Kehadiran Sdr. Alex ke Malaysia adalah diatas undangan Sdr. Sanim (Nostalgia Basikal Tua) dan Sdr. Ikhwan (Basikal Malaya) untuk menghadiri Majlis Perkahwinan Sdr. Sanim yang akan berlangsung pada hari Sabtu, 5hb Disember 2009 di Melaka dan berlibur (melancong) ke Malaysia.Peluang berkayuh dan berjumpa dengan beliau sememangnya tidak seharusnya dilepaskan oleh semua pihak untuk bersama-sama bertukar pendapat dan pengalaman serta pengetahuan mengenai basikal tua. KBTBB amat-amat berbesar hati untuk menerima kehadiran Sdr. Alex ke Batu Berendam, Melaka dan sudah tidak sabar untuk berkayuh bersama-sama dengan beliau. Maklumat dan aturcara kayuhan seperti di bawah. Sebarang pertanyaan silalah hubungi wakil KBTBB seperti yang tertera di blog ini.
Aturcara Acara Kayuhan pada
Ahad, 6hb Disember 2009:-
7:45 pagi
Persediaan (last check-up) dan sarapan pagi sponsored by KBTBB & Basikal Malaya
8:00 pagi
Berkumpul di Batu Berendam (pengkalan operasi KBTBB), Melaka untuk sessi taklimat perjalanan dan keselamatan.
8:30 pagi
Bertolak ke Bandaraya Warisan Dunia - Melaka.
9:15 pagi
Sarapan pagi dan berehat di Restoran (to be confirm)
9:15 pagi - 11:00 pagi
Melawat tempat-tempat bersejarah sekitar Bandaraya menaiki basikal masing-masing.
11:00 pagi - 12:00 t/hari
Singgah bershopping di Pasar Karat berhampiran Jonker Street.
12:00 t/hari
Kembali pulang ke Batu Berendam (pengkalan operasi KBTBB)
....
Sekian Untuk Makluman.
Basikal Tua...Warisan Generasi Muda
Admin KBTBB













Walaupun sudah gelap namun masih ramai pelancong yang lalu lalang meluangkan masa untuk menatap koleksi basikal tua yang dimiliki oleh ahli-ahli dan sahabat KBTBB.













Sdr. Alias (Pengerusi KBTBB) menerima sumbangan dari Sdr. Ismail (Ketua Pemuda UMNO, Batu Berendam).
Tuan Haji Khalil dari Pontian, Johor juga turut sama menghulurkan sumbangan untuk KBTBB dan amat bangga melihat aktiviti-aktiviti dan majlis yang dianjurkan.






Salam Ramadhan dan Salam Keamanan buat semua sahabat di Nusantara. Pada tanggal 5hb September 2009 bersamaan 15 Ramadhan 1430H bertempat di bumi bertuah Melaka, KBTBB kerana telah berjaya melancarkan logo terbaharunya. Majlis pelancaran yang diadakan pada bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini telah disempurnakan oleh Penaung KBTBB iaitu Sdr. Zulkifli Osman, seorang Tokoh Korporat muda yang disengani di Batu Berendam. Majlis bersejarah ini telah disaksikan oleh Tuan Mansor Shah, Wakil Ahli Parlimen Bukit Katil, Naib Pengerusi KBTBB (Sdr. Izan) yang mewakili Pengerusi KBTBB, Sdr. BM & Isteri dan seluruh ahli-ahli KBTBB.
Sdr. Zulkifli menurunkan tandatangannya sebagai simbolik merasmikan logo terbaharu KBTBB yang telah direka khas oleh blogger basikal tua iaitu Sdr. BM (Ikhwan), Sdr. Jebat (KBTBB) dan Sdr. Sanim (NBT).
Tuan Mansor Shah juga tidak ketinggalan menurunkan tandatangan mewakili Ahli Parlimen Bukit Katil bagi menyempurnakan Majlis Pelancaran. Beliau sempat memuji logo KBTBB yang terbaharu kepada Sdr. BM kerana rekaan dan warna yang menarik perhatiannya.
Gabungan elemen klasik-kontemporari logo terbaharu KBTBB mengabungkan jalinan antara lama (klasik) dan baru (moden/kontemporari) simbolik kepada tua dan muda selari dengan tagline rasmi KBTBB iaitu "Basikal Tua...Warisan Generasi Muda". Pemilihan warna biru tua melambangkan kesetiaan, ketaatan dan integriti dan warna oren melambangkan kemodenan, vibran, dan progresif. Elemen grafik - 3 pemuda berbasikal tua melambangkan revolusi, identiti, dan transformasi basikal tua untuk generasi muda. Elemen jalinan garisan biru dan oren melambangkan kerjasama, koleborasi, kekuatan, keterbukaan minda dan dinamik. Darisegi "direction" visual grafik - 3 pemuda berbasikal yang berkayuh menuju ke hadapan adalah kesinambungan kepada hala-tuju (direction) untuk terus melestari dan memartabatkan basikal tua di mata dan di hati masyarakat Malaysia, Nusantara dan dunia.
Sdr. BM (Ikhwan) yang sentiasa positif dan progresif mengutarakan idea-idea yang "fresh" dan bernas agar ahli-ahli tidak terbelenggu dengan pemikiran kolot dan sempit. Beliau yang bertindak sebagai Pengerusi Majlis memberikan penerangan dan taklimat mengenai aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dan akan bakal dirancang.




