Terima kasih KBTBB ucapkan kepada Team Libur yang sudi bertandang ke Batu Berendam untuk memaparkan kenangan dan nostalgia basikal tua di Melaka. Walaupun pada awalnya cuaca tidak mengizinkan namun Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan baik sekali. Terima kasih kepada Wartawan dan Jurugambar Libur Sdr. Meor kerana bekerja keras untuk mendapatkan "shot-shot" terbaik walaupun di dalam cuaca hujan.Kami di Batu Berendam amat-amat berbangga kerana foto-foto itu salah satunya terpilih menjadi penghias kulit depan Majalah Libur keluaran Ogos. Ucapan Terima Kasih ini kami terima daripada Puan Azwa sendiri dan beliau amat-amat tidak menyangka bahawa diberi penghormatan menghiasi kulit majalah ini.
Bagi kami di KBTBB ini merupakan penghormatan kepada seluruh peminat, pencinta dan pejuang basikal tua di Malaysia diatas kesudian Majalah Libur mengangkat dan memartabatkan basikal tua di mata dan di hati masyarakat. TERIMA KASIH MAJALAH LIBUR! - Admin KBTBB
















Ketibaan Mr. GB ke Batu Berendam pada malam Sabtu 4hb Julai yang lalu telah diberikan sambutan yang meriah, ceria dan mesra oleh ahli-ahli KBTBB. Mr. GB yang dalam rangka MISI menawan Malaysia dengan berbasikal tua telah sudi untuk singgah bermalam di Batu Berendam. Undangan ke KBTBB tersebut telah disampaikan kepada beliau melalui Sdr. Ikhwan yang menemui beliau di Kota, Negeri Sembilan pada hari Sabtu petang yang lalu. Tepat jam 10.00 malam beliau tiba menaiki basikal tua jenis Raleigh 28" di KBTBB setelah diiringi oleh Sdr. Jebat yang telah menunggu beliau di Cheng, Melaka.