Basikal Melaka ingin mengucapkan Selamat Menyambut Kemerdekaan Negara Ke-57. Semoga warisan basikal tua akan terus lestari dengan penuh sinergi. Bersama kita berjuang demi memartabatkan warisan dan budaya bangsa! - Admin Basikal Melaka

Rabu, 22 Julai 2009

TAHNIAH kepada Mr. GB diatas kejayaan mengililingi Semenanjung dengan basikal tua.

Kami di KBTBB amat-amat berbangga di atas kejayaan dan usaha Mr. GB bakal menamatkan siri jelajahan Semenanjung Malaysia dengan basikal tua. Usaha seperti ini wajar dijadikan contoh kepada semua ahli-ahli KBTBB kerana dengan hanya berbekalkan semangat dan keyakinan yang tinggi semuanya boleh dilakukan. KBTBB juga ingin mengucapkan tahniah kepada Mr. GB di atas kejayaan yang paling manis ini. Tiada siapa menduga Raleigh tahun 60an yang uzur dikayuh Mr. GB selama lebih 22 hari ini telah mencipta sejarah baru untuk hobi basikal tua di Malaysia. Inilah usaha penglestarian paling hebat pernah dilakukan :) - Admin

1 ulasan:

nor izam bin abd latif berkata...

GB.GB. kau betul2 berani.selepas nie kau akan tempohi banyak dugaan yg tidak di sedari.ketahanan mentel kau sungguh kuat,bukan calang2 orang yang boleh ikut cara kau.hati kau benar2 keras,walaupun kau tahu banyak halangan,kau tetap tenang walaupun kau susah.gagah nya kau,membuat orang membuka mata.itu lah GB,, aku lah tu haha