Basikal Melaka ingin mengucapkan Selamat Menyambut Kemerdekaan Negara Ke-57. Semoga warisan basikal tua akan terus lestari dengan penuh sinergi. Bersama kita berjuang demi memartabatkan warisan dan budaya bangsa! - Admin Basikal Melaka

Selasa, 7 Julai 2009

KBTBB kembali ke zaman silam (hitam putih)

Beginilah agaknya kalau kita berada di zaman dulu-dulu...masa tu semua gambar pun hitam putih dan klasik. Bagi KBTBB, pengalaman sessi fotografi kali ini paling berharga kerana gaya dan arahan seninya memerlukan kami melakonkan watak-watak orang dulu-dulu. Apa pun nantikan keluaran Majalah ***** pada keluaran Ogos 2009 nanti. Pasti GEMPAKKKK !
..
Alamat KBTBB
Bengkel & Galeri KBTBB, 2743, Jalan Solok Pantai,
Bt. 4, Batu Berendam 75350 Melaka.
..
Hubungi kami
Pengerusi - Sdr. Alias 012-391 5613
Naib Pengerusi - Sdr. Aslizan 012 3161 785
Setiausaha - Sdr. Radzwan - 013 672 1392
Perhubungan Awam & Keahlian - Sdr. Jebat 017-639 7119
Media, Publisiti & Komunikasi - Sdr. Ikhwan 012-934 3953 ...
..
KBTBB Terus Maju
Basikal Tua...Warisan Generasi Muda!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sdr Jebat,

Sejak kebelakangan ini ruang sembang semakin hangat dengan prasangka sesama sendiri, apa mula ceritanya. Susah nak diamankan, jika dah berlaku macam ini. Tujuan saya tolong wujudkan blog KBTBB ini dulu, semata-mata untuk tempat atau wadah ahli-ahli KBTBB bertukar idea dan menguar-uarkan aktiviti berbasikal tua kepada masyarakat. Tidak sangka jadi macam ini. Dengan ikhlasnya saya mohon kepada Sdr Jebat sekiranya ada isu-isu yang sensitif, tolong selia dan pantau supaya tidak bertambah parah. Sdr Jebat sebagai moderator blog perlu peka dan bertanggungjawab, jika tidak imej blog ini akan terjejas. Harap maklum.

Basikal Melaka berkata...

Terima kasih Sdr. Cempaka atas komen tersebut.

Ringkas saja jawapannya. Ini adalah tindak balas kami terhadap blog dan pengguna yang telah dikenal-pasti yang selama ini menjadi dalang disebalik kemelut dan polimik hobi ini.

Selama ini kami semua telah lama bersabar dengan banyak tindakan "baling batu sembunyi tangan" mereka. Kami punya banyak bukti-bukti yang disimpan kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan.

Setiap kali KBTBB berjaya mengadakan aktiviti pasti ada saja komen-komen negatif diterima dan kami telah mengenal-pasti IP address tersebut. Mereka ini juga tidak pernah berpuas-hati dengan usaha-usaha yang dilakukan oleh KBTBB dan Sdr. Ikhwan memajukan hobi ini. Ada sahaja fitnah dan tomahan yang dilemparkan dan terbaharu menghina Sdr. Ikhwan di blog mereka.

Rasanya ramai yang sedia maklum dan pernah bersua-muka dengan mereka-mereka yang dimaksudkan pasti akan tahu siapa mereka?. Dan paling mendukacitakan lagi ada pulak pihak ketiga yang turut menjadi dalang mengeruhkan lagi keadaan dan kami telahpun mengenal-pasti individu terbabit.

Selagimana mereka ini tidak menghentikan tomahan dan hinaan serta tindakan-tindakan negatif selagi itulah cerita ini tidak akan selesai. Pastinya bukan kami di KBTBB, NBT dan BM yang memulakan episod buruk ini.

Harap Maklum.
Admin KBTBB
017 639 7119 atau 019-606 5575