Basikal Melaka ingin mengucapkan Selamat Menyambut Kemerdekaan Negara Ke-57. Semoga warisan basikal tua akan terus lestari dengan penuh sinergi. Bersama kita berjuang demi memartabatkan warisan dan budaya bangsa! - Admin Basikal Melaka

Selasa, 28 Julai 2009

Majalah Libur bersama KBTBB menjayakan slot cerita Nostalgia Basikal Tua di Melaka

Terima kasih KBTBB ucapkan kepada Team Libur yang sudi bertandang ke Batu Berendam untuk memaparkan kenangan dan nostalgia basikal tua di Melaka. Walaupun pada awalnya cuaca tidak mengizinkan namun Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan baik sekali. Terima kasih kepada Wartawan dan Jurugambar Libur Sdr. Meor kerana bekerja keras untuk mendapatkan "shot-shot" terbaik walaupun di dalam cuaca hujan.

Kami di Batu Berendam amat-amat berbangga kerana foto-foto itu salah satunya terpilih menjadi penghias kulit depan Majalah Libur keluaran Ogos. Ucapan Terima Kasih ini kami terima daripada Puan Azwa sendiri dan beliau amat-amat tidak menyangka bahawa diberi penghormatan menghiasi kulit majalah ini.

Bagi kami di KBTBB ini merupakan penghormatan kepada seluruh peminat, pencinta dan pejuang basikal tua di Malaysia diatas kesudian Majalah Libur mengangkat dan memartabatkan basikal tua di mata dan di hati masyarakat. TERIMA KASIH MAJALAH LIBUR! - Admin KBTBB



1 ulasan:

Sepeda Tua Johor Bahru berkata...

Kami di KSTJB mengucapkan TAHNIAH terutamanya kepada KBTBB dan juga Pn.Azwa kerana sepeda tua Melaka menjadi penghias muka hadapan majalah LIBUR. Lepas nie boleh le jadi duta utk produk yang lain. (saja menyeloroh pn.)