Basikal Melaka ingin mengucapkan Selamat Menyambut Kemerdekaan Negara Ke-57. Semoga warisan basikal tua akan terus lestari dengan penuh sinergi. Bersama kita berjuang demi memartabatkan warisan dan budaya bangsa! - Admin Basikal Melaka

Ahad, 3 Januari 2010

Ketua Menteri Melaka dan KBTBB berbasikal menyambut tahun 2010 bersama 500 peserta di Melaka

01.01.2010 merupakan tarikh keramat yang mungkin tidak akan dapat dilupakan oleh 65 orang peserta basikal tua dari KBTBB dan sekitar Melaka yang bersama-sama Ketua Menteri Melaka iaitu Datuk Seri Ali Rustam (DAR) memeriahkan acara sambutan kedatangan tahun 2010. Acara sambutan tahun baru 2010 di Melaka disambut sederhana dengan percikan bunga api tepat jam 12:00 tengah malam di Dataran Taming Sari. Seperti yang telah dirancang, KBTBB telah berjaya menyampaikan sebuah basikal Raleigh ukuran 28" khas buat DAR (Datuk Ali Rustam) yang telah dilaksanakan oleh Pengerusi KBTBB iaitu Sdr. Alias diiringi oleh Penaung, Sdr. Zul dan Ketua Projek, Sdr. Ikhwan untuk dikayuh pada malam tersebut. Selang beberapa minit melangkah ke tahun baru 2010, KBTBB telah pun memulakan langkah awal melestarikan basikal tua bersama 500 peserta lain (pelbagai jenis basikal) mengetuai acara kayuhan bersama DAR dan Exco-exco Kerajaan Negeri Melaka di sekitar Bandaraya Melaka Warisan Dunia.

Bagi orang lain, mungkin ada yang lena dibuai mimpi indah atau hanya melopong di depan TV di rumah bersama keluarga atau berkeliaran tanpa haluan di malam tahun baru, merempit, melepak dan sebagainya, namun bagi KBTBB pula mereka telahpun memulakan usahanya melangkah setapak ke hadapan mengandakan usaha melestarikan basikal tua untuk negeri tercinta mereka iaitu Melaka. Permulaan paling manis untuk tahun 2010 disamping tersenyum gembira dengan kejayaan sepanjang tahun 2009 yang akan terus terpahat sebagai sejarah (track record) yang bakal dikenang oleh semua pencinta basikal tua di Malaysia. Kehadiran hampir 5000 pengunjung di Dataran Taming Sari berjaya menarik minat ramai untuk menyertai KBTBB pada acara yang akan datang. Pada malam itu, basikal tua menjadi tumpuan lensa kamera dan media massa kerana keunikkan dan kecantikkan yang penuh nostalgia klasiknya. - sila klik di sini untuk melihat foto-foto pada acara tersebut.

Ahli-ahli KBTBB menjadi tumpuan pada malam sabutan tahun baru 2010. Gambar dan cerita disiarkan di dalam akhbar Utusan Malaysia di muka surat 9 pada keluaran Sabtu, 02.01.2010.

Datuk Seri Ali Rustam bangga mengayuh basikal Raleigh untuk mengetuai acara kayuhan berbasikal bersama rakyat yang disertai lebih 500 peserta di malam tahun baru. Keratan akhbar dari Sin Chew Daily (Edisi Melaka)pada Sabtu 02.01.2010.

Puan Azwa (wawa) dengan gaya klasik mengayuh basikal tuanya telah berjaya dirakam oleh lensa kamera wartawan Sin Chew Daily pada malam tahun baru 2010 di Melaka.

Cerita lanjut mengenai acara kayuhan basikal bersama Ketua Menteri Melaka yang disiarkan oleh akhbar Sin Chew Daily pada keluaran Sabtu 02.01.2010.

Akhbar China Press juga tidak ketinggalan membuat liputan mengenai acara kayuhan basikal pada malam sambutan tahun baru 2010 pada keluaran hari Sabtu 02.01.2010.

Sambungan cerita mengenai acara kayuhan bersama Ketua Menteri Melaka pada muka surat 4 akhbar China Press.

Gambar di atas - Datuk Ali Rustam (DAR) melambai semua pengunjung yang hadir, manakala Puan Azwa berkayuh santai mengiringi DAR bersama 65 peserta berbasikal tua/klasik sentiasa mendapat perhatian lensa media massa kerana kelainan dan keunikkan basikal dan kostum beliau.

3 ulasan:

Sepeda Tua Johor Bahru berkata...

Sekalung Tahniah dari kami di KSTJB. Program yang amat menarik dan pastinya tidak akan dilupakan oleh mereka yang terlibat sama pada malam tersebut.

Tahniah sekali lagi dari kami.

Kelab Basikal Tua berkata...

Terima kasih KSTJB. Kami di KBTBB juga ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 khas buat sahabat-sahabat di Johor Bahru dan sekitarnya. Semoga persahabatan kita terus berkekalan.

Mr GB berkata...

salam besar punya buat semua......

kayuhan itu membuat kami perserta dari perak juga rasa teruja kerana pertama kali kami berkayuh dengan ketua menteri,rasa letih memandu pun terubat kerana setiap perjalan kami asik bercerita tentang kayuhan itu.semoga kayuhan akan datang lagi gempar dan malatop......taniah kepada semua dan KBTBB.