Basikal Melaka ingin mengucapkan Selamat Menyambut Kemerdekaan Negara Ke-57. Semoga warisan basikal tua akan terus lestari dengan penuh sinergi. Bersama kita berjuang demi memartabatkan warisan dan budaya bangsa! - Admin Basikal Melaka

Selasa, 4 Ogos 2009

Kayuhan Klasik di Ambang Merdeka pada 16 Ogos 2009 di Muar, Johor

Salam Kemerdekaan buat semua sahabat-sahabat basikal tua seluruh negara. Bersempena dengan bulan dan sambutan Kemerdekaan negara yang ke 52 ini, KBTBB, KBKM (Kelab Basikal Klasik Muar), KSTJB (Kelab Sepeda Tua Johor Bahru) dan KBKBP (Kelab Basikal Klasik Batu Pahat) akan mengadakan 1 acara kayuhan di ambang kemerdekaan pada 16hb Ogos 2009 ini bertempat di Bandar Muar, Johor. Justeru itu, dengan sukacitanya kami ingin menjemput semua sahabat basikal tua/sepeda/gerek untuk bersama-sama memeriahkan acara kayuhan pada hari tersebut.

KBKM selaku tuan rumah telahpun merangka program dan aktiviti yang menarik pada hari tersebut. Kayuhan gabungan ini dijangkakan akan menarik ramai individu dan kelab basikal klasik dari Johor dan Melaka serta lain-lain negeri dan mengalu-alaukan kedatangan mereka untuk sama-sama menjayakannya. Pihak penganjur juga berharap kayuhan gabungan ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat untuk bersama-sama menghayati bulan dan sambutan Kemerdekaan negara yang ke 52 disamping mengimbau kembali sejarah Kemerdekaan.

Maklumat mengenai Acara pada 16hb Ogos 2009 seperti berikut :-

Tarikh
Ahad, 16hb Ogos 2009
Masa
2:00 petang – 6:30 petang
Tempat Mula
Dataran Tanjung Mas, Muar (Flag-Off jam 2:00 ptg)
Laluan
Jalan Maharani 1 – Jambatan Muar – Jalan Bentayan – Jalan Abdullah – Jalan Majidi – Dataran Tanjung Mas
Tempat Rehat
Warung Topong
Tempat Berakhir
Dataran Tanjung Mas, Muar (Majlis Penutup & Penyampaian Sijil)

Tiada ulasan: