Basikal Tua yang diperjuangkan oleh KBTBB terus mendapat perhatian dan pengiktirafan pemerintah tertinggi Melaka. KBTBB sekali lagi telah diberi peluang oleh Kerajaan Negeri untuk bersama-sama memeriahkan Ulang Tahun Ke-2 sambutan pengiktirafan Melaka sebagai Tapak Warisan Dunia dari UNESCO pada 7hb Julai 2010 yang lalu. Tuan Yang Terutama (TYT) Yang DiPertua Negeri Melaka iaitu Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob diiringi Ketua Menteri Melaka iaitu YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan bersama 30 pembesar negeri yang terdiri dari wakil rakyat dan ketua jabatan telah mengayuh basikal di sekitar Bandaraya Melaka menemui rakyat dan komuniti Melayu, Cina, dan India. Admin akan mendapatkan lebih banyak cerita-cerita dan laporan akhbar mengenai acara yang telah berlangsung dengan penuh nostalgia dan klasik. Lihat sahaja pakaian yang dipakai oleh pembesar-pembesar negeri pada malam itu....
KBTBB kini memiliki koleksi basikal tua dari tahun 1930 ukuran frame 26" jenis Hercules milik Sdr. Ikhwan yang di bawa khas untuk acara malam tersebut bersama TYT di Melaka. Semua ahli pada malam itu berpakaian zaman-zaman 30an dan era Munsyi Abdullah.
Tuan Yang Terutama (TYT) Yang DiPertua Negeri Melaka iaitu Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob mengayuh basikal tua Raleigh Sport ukuran tayar 26 milik Puan Wawa kerana ringan dan selesa.KBTBB kini memiliki koleksi basikal tua dari tahun 1930 ukuran frame 26" jenis Hercules milik Sdr. Ikhwan yang di bawa khas untuk acara malam tersebut bersama TYT di Melaka. Semua ahli pada malam itu berpakaian zaman-zaman 30an dan era Munsyi Abdullah.
Ahli-ahli KBTBB segak berpakaian zaman dulu-dulu berbasikal beramai-ramai memeriahkan acara bersama 30 VVIP yang terdiri daripada Ketua Jabatan dan Wakil Rakyat
Yang Berhormat - Datuk-datuk (VVIP) bergaya bersama basikal tua masing-masing. Basikal tua kini telah mendapat tempat yang tinggi dan dinaiki pembesar negeri dalam acara yang unik ini.
Pemimpin berjiwa rakyat...Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengetuai rombongan berbasikal menuju Memorial Kemerdekaan untuk acara pelancaran dan perasmian diiringi ahli-ahli KBTBB dan YB-YB.
Liputan akhbar yang terkini dari China Press yang merupakan akhbar terpantas menyiarkan bahan cerita sambutan Ulang Tahun ke-2 Melaka Bandaraya Warisan Dunia.
Liputan akhbar The Star semalam 8hb Julai 2010
Liputan akhbar The Star semalam 8hb Julai 2010
...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan