Acara K2N akan berlangsung hanya beberapa hari sahaja lagi, segala persiapan terakhir telah dan sedang giat dilakukan oleh Sekretariat K2N di Melaka. Semua yang dirancang setakat ini masih mengikut jadual seperti mana yang telah dirancang. YAB Ketua Menteri Melaka iaitu Datuk Seri Mohd Ali Rustam akan hadir merasmi dan menyempurnakan "flag-off" peserta K2N seperti yang telah diumumkan penganjur. Berikut adalah maklumat-maklumat penting untuk makluman dan perhatian kepada peserta-peserta dan tetamu khas K2N. Peserta-peserta dan tetamu diminta hadir lebih awal ke tempat acara untuk mengelakkan sebarang kesulitan dan keciciran mengikuti acara K2N.
Maklumat Acara Kayuhan 2 Negara pada Ahad, 6hb Jun 2010
Tempat mula dan berakhir : Menara Taming Sari, Melaka (berhampiran Kapal Portugis)
Pendaftaran Peserta : Bermula 7:00 pagi - 7:30 pagi
Flag off (pelepasan) : 8:30 pagi oleh YAB Ketua Menteri Melaka iaitu Datuk Seri Mohd Ali Rustam
Laluan :
Bermula dari Menara Taming Sari menuju - Jalan Merdeka, Jalan Parameswara, Jalan Kota, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Jalan Hang Jebat, Jonker Street,Lorong Hang Jebat, Jalan Kg. Kuli, Jalan Hang Kasturi, Jalan Tukang Emas, Jalan Lekiu, Jalan Kg. Pantai, Jalan Bunga Raya, Jalan Kg. Jawa, Jalan Kee Ann, Jalan Baru, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Hang Tuah, Jalan Tun Ali, Jalan Kg. Morten, Lorong Tun mamat 4, Jalan Tan Chay Yan, Jalan Tun Mutahir,Jalan Tun Sri Lanang, Jalan Bendahara, Jalan Laksamana, Jalan Merdeka (Quayside) - Tamat di Menara Taming Sari.
Jarak Kayuhan : 12km
Ambil Perhatian : Peserta-peserta akan diiringi Polis Trafik dan Marshall K2N sepanjang perjalanan dan sessi lawatan serta peserta diminta mengikuti segala arahan dari pihak Sekretariat K2N.
Tempat Rehat :
Kampung Morten - peserta akan diberikan minuman air mineral
Tempat-tempat yang akan dilalui :
Stadthuys, Christ Church, St. Francis Xavier's Church, St. Paul's Church, A'Famosa, Malacca Sultanate Palace, Dutch Graveyard, Independece Memorial, Jonker Street, Nyona & Baba Heritage, Hang Kasturi Mausoleum, Kampung Hulu Mosque, Cheng Hoon Teng Temple, Kampung Kling Mosque, Sri Poyatha Temple, Hang Jebat Mausoleum, St. Peter's Church
Acara Penamat & Penuntup :
Peserta-peserta yang berjaya menamatkan kayuhan diminta berkumpul di hadapan Menara Taming Sari untuk majlis penyampaian Sijil Penghargaan dan Majlis Penutup. Sila ambil perhatian kepada semua bahawa Sijil Penghargaan hanya akan diberikan kepada peserta yang mendaftarkan diri kepada Sekretariat K2N sebelum acara bermula. Sekretariat K2N tidak akan melayan mana-mana pihak yang tidak mendaftarkan diri untuk mendapatkan sijil tersebut.
...
2 ulasan:
Tahniah KBTBB atas program yang cukup hebat ini. Kami di KSTJB akan memastikan pendaftaran dibuat sebelum subuh lagi. he..he
Saya salah seorang Jurugambar yang ada di Dutch Square pagi itu. Jika berminat untuk melihat gambar, sila click link di bawah.
http://www.akmaladanan.com/2010/06/kayuhan-2-negara-malaysia-indonesia.html
All images on this album are under the ownership & copyright of Creative Nine Images. No Photograph may be reproduced, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work without permission from the owner. All rights reserved.
Catat Ulasan