Pasar Karat yang dibuka setiap hari Ahad pagi bermula seawal jam 7:00 pagi sehingga 12:00 tengahari sangat terkenal dan popular bagi "kaki dan kolektor antik". Pasar yang terletak di lorong kecil berhampiran Jonker Street menjadi tumpuan kolektor antik dari negeri Melaka, Johor, Singapura dan Kuala Lumpur. Pasar yang menjual pelbagai barangan antik seperti piring hitam, tembaga, porselin, pelita, buku-buku, perhiasan, permainan lama, uniform lama, jam, spare part basikal tua dan sebagainya menawarkannya dengan harga yang berpatutan dan murah. KBTBB sempat singgah membawa Sdr. Alex melihat dan meluangkan sedikit masa untuk memberi peluang kepada ahli-ahli membeli belah barangan antik untuk dijadikan koleksi masing-masing.
Kehadiran KBTBB di Pasar Karat mengamatkan suasana dengan memukau peniaga dan penggunjung dengan koleksi basikal tua masing-masing. Sempat juga beberapa peniaga antik mahu menawarkan basikal tua milik ahli-ahli KBTBB untuk di beli sebagai koleksi mereka. Walaupun matahari sudah mula memanah namun kerana asyik melihat barang antik kepanasannya sudah tidak lagi dirasa. Selesai membeli-belah ahli-ahli rombongan bergerak meninggalkan pasar tersebut untuk menuju pulang ke Batu Berendam sebelum singgah ke Kg. Morten untuk melihat Rumah Warisan Melaka milik Tuan Haji Ibrahim.
Sdr. Alex tidak melepaskan peluang melihat barang-barang antik yang dijual peniaga di pasar karat.Barang-barang kaca nie macam mana pulak nak bawak balik naik basikal...moralnya kalau datang sini bawak troli bubuh dalam kereta.Mr. GB dan Sdr. Alex sedang khusyuk melihat kereta tolak buatan England yang ditawarkan dengan harga yang murah...masalahnya macam mana nak angkut bawak balik beb?
Wahhh...Saddle Hercules dan Brooks pun ada dijual...murah pulak tuuu...kalau dah murah tunggu apa lagie...sapu jer lahhh.Emmmm....macam menarik barang tu...takpe minggu depan aku datang bawak lori. Lelong...lelong...loceng Lucas RM15.00 saper cepat dia dapat...1...2....3....aku punya.Rombongan KBTBB bergerak meninggalkan Pasar Karat menuju ke Kg. Morten untuk melawat Rumah Warisan Melaka milik Tuan Haji Ibrahim.Jalan ini basikal tua yang punya....KBTBB menuju ke Kg. Morten - Saksikan foto-foto seterusnya...layannnnnnn....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan