Basikal Melaka ingin mengucapkan Selamat Menyambut Kemerdekaan Negara Ke-57. Semoga warisan basikal tua akan terus lestari dengan penuh sinergi. Bersama kita berjuang demi memartabatkan warisan dan budaya bangsa! - Admin Basikal Melaka

Isnin, 19 Oktober 2009

Majlis Rumah Terbuka & Jamuan Aidilfitri KBTBB 1430H berlangsung penuh CERIA & MERIAH

Batu Berendam - Seramai 150 orang tetamu telah menghadiri Majlis Rumah Terbuka & Jamuan Aidilfitri yang diadakan pada 17hb Oktober, 2009 yang lalu. Majlis yang berlangsung penuh ceria dan meriah ini dihadiri oleh ramai sahabat-sahabat basikal tua dari seluruh pelusuk tanahair. Antaranya kehadiran sahabat-sahabat dari Negeri Perak, N. Sembilan, Selangor dan Johor. Majlis juga diserikan dengan kehadiran Penaung KBTBB En. Zul bersama sahabatnya Tuan Hj. Khalil (Pegawai Khas - Perhubungan UMNO) dari Pontian, Johor serta Sdr. Ismail (Ketua Pemuda UMNO Batu Berendam). Paling penting bagi KBTBB Majlis ini diadakan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara ahli-ahli keluarga KBTBB, penduduk kampung Batu Berendam, dan sahabat-sahabat sambil beramah-mesra dan bermaaf-maafan.

Para hadirin yang hadir khusyuk mendengar taklimat dan ucapan alu-aluan dari Pengerusi Majlis, Sdr. Fadhil sewaktu melaksanakan acara pembukaan Majlis.

Tuan Imam membacakan doa selamat untuk acara Majlis sebagai tanda kesyukuran dan selamat di atas segala acara KBTBB yang telah dan bakal dianjurkan. Kelihatan Sdr. Alias, Sdr. Sidek, Tok Penghulu dan Dr. Norman mengaminkan doa.

Sahabat sejati KBTBB iaitu Sdr. GB dan Fadhil hadir bersama 2 rakan mereka dari Kampar, Perak iaitu Sdr. Fazil dan Sdr. Roy (BSA) antara tetamu yang awal tiba di Batu Berendam.

Pak Hassan sempat mengusik Sdr. Samsir sambil menjamu selera.

Tok Penghulu dan Chegu Shaari hadir bersama ahli keluarga masing-masing menceriakan suasana sambil menjamu selera.

Anne Acasia (Wawa) ceria berbaju hijau menikmati hidangan keseorangan kerana Sdr. Ikhwan sibuk melayan tetamu yang datang.

Dari Kiri Sdr. Alias, Sdr. Kamrudin, Sdr. Radzwan, Sdr. Taufik & Sdr. Ikhwan (BM) sempat bergambar walaupun sibuk melayan para tetamu.

Sempat beraksi bersama koleksi basikal yang dipamerkan sambil bertukar-tukar pendapat dan pengalaman masing-masing.

Sdr. Zul (Penaung KBTBB) bersama sahabatnya Tuan Haji Khalil (berbaju belang-belang) turut serta menjamu selera.

Sdr. Ikhwan serius berbincang dan berbual mengenai rancangan di masa hadapan bersama Pengerusi Kelab Basikal Klasik Muar iaitu Cikgu Kadir dan sahabat-sahabat dari Muar, Johor.

Sdr. Along Klang hadir bersama ahli keluarganya (adik, anak lelaki & anak perempuannya). turut hadir Mr. Ong dan rakan-rakannya dari Klang, Selangor.

Sdr. Hamdan dari Labis, Johor hadir sekeluarga turut serta menceriakan sambutan Aidilfitri KBTBB walaupun sibuk berniaga.

Sdr. Alias (Pengerusi KBTBB) menerima sumbangan dari Sdr. Ismail (Ketua Pemuda UMNO, Batu Berendam).

Tuan Haji Khalil dari Pontian, Johor juga turut sama menghulurkan sumbangan untuk KBTBB dan amat bangga melihat aktiviti-aktiviti dan majlis yang dianjurkan.

Cik Tia (UiTM) juga sempat meluangkan masa walaupun sibuk dengan projek akhir pengajiannya. Sdr. Alias dan Sdr. Jebat sempat bersembang bersama.

KBTBB juga amat berbesar hati dengan kesudian dan kehadiran anggota-anggota Polis dari Balai Polis Batu Berendam yang telah dijemput. Hubungan baik di antara KBTBB dengan pihak berkuasa tempatan penting demi menjaga keharmonian dan keselamatan serta kepentingan semua pihak di Batu Berendam.

Tuan Haji Khalil memperkatakan sesuatu kepada Sdr. Ikhwan untuk membantu merancang "1 program besar" anjuran bersama di antara KBTBB dengan Kelab-kelab Basikal di Johor terutamanya di Daerah Pontian. Berita terkini KBTBB telahpun dihubungi oleh rakan-rakan basikal dari Pontian menyatakan kesediaan untuk turut sama menyertai program yang akan dirancang kelak.

Ke mana kuah....kalau tidak tumpah ke nasi...begitulah hasrat Sdr. Jebat untuk mewarisi basikal tua kepada anak-anaknya walaupun si kecil (Adik Asri) baru berusia 1 tahun 2 bulan. Ternyata kehadiran basikal kepunyaan Adik Ayu Izzaty di Batu Berendam menjadi tumpuan dan inspirasi kepada kanak-kanak kecil yang tertawan melihatnya.

Kesudian Otai Chemek menghadirkan diri ke Batu Berendam merupakan satu penghormatan kepada KBTBB. Tiada yang lama maka tiadalah yang baru. Sdr. Ikhwan yang mewakili "generasi muda" membuktikan beliau amat-amat menghormati dan menghargai pengalaman dan pengetahuan otai-otai yang terdahulu mempelopori hobi basikal tua di Melaka. Terima kasih kepada Otai Chemek kerana sudi mengiringi kayuhan KBTBB dari mula sehingga akhir. Terima kasih juga kepada Otai Izan yang turut hadir dan telah banyak menurunkan ilmu basikalnya kepada ahli-ahli KBTBB.

Akhir kata...KBTBB amat-amat berbesar hati dan terharu dengan sokongan dan kehadiran semua pihak yang sudi hadir meluangkan masa dan tenaga untuk menjayakan dan memeriahkan Majlis Rumah Terbuka dan Sambutan Aidilfitri pada tahun ini. Insyallah di tahun hadapan KBTBB akan mengadakan Majlis seperti ini lagi sebagai acara tahunan di dalam kalendar aktiviti/acara KBTBB. Dikesempatan ini KBTBB ingin memohon ampun dan maaf di atas segala kekurangan dan kesilapan yang berlaku sepanjang Majlis tersebut berlangsung.

TERIMA KASIH DAUN KELADI...TAHUN DEPAN DATANG LAGI.


Jangan lupa saksikan paparan acara kayuhan "pemanas badan" KBTBB bersama sahabat-sahabat dari Perak dan Selangor yang diserikan dengan penampilan istimewa adik Ayu Izatty bersama basikal kecilnya pada PAPARAN AKAN DATANG...TUNGGGUUUU

Basikal Tua...Warisan Generasi Muda
Admin KBTBB
.


3 ulasan:

Mr GB berkata...

PEHHHH...... BESAR PUNYA....
KAYUH HARITU SERONOK.....KAWAN2 GB SAMPAI TAK BOLEH NAK BAWA VAN... LETIH PUNYA PASAL. Mr BG BANGGA KEPADA ADIK KECIL KITA TU (AYU) YANG BERSEMANGAT BERKAYUH WALAUPUN USIANYA MASIH KECIL.UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA KAWAN2 DARI KAMPAR,JOHOR,KLANG DAN DIMANA JUA ANDA BERANA KERANA BERKAYUH HARI TU........

KELAB SEPEDA TUA JOHOR BAHRU berkata...

Tahniah KBTBB ..kerana menganjurkan jamuan raya dan kayuhan pada 17hb Oktober 2009. Pastinya cukup meriah.
Kepada Mr.Ikhwan...macam burung serindit sejoli ler bro. hijau ko. heheheheheh...

Rosli berkata...

wahh..seronoknya tgk majlis hari raya KBTBB..maafla tak dapat nak gi sbb ada urusan skit.Harapnya tahun depan KBTBB jangan lak serik nak jemput gerek penang..mudah- mudahan tahun depan ader peluang nak bersama dlm majlis ini.