Basikal Melaka ingin mengucapkan Selamat Menyambut Kemerdekaan Negara Ke-57. Semoga warisan basikal tua akan terus lestari dengan penuh sinergi. Bersama kita berjuang demi memartabatkan warisan dan budaya bangsa! - Admin Basikal Melaka

Jumaat, 10 April 2009

RAMBLER YANG USANG

...






Salam buat semua.....

Alhamdulilah bertemu kita kembali, nampaknya blog-blog basikal/sepeda sudah bertambah meriah dengan kehadiran bloger-bloger baru. Moga kita dapat bersama-sama mempertahan warisan ini. Disamping berkongsi ilmu dan pengalaman mengenai hobi yang kita cintai ini.

Kali ini KBTBB ingin mempapar basikal/sepeda Rambler yang usang ini untuk kita bersama-sama berkongsi ilmu basikal/sepeda Rambler. Basikal/sepeda ini dimiliki oleh salah seorang ahli KBTBB Sdr. Rehan. Menurut ceritanya, Sdr Rehan telah membeli basikal/sepeda ini di kedai lama di Muar, Johor. Gambar-gambar ini diambil dan dijumpai sepertimana asal dan masih belum direstorasi semula. Insyaallah setelah direstorasi KBTBB akan menyiarkan kembali gambar-gambar terbaharu basikal/sepeda Rambler tersebut. Mohon pandangan dan komen daripada semua pencinta basikal/sepeda tua di Malaysia.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah kepada Sdr. Rehan kerana berjaya mendapat sebuah basikal tua yang hebat. Walaupun kondisinya usang dengan usaha dan kerja-kerja restorasi yang bersungguh-sungguh saya percaya basikal Rambler ini akan memikat hati ramai peminat kelak.

iela ila berkata...

tahniah kpd tuan punya bskl yg br dpt ni, sy nak tanya sket kalo body bskl ni dah teruk sgt karatnya mcmana nak pulihkan kembali supaya besinya jd licin.. sebab sy pun baru dpt bskl usang spt tuan, bile digosok dgn sand paper besinya masih lekuk2. nak licinkan mcmana?? bantu la kami didalam kebingungan... heheheh TQVM

basikal-melaka. berkata...

salam buat ajid....
Terlebih dahulu KBTBB ucapkan ribuan terima kaseh kerana melayari blog ini.
Perkara yg sdr ajid usulkan itu tidak jadi masaalah untuk kita berkongsi bersama,kerjanya amat rumit sekali untuk hilangkan lekuk-lekuk itu,tetapi ape yg kami telah lalui,hasil amat membanggakan,di kbtbb kami ade pakar tentang bab ini.kalau nak di ceritakan panjang lebar,sekiranya sdr ajid blh tinggalkan hp dan pehak kbtbb akan memghubungi sdr ajib
sekian dahulu.
wasalam.