Basikal Melaka ingin mengucapkan Selamat Menyambut Kemerdekaan Negara Ke-57. Semoga warisan basikal tua akan terus lestari dengan penuh sinergi. Bersama kita berjuang demi memartabatkan warisan dan budaya bangsa! - Admin Basikal Melaka

Isnin, 13 April 2009

Jom Ronda Melaka - 2hb Mei 2009 : Update!

...


Salam sejahtera buat semua sahabat basikal tua di Malaysia.

KBTBB dengan sukacitanya ingin menjemput semua sahabat basikal tua untuk bersama-sama menyertai satu program kayuhan basikal tua di Melaka pada Sabtu, 2hb Mei 2009 bertempat di Kg Batu Berendam, Melaka. Bertemakan "Jom Ronda Melaka" kayuhan kali ini akan menyelurusi laluan baru yang akan dimaklumkan kelak oleh pihak KBTBB.

Kayuhan kali ini menjanjikan lebih keseronokan dan kepuasan disamping menghijaukan bumi Melaka dengan berbasikal. Walaupun basikal "tua" kian dipinggirkan namun kita perlu ingat bahawa "tua-tua keladi...semakin tua semakin menjadi!" yang dimetaforakan untuk basikal tua (bukan orang yer), iaitu ianya masih lagi diminati dan kian mendapat perhatian masyarakat. Maaf kalau ada yang beranggapan sebaliknya.

Untuk makluman, satu Jamuan Makan Malam akan diadakan oleh KBTBB untuk semua yang hadir. Untuk kayuhan pada kali ini peserta digalakkan untuk memakai pakaian/t-shirt berwarna hijau sebagai simbolik menyokong anti-pemanasan global dan cintakan kehijauan untuk bumi Melaka. Sebarang pertanyaan sila hubungi Sdr. Jebat di talian 017 639 7119 Jumpa anda di sana.

Maklumat mengenai acara adalah seperti berikut :-

Tarikh
Sabtu, 2hb Mei 2009
Masa
3:00 petang – 10:30 malam
Tempat Mula
Bengkel KBTBB, Kg. Batu Berendam
Laluan
Kg. Batu Berendam – Jln. Peringgit – Hotel Ramada – Bangunan Merah/Jam Besar – Jonker Walk – Jln. Kg. Hulu – Kg Morten – Up Town – Menara Taming Sari – A Famosa – Banda Hilir – Jln. Hang Tuah
Tempat Rehat
Bangunan Merah – Makan Cendol (sponsored by KBTBB)
Tempat Berakhir
Bengkel KBTBB, Kg. Batu Berendam
Jamuan Makan Malam KBTBB
8:00 malam di Warung Kg. Batu Berendam – Persembahan Dondang Sayang (LIVE), Muzikal Ghazal (LIVE), dan irama 60an.

3 ulasan:

basikal-melaka.blogspot.com berkata...

Salam buat semua....
saya mewakili kbtbb menjemput teman-teman sepeda malaysia untuk menyertai JOM RONDA MELAKA.
Selain kita berkayuh dapat kita mengeratkan lagi silaturahim diantara kita yang jauh mahu pun yang dekat.
segala pertanyaan boleh hubungi,jebatmlk,ikhwan(BM),BRO Izan.

mykyocera berkata...

Jom ler turun ramei-ramei...kita kayuh beskal tua keliling Melaka :)

basikal-melaka berkata...

salam....
untuk di maklumkan kepada rakan-rakan yang tiada basikal ingin bersama-sama berkayuh,pihak kbtbb bermurah hati menyediakan basikal yang sedia ade.
kedatangan amat kami hargai.
KITA JUMPA DI SANA YE.