Basikal Melaka ingin mengucapkan Selamat Menyambut Kemerdekaan Negara Ke-57. Semoga warisan basikal tua akan terus lestari dengan penuh sinergi. Bersama kita berjuang demi memartabatkan warisan dan budaya bangsa! - Admin Basikal Melaka

Khamis, 19 November 2009

Jemputan Acara Kayuhan Silaturahim Melaka-Jakarta, 6hb Disember '09

KBTBB dengan sukacitanya ingin menjemput seluruh pencinta basikal tua tanahair untuk turut bersama-sama menjayakan satu Acara Kayuhan Silaturahim (persahabatan) bersama Sdr. Alex dari Jakarta (Indonesia) pada hari Ahad, 6hb Disember 2009, jam 8:30 pagi. Marilah kita bersama-sama membuka lembaran baru persahabatan di antara kedua negara yang berjiran agar hubungan yang baik dapat diteruskan dan dikekalkan bagi menjamin keamanan dan kesejahteraan di rantau Nusantara. Sebagai rakan dan sahabat basikal tua/sepeda yang berpengkalan di tengah-tengah Semenanjung Malaysia, KBTBB ingin menjadi sahabat dan rakan strategik kepada semua pihak/kelab/individu/NGO untuk melestarikan basikal tua/sepeda ke peringkat antarabangsa.

Untuk makluman, Sdr. Alex merupakan seorang anak muda yang berjuang melestari dan menyebarkan "virus" basikal tua di negaranya. Beliau juga merupakan salah seorang yang bertanggungjawab mewujudkan blog basikal tua yang terkenal dan popular iaitu Wira-wiri Naik Sepeda (Wiwinaked) http://sepeda.wordpress.com . Bagi kebanyakkan blogger nama beliau tidak perlu diperkenalkan lagi kerana beliau sentiasa memberikan komentar dan menyokong komuniti basikal tua yang ada di Nusantara terutamanya Indonesia dan Malaysia. Kehadiran Sdr. Alex ke Malaysia adalah diatas undangan Sdr. Sanim (Nostalgia Basikal Tua) dan Sdr. Ikhwan (Basikal Malaya) untuk menghadiri Majlis Perkahwinan Sdr. Sanim yang akan berlangsung pada hari Sabtu, 5hb Disember 2009 di Melaka dan berlibur (melancong) ke Malaysia.

Peluang berkayuh dan berjumpa dengan beliau sememangnya tidak seharusnya dilepaskan oleh semua pihak untuk bersama-sama bertukar pendapat dan pengalaman serta pengetahuan mengenai basikal tua. KBTBB amat-amat berbesar hati untuk menerima kehadiran Sdr. Alex ke Batu Berendam, Melaka dan sudah tidak sabar untuk berkayuh bersama-sama dengan beliau. Maklumat dan aturcara kayuhan seperti di bawah. Sebarang pertanyaan silalah hubungi wakil KBTBB seperti yang tertera di blog ini.

Aturcara Acara Kayuhan pada
Ahad, 6hb Disember 2009:-


7:45 pagi
Persediaan (last check-up) dan sarapan pagi sponsored by KBTBB & Basikal Malaya
8:00 pagi
Berkumpul di Batu Berendam (pengkalan operasi KBTBB), Melaka untuk sessi taklimat perjalanan dan keselamatan.

8:30 pagi
Bertolak ke Bandaraya Warisan Dunia - Melaka.
9:15 pagi
Sarapan pagi dan berehat di Restoran (to be confirm)
9:15 pagi - 11:00 pagi
Melawat tempat-tempat bersejarah sekitar Bandaraya menaiki basikal masing-masing.

11:00 pagi - 12:00 t/hari
Singgah bershopping di Pasar Karat berhampiran Jonker Street.
12:00 t/hari
Kembali pulang ke Batu Berendam (pengkalan operasi KBTBB)
....


Sekian Untuk Makluman.

Basikal Tua...Warisan Generasi Muda
Admin KBTBB

6 ulasan:

Mr GB berkata...

salam seantero besar punya.......
kayuhan nie nie nampak menarik.....kena kecoh kat kawan2 nie....macam biasa lah saya bawa basikal jelajah lah.baru panjat bukit laju sikit.....nampaknya kali nie ramai juga nak turun kayuh kan.wah.....meriah lah

nazier berkata...

apakah boleh saya join acara ni?

Kelab Basikal Tua berkata...

Nazier,

Kami di KBTBB sentiasa mengalu-alukan kedatangan kawan-kawan tak kira umur, dari mana dan siapa sahaja. Semoga kehadiran ornag-orang baru akan mewarnakan lagi hobi basikal tua di Malaysia.

Nazier boleh hubungi mana-mana ahli AJK KBTBB untuk maklumat lanjut. Kami semua sedia membantu.

Admin KBTBB

nazier berkata...

menarik, tp saya tak pernah join acara2 begini. lg pula, kat mana lokasi nya?

Kelab Basikal Tua berkata...

Nazier,

Kalau benar-benar berminat Sdr. boleh datang ke Batu berendam, Melaka dengan membawa basikal sendiri atau meminjam basikal ahli KBTBB (perlu menghubungi Sdr. Jebat di talian 017-639 7119)

Alamat KBTBB ialah Bengkel & Galeri KBTBB, 2743, Jalan Solok Pantai, Bt. 4, Batu Berendam 75350 MELAKA. (berhampiran dengan balai Polis Batu Berendam, Melaka) saya cadangkan Sdr. SMS atau menalifon Sdr. Jebat untuk maklumat lanjut. Sekian. TK.

nazier berkata...

terima kasih. akan saya hubungi en jebat. semoga dpt berjumpa di sana :)