Basikal Melaka ingin mengucapkan Selamat Menyambut Kemerdekaan Negara Ke-57. Semoga warisan basikal tua akan terus lestari dengan penuh sinergi. Bersama kita berjuang demi memartabatkan warisan dan budaya bangsa! - Admin Basikal Melaka

Khamis, 20 Ogos 2009

KBTBB menaja props untuk rancangan ‘Kulinari Daisy Chef Liza’ - Saksikan di TV1, 12 tengahari ini (Jumaat 21.08.09)

Saksikan rancangan ‘Kulinari Daisy Chef Liza’ hari ini jam 12:00 tengahari (Jumaat, 21hb Ogos 2009) dan ulangannya jam 5:00 pagi esok!
KBTBB melangkah setapak ke hadapan lagi dengan melakar satu lagi sejarah di dalam industri penyiaran setelah di jemput oleh Chef Liza Zainol untuk bekerjasama menaja props untuk rancangan masakannya. Rakaman rancangan ‘Kulinari Daisy Chef Liza’ 15 epesod ini akan disiarkan di TV1 bermula esok – 21hb Ogos 2009 pada pukul 12:00 tengahari dan siaran ulangannya pada pukul 5:00 pagi keesokkan harinya. Jangan lupa saksikannya!

Cerita selanjutnya di blog Basikal Malaya - KLIK DI SINI! Selamat berpuasa!

Selasa, 18 Ogos 2009

Tahniah dan Syabas buat KBKM (Muar) di atas kejayaan pengajuran acara kayuhan di Muar

KBTBB dan Krew Production Pisang Goreng (UiTM) ingin mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada Cikgu Kadir dan AJK Kelab Basikal Klasik Muar di atas penganjuran acara kayuhan diambang Merdeka yang bertemakan 1Acara...1Kayuhan...1Malaysia pada 16hb Ogos yang lepas bertempat di Dataran Tanjung Mas, Muar. Pastinya kejayaan penganjuran ini akan memacu dan membakar semangat semua peminat basikal tua untuk terus aktif dan menyokong aktiviti seumpama ini di Malaysia.

Kami di KBTBB amat-amat berbesar hati dapat bersama-sama turut serta menjayakan program kayuhan yang telah dirancang sebulan yang lalu. Dengan izin Allah S.W.T kita juga telah bersama-sama dibantu dan disokong oleh rakan-rakan dari Kelab Sepeda Tua Johor Bahru yang diketuai oleh Sdr. Mofti dan rakan-rakan daripada Batu Pahat yang diwakili Cikgu Rahim untuk memeriahkan lagi sambutan diambang Kemerdekaan Negara yang ke-52.

Untuk itu, kami sajikan sedikit gambar-gambar sebagai tatapan dan perkongsian pengalaman sepenjang perjalanan acara kayuhan untuk dikongsi bersama dengan pengunjung blog KBTBB yang setia melayari setiap hari di mana jua mereka berada.

Ketibaan rombongan KBTBB menjadi tumpuan orang ramai termasuk anggota Polis Trafik
...
KBTBB sedang membuat persiapan terakhir sebelum acara bermula
,,,
Peserta/Rombongan memulakan acara kayuhan menuju ke Rumah Anak-anak Yatim Islam Muar
,,,
Bergambar dihadapan Rumah Anak-anak Yatim Muar sambil menghulurkan sedikit bantuan
---
Nantikan sambungan rentetan perjalanan kami di Muar........

Selasa, 4 Ogos 2009

Kayuhan Klasik di Ambang Merdeka pada 16 Ogos 2009 di Muar, Johor

Salam Kemerdekaan buat semua sahabat-sahabat basikal tua seluruh negara. Bersempena dengan bulan dan sambutan Kemerdekaan negara yang ke 52 ini, KBTBB, KBKM (Kelab Basikal Klasik Muar), KSTJB (Kelab Sepeda Tua Johor Bahru) dan KBKBP (Kelab Basikal Klasik Batu Pahat) akan mengadakan 1 acara kayuhan di ambang kemerdekaan pada 16hb Ogos 2009 ini bertempat di Bandar Muar, Johor. Justeru itu, dengan sukacitanya kami ingin menjemput semua sahabat basikal tua/sepeda/gerek untuk bersama-sama memeriahkan acara kayuhan pada hari tersebut.

KBKM selaku tuan rumah telahpun merangka program dan aktiviti yang menarik pada hari tersebut. Kayuhan gabungan ini dijangkakan akan menarik ramai individu dan kelab basikal klasik dari Johor dan Melaka serta lain-lain negeri dan mengalu-alaukan kedatangan mereka untuk sama-sama menjayakannya. Pihak penganjur juga berharap kayuhan gabungan ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat untuk bersama-sama menghayati bulan dan sambutan Kemerdekaan negara yang ke 52 disamping mengimbau kembali sejarah Kemerdekaan.

Maklumat mengenai Acara pada 16hb Ogos 2009 seperti berikut :-

Tarikh
Ahad, 16hb Ogos 2009
Masa
2:00 petang – 6:30 petang
Tempat Mula
Dataran Tanjung Mas, Muar (Flag-Off jam 2:00 ptg)
Laluan
Jalan Maharani 1 – Jambatan Muar – Jalan Bentayan – Jalan Abdullah – Jalan Majidi – Dataran Tanjung Mas
Tempat Rehat
Warung Topong
Tempat Berakhir
Dataran Tanjung Mas, Muar (Majlis Penutup & Penyampaian Sijil)