Basikal Melaka ingin mengucapkan Selamat Menyambut Kemerdekaan Negara Ke-57. Semoga warisan basikal tua akan terus lestari dengan penuh sinergi. Bersama kita berjuang demi memartabatkan warisan dan budaya bangsa! - Admin Basikal Melaka

Jumaat, 22 Mei 2009

Saksikan Kemunculan KBTBB di Majalah 3 pada Sabtu, 06.06.2009 - 9:00 mlm

Ada ucapan buat semua peminat basikal tua di Malaysia terutamanya untuk ahli-ahli KBTBB daripada Majalah 3. Jangan Luper baca yer.
Berita terkini dari KBTBB - Melaka, kira-kira pukul 3:30 petang semalam KBTBB telah berjaya mengadakan satu pengambaran bersama pengacara, krew dan penerbit Majalah 3 mengenai basikal tua. Alhamdulillah seperti yang dijanjikan Nurul Syuhada dan penerbit Majalah 3 Mazlin Nordin telah sampai tepat jam 3 di Batu Berendam. Pengambaran Majalah 3 kali ini dijangkakan akan memberikan sedikit kelainan darisegi persembahannya dengan visual dan laporan pengacara di lokasi sebenar. Pada hari tersebut, ahli-ahli KBTBB yang telah bersedia sejak dari tengahari telah menyambut kedatangan mereka di bengkel KBTBB dengan suasana gembira dan ceria.

Pengambaran tersebut telah berjalan dengan lancar dengan bantuan dan kerjasama daripada ahli-ahli KBTBB yang begitu komited dan mesra menjadikan pengambaran tersebut lebih menarik dengan aksi-aksi spontan. Satu lagi kenangan dan sejarah manis buat KBTBB. Menurut cerita dari Batu Berendam malam tadi, "Diorang (otai-otai) tidur malam tadi tak basuh tangan dan menggantung tangan mereka kerana bersalam dengan Nurul Syuhada :-)" kata Jebat. Paling penting nantikan kemunculan KBTBB di kaca televisyen anda pada hari Sabtu, 06-06-2009 jam 9.00 malam. - Admin KBTBB
Seperti yang dijanjikan untuk pengunjung setia blog KBTBB sila klik di SINI untuk melihat foto-foto semasa pengambaran bersama Majalah 3. Saksikan.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sedihnya tak dapat jumpa Nurul Syuhada. Waaaaaaaaaaa!!!!!!

Apapun Tahniah Impian Menjadi Kenyataan.

"Lestarikan Nostalgia Warisan Silam"

Kstjb berkata...

Tahniah KBTBB.....pastinya selepas ini sepeda tua menjadi buruan masyarakat Malaysia. Kami di KSTJB pasti akan berada didepan TV pada hari tersebut. Tahniah sekali lagi.

basikalmalaya berkata...

Paling penting misi kita BERSAMA adalah untuk memertabatkan Nostalgia & Khazanah warisan silam...BASIKAL TUA. Sekurang-kurangnya warisan ini terus lestari dengan adanya usaha-usaha berterusan seperti ini di masa hadapan.

KBTBB berkata...

SALAM...
Terima kaseh basikalmalay dan Kstjb,dengan sokongan anda dapat kita bersama-sama memertabatkan warisan sejarah ini.
KBTBB amat berbangga kerana di beri peluang untuk menjayakan rancana jejak MERDEKA di majalah 3.
Ribuan terima kaseh pada ikhwan,wawa,sanim NBT,krew-krew M3 dan semua ahli-ahli KBTBB.
Sama-sama kita saksikan siarannya pada 6.6.20099 sabtu 9malam.