Basikal Melaka ingin mengucapkan Selamat Menyambut Kemerdekaan Negara Ke-57. Semoga warisan basikal tua akan terus lestari dengan penuh sinergi. Bersama kita berjuang demi memartabatkan warisan dan budaya bangsa! - Admin Basikal Melaka

Jumaat, 20 Mac 2009

Kayuhan KBTBB untuk pengambaran Jejak Merdeka - Majalah 3 (TV3)

Pada Sabtu, 14hb Mac 2009 yang lalu KBTBB telah mengadakan satu acara kayuhan basikal tua di Batu Berendam, Melaka bagi tujuan pengambaran Majalah 3. Persiapan untuk pengambaran ini telah dilakukan 3 minggu yang lalu dan telah diselaras oleh Sdr. Ikhwan dan Sdr. Jebat serta ahli-ahli KBTBB. Setelah mendapat kebenaran bertulis dari MBMB, acara tersebut akhirnya telah dimulakan di Bengkel KBTBB milik Pengerusi KBTBB Sdr. Alias tepat jam 2:45 petang. Wartawan Majalah 3, Fariha Onn bersama Sdr. Fadil (Jurukamera) telah tiba seawal jam 12:30 tengahari untuk merakam aktiviti dan persiapan acara KBTBB.

Rombongan KBTBB seterusnya berkayuh sejauh 6 km menuju Bandar Hilir, Melaka menyelusuri laluan yang telah ditetapkan. Walaupun cuaca agak panas sepanjang perjalanan Rombongan KBTBB akhirnya tiba di Bangunan Merah dan berehat sebentar sambil menikmati Cendol Mamak berhadapan bangunan tersebut. Peluang berehat ini memberi ruang untuk semua ahli-ahli bertukar-tukar pandangan sambil menikmati keindahan bandaraya Melaka yang kini telah menjadi Bandaraya Warisan Dunia.

Paling manisnya Rombongan KBTBB telah sempat bergambar dengan penyanyi Nash yang kebetulan berada di Bandar Hilir, ahli-ahli pun tidak melepaskan peluang bergambar bersama penyanyi tersebut. Sambil bersalaman Nash sempat berkata "Wahhh cantik-cantik basikal tua nie". Nash juga berkesempatan mengayuh salah sebuah basikal tua milik ahli-ahli KBTBB. Acara kayuhan diakhiri dengan laungan kemerdekaan sebanyak 3 kali sebagai mengenang kembali detik dan peristiwa pada 22 Feb. 1956 ditapak Memorial Kemerdekaan.

Ketibaan ahli-ahli KBTBB di hadapan bengkel milik Pengerusi (Sdr. Alias)

Fariha dan jurukamera sedang merakamkan persiapan KBTBB

Sdr. Izan menceritakan pengalaman dan koleksi basikalnya kepada Majalah 3

Fariha menemubual Sdr. Izan dihadapan rumahnya

Sdr. Jebat mengetuai Rombongan KBTBB ke Bandar Hilir, Melaka

Rombongan tiba di Bangunan Merah

Pengerusi KBTBB Sdr. Alias ditemuramah

Sdr. Jebat menghulurkan Cendol untuk Anne Acasia dan Fariha

Sdr. Tajudin dari Pahang

Nie dia Brader Songkok Tinggi

Sdr. Jebat dan Pak Hassan selaku orang kuat KBTBB

Bergambar kenang-kenagan

Nash bersama ahli-ahli KBTBB

1...2...3...senyum

1 lagi lakaran sejarah tercatat untuk KBTBB
...
KBTBB ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Wartawan Majalah 3, Fariha Onn dan Jurukameranya, Sahabat-sahabat basikal tua yang sudi hadir, Sahabat-sahabat bloger, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, dan semua ahli-ahli KBTBB yang sudi hadir memeriahkan acara...Semoga anda semua terus menyokong dan memertabatkan basikal tua di Malaysia...Moga bertemu dilain acara. Admin Basikal Melaka

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalammualaikum...
Bersyukur kita ape yang di rancang telah di laksanakan,bersusah payah kita telah nampakkan hasilnya,ribuan terima kaseh sahabat sejati Ikhwan,wawa dan sdr sanim nbt kerana tampa rasa jemu utk bersama kbtbb.walaupun banyak ranjau dan rintangan.Tahniah kerana menjadi keluarga kbtbb.
Untuk sahabat yang hadir,sdr.rosli bersama anak sdr tajuddin dan bro syed dari temerloh,ribuan terima kaseh kerana sudi datang.
Buat ahli-ahli kbtbb,kbtbb amat berbangga dengan anda semua.moga anda semua berpuas hati.
Kita berjumpa lagi di evant akan datang pada 2-5-2009,Insyaallah.
Aku amat berbangga kerana mempunya sahabat yang sejati.
wasalam.

Tanpa Nama berkata...

Salam buat Jebatmlk,

Saya dan isteri memang berasa amat-amat bangga sebagai anak Melaka dapat kembali ke bumi Melaka memartabatkan warisan budaya basikal tua. Pertemuan kita pada pertengahan tahun lepas banyak memberi "hikmah" disebalik fitnah yang dilempar oleh individu tertentu.

Alhamdulillah...Allah sentiasa memberi petunjuk kepada hambaNya yang sentiasa sujud dan percaya kepada kebenaran. Setiap langkah dan nafas diberikan kemudahan dan keredhaan olehNya untuk saya dan isteri melalui segala cabaran dan dugaan.

Kami bermula dari "zero" kosong...sama seperti kebanyakkan ahli-ahli KBTBB yang baru di dalam dunia basikal tua ini. Tidak mustahil dari "zero" kita sudah dapat melakukan perubahan dalam hobi ini di Malaysia. Paling penting semangat kita untuk terus ke hadapan bukan berfikiran ke belakang.

Personally bagi saya KBTBB adalah kelab basikal tua yang bermisi, berwawasan dan mempunyai arah tuju yang jelas. Bebas ideologi kolot dan sentiasa mengalu-alukan "orang-orang" baru untuk turut serta menyertai aktiviti-aktiviti kayuhan. Semoga KBTBB terus sukses dan kami akan terus menyokong segala usaha dan aktiviti yang akan dan bakal dirancang.. :)

Tanpa Nama berkata...

Assalammualaikum.
Pertamanya saya selaku wakil dari KSTJB ingin mengucapkan tahniah atas penganjuran program Jejak Merdeka yang lalu.Cukup seronok pastinya dan yang paling penting adalah dapat mengembalikan semula kenangan dan nostalgia silam dalam versi baru dan terkini. Tahniah sekali lagi untuk semua yang dapat menyertai program tersebut.

Tanpa Nama berkata...

Semoga program seperti ini mendapat sambutan daripada semua pihak sama ada yang lama atau yang baru-baru berjinak. Disinilah kita dapat berkongsi pengalaman dan bertukar pendapat agar hobi ini dapat terus di lestarikan.

Hidop Basikal Tua

"Lestarikan Nostalgia Warisan Silam"