








Walaupun senario basikal tua di Malaysia kian "meredup" dan kian "mendung" namun acara kayuhan yang diadakan oleh KBTBB pada kali ini ternyata BERJAYA dan terus mendapat sambutan. Kehadiran beberapa otai-otai dari Melaka dan Muar pastinya dapat menambahkan lagi ilmu dan pengalaman mengenai basikal buat semua peserta yang hadir... Pastinya ahli-ahli KBTBB dan peserta-peserta yang hadir pulang dengan senyuman dan kepuasan maksima kerana apa yang dirancang semuanya berjaya terlaksana dan memuaskan hati masing-masing. Persahabatan yang terjalin pula akan tetap mekar berkembang dan kayuhan akan tetap berjalan seperti "irama dan lagu" yang tidak akan dapat dipisahkan.
Acara kayuhan ini merupakan acara TERAKHIR bagi tahun 2011 yang menutup tirai tahun yang penuh bergaya dengan KECEMERLANGAN yang penuh makna buat KBTBB dan ahli-ahlinya. Terima kasih buat semua yang hadir dan dan yang telah menyokong KBTBB selama ini terutamanya rakan-rakan sekutu rapat dari KSTJB, KBKM (Muar), PSCB (Port Klang), Basikal Klasik Pulau Pinang, KEBAB (Benut), KOSTI (Indonesia), KOBA (Jakarta), PSB (Bandung) individu-individu dan sesiapa sahaja yang berkoleborasi dan hadir di setiap acara yang dirancang KBTBB. TERIMA KASIH SAHABAT! - Admin KBTBB....