KBTBB kini dalam sessi promosi K2N II kepada seluruh warga negeri Melaka untuk bersama-sama menyertai acara yang penuh prestij dan diiktiraf Kerajaan Negeri Melaka.Tujuan/ObjektifMelestari dan memartabatkan warisan Basikal Tua untuk generasi akan datang di samping mempererat dan memperkukuhkan lagi persahabatan Basikal Tua serumpun di antara Malaysia dan Indonesia.
Tema Acara K2N Kali ke 2Bertemakan
"Warisan Basikal Tua Memperkukuh Persahabatan Serumpun" diharapkan acara yang dilaksanakan akan dapat mencapai objektif dan matlamatnya untuk memperkukuh dan mempereratkan persahabatan dan hubungan kedua-dua negara.
Tarikh / Masa / TempatAcara ini dijangka akan diadakan pada 3 hingga 6 Jun 2011 (4 hari 3 malam) di mana acara kemuncaknya adalah pada 4 dan 5 Jun 2011 (Sabtu & Ahad). Acara K2N II akan diadakan Kota Kembang Bandung, Indonesia - Acara Kemuncak (Acara Kayuhan bersama 1000 peserta Indonesia - Ahad, 5 Jun 2011) akan berlangsung di Jalan Merdeka, Bandung.
Persahabatan antara Malaysia dan Indonesia telah terjalin pada acara Bandung Lautan Ontel 2010 - Sdr. Ikhwan mewakili Malaysia menyampaikan cenderahati pada Wali Kota Jakarta Selatan.Aktiviti-aktiviti / Program Utama
Antara aktivitti-aktiviti / program yang telah dirancang bersempena Acara K2N Kali Ke 2 adalah seperti berikut:
1. Mengadakan sesi lawatan sekitar Bandung dengan mengunjungi tempat-tempat bersejarah dan menarik seperti Gedung Sate, Muzium-muzium, Gua Jepun, Gua Belanda, Tangkuban Perahu dan sebagainya.
2. Majlis Perasmian Acara K2N Ke 2 oleh Wali Kota Bandung dan akan dihadiri oleh Kedutaan Besar Malaysia, peserta-peserta Alumni K2N (Pertama) dan tetamu jemputan.
3. Mengadakan Persembahan Kebudayaan dan bertukar-tukar cenderahati di antara perwakilan dari Malaysia dan Indonesia pada Malam Perasmian.
4. Mengadakan Acara Kayuhan 2 Negara (K2N) yang akan dihadiri oleh lebih 1000 ontelis (peminat Basikal Tua) Indonesia berkayuh bersama peserta-peserta dari Malaysia (sebagai acara kemuncak).
5. Mengadakan sidang akhbar dan sessi temubual serta publisiti untuk mempromosi dan mengangkat warisan Basikal Tua sebagai khazanah bernilai dan berharga bersama Media massa Indonesia.
Gedung Sate yang mejadi mercu-tanda Kota Kembang - Bandung, Indonesia TENTATIF PROGRAM
ACARA KAYUHAN 2 NEGARA
KALI KE 2 (2011) 3-6 JUN 2011HARI PERTAMA, JUMAAT - 3 JUN 20116:00 – 7:00 amPendaftaran - Peserta dari KBTBB berkumpul di LCCT
8:00 – 10:00 am
Perjalanan menaiki pesawat dari Malaysia menuju ke Jakarta, Indonesia menaiki Garuda Air
10:00 – 11:00 amTiba di Lapangan Terbang Soekarno Hatta Jakarta, Indonesia
11:00 – 1:00 pmMenuju ke Bandung menaiki bas menuju ke Hotel dan check-in
1:00 – 2:15 pmSolat Zohor dan makan tengahari
2:30 – 6:30 pmJalan-jalan cari barang basikal dan menemui kolektor-kolektor besar di sekitar Bandung
6:30 – 7:30 pmPulang ke Hotel. Solat maghrib dan makan malam
7:30 – 9:00 pmSessi Taklimat Acara K2N Kali Ke 2
9:00 pmRehat dan acara bebas
....
Pemandangan indah di Puncak Bandung, Indonesia yang mendamaikanHARI KEDUA, SABTU - 4 JUN 20115:00 – 7:00 amWake-up Call dan Solat Subuh
7:00 – 8:00 amSarapan Pagi di Hotel
8:00 – 8:30 amPerjalanan menuju Gedung Sate
8:30 – 10:00 amTiba di Gedung Sate dan sessi lawatan
10:00 – 12:30 amMenuju ke Tangkuban Perahu untuk melihat aktiviti gunung berapi yang masih aktif
12:30 – 2:00 pmMakan Tengahari dan Solat Zohor di Restoran Simpang Raya, Bandung
2:00 – 2:30 pmRombongan K2N menuju ke Jalan Dago
2:30 – 4:00 pmMembeli cenderahati di sekitar Jalan Dago dan mencari barang-barang basikal
4:00 – 4:30 pmRombongan kembali ke hotel
4:30 – 6:00 pmSolat Asar dan rehat
6:00 – 6:30 pmSolat Maghrib. Rombongan KBTBB bersiap-siap menuju ke Saung Udjo untuk Acara Perasmian K2N Kali Ke 2.
6:30 – 7:00 pmKedatangan rombongan KBTBB dan alumni K2N Pertama dari Indonesia
7:00 – 7:15 pmKedatangan VVIP Wali Kota Bandung, Duta Besar Malaysia dan tamu undangan
7:15 – 7:25 pmUcapan dari Ketua Pelaksana / KOSTI mewakili Indonesia.
7:25 – 7:35 pmUcapan dari KBTBB mewakili Malaysia.
7:35 – 7:40 pmUcapan dari Wali Kota Jawa Barat
7:40 – 7:55 pmUcapan dari Duta Besar Malaysia di Indonesia.
7:55 – 8:00 pmMajlis Perasmian Acara K2N Kali Ke 2 dengan membunyikan anglung bersama sama .
8:00 – 08:05 pmPembacaan doa
8:05 – 8:30 pmMajlis Makan Malam dengan menu hidangan khas Sunda dengan diiringi musik khas Sunda
8:30 – 9:00 pmPersembahan Khas dari KOSTI dan Club PSB Bandung
9:00 – 9:30 pmPenyerahan Cenderahati untuk Wali Kota Bandung dari AJK Acara K2N Kali Ke 2 dan pertukaran cenderahati diantara KOSTI, KBTBB dan PSB
9.30 – 10.00 pmPersembahan musik angklung dari Saung Udjo
10:00 – 10:30 pmKembali ke hotel dan berehat
....
Monumen Nasional (MONAS) yang menjadi mercu-tanda Bandaraya JakartaHARI KETIGA, AHAD - 5 JUN 2011 (ACARA KEMUNCAK)5:00 – 6:00 amWake-up Call dan Solat Subuh
6:00 – 6:30 amSarapan pagi dan bersiap ke lokasi Car Free Day Kota Bandung/lokasi Acara K2N Kali Ke 2 di Jalan Merdeka
6:30 – 7:00 amBerkayuh menuju lokasi Acara K2N Kali Ke 2 di di Jalan Merdeka, Bandung.
7:00 – 7:05 amKetibaan rombongan KBTBB ke lokasi dan berkumpul dengan peserta dari Indonesia.
7:05 – 7:10 amKetibaan tetamu VVIP dan Ketua KOSTI Pusat.
7:10 – 7:20 amUcapan dari Wali Kota Bandung
7:20 – 7:30 amUcapan KBTBB Perwakilan dari Malaysia.
7:30 – 7:35 amFlag-Off – Pelepasan Rasmi peserta Acara K2N Kali Ke 2 mengelilingi Kota Bandung oleh Wali Kota Bandung.
8:15 – 8:30 amIstirehat dan minum
8:30 – 9:15 amMeneruskan kayuhan dan kembali menuju Jalan Merdeka / lokasi Acara K2N Kali Ke 2
9:15 – 9:30 amKesemua peserta Acara K2N Kali Ke 2 tiba semula di Jalan Merdeka dan menamatkan kayuhan
9:30 – 10:00 amIstirehat sambil membeli barang diklitikan (jualan) dan sessi bersama media massa Indonesia
10:00 – 10:30 amMajlis Pertukaran cenderahati antara peserta dan kelab
10:30 – 11:00 amPersembahan dari Club PSB Bandung
11:00 – 12:00 amHiburan, Cabutan Bertuah dan jualan barang-barang basikal tua
12:00 – 12:15 pmMajlis Penutup Acara K2N Kali Ke 2
12:15 – 12:45 pmSessi bersama media massa Indonesia
12:45 – 1:00 pmSolat Zohor. Makan tengahari dan check-out di Hotel
2:00 – 4:00 pmBertolak ke Bandaraya Jakarta menuju ke Hotel
4:00 – 5:30 pmCheck-in. Solat Asar dan rehat
6:30 – 7:30 pmSolat Maghrib. Makan malam dan bersedia untuk Night Ride (Kayuhan Malam)
7:30 – 9:30 pmMengelilingi Bandaraya Jakarta dan melawat Kota Tua dan tempat bersejarah.
10:00 pmKembali ke hotel dan berehat
....
Bandaraya Jakarta yang pesat membangun
HARI KEEMPAT, ISNIN - 6 JUN 2011
5:00 – 7:00 am
Wake-up Call dan Solat Subuh
7:00 – 8:00 am
Sarapan pagi di hotel. Rombongan bersiap ke Tanah Abang untuk membeli cenderahati untuk di bawa pulang menaiki bemo
8:00 – 11:30 am
Rombongan KBTBB di bawa ke Tanah Abang untuk membeli cenderahati untuk di bawa pulang
11:30 – 12:30 am
Kembali ke hotel dan makan tengahari
12:30 – 1:30 pm
Solat Zohor. Check-out dan Bersiap sedia untuk pulang ke Malaysia
2:00 – 3:00pm
Rombongan KBTBB menuju ke Airport Bandung menaiki bas
3:00 – 3:45 pm
Rombongan KBTBB check in ticket dan pemeriksaan kastam
5:00 – 7:00 pm
Rombongan KBTBB terbang menaiki pesawat kembali ke Malaysia.
8:00 pm
Tiba di tanahair Malaysia.
....
* tertakluk pada pindaan dan maklumat terkini dari penganjur