
Kini peminat basikal tua/klasik boleh melihat paparan basikal tua dengan cara yang lebih interaktif dengan persembahan multimedia yang canggih di
iPad. Kepada yang memiliki gajet
iPad, paparan
"Epik Basikal Tua" boleh dimuat-turun di
iBH melalui laman web
http://www.bharian.com.my/ dan rasai pengalaman baharu dunia multimedia yang serba moden dan canggih.


KBTBB juga ingin mengucapkan
Selamat Datang kepada semua peminat-peminat basikal tua yang melayari laman blog ini melalui
iBH. Semoga maklumat dan informasi menarik yang dipersembahkan di blog ini memberikan faedah dan manfaat yang berguna buat semua. Semoga warisan basikal tua terus lestari dan berkembang di Malaysia. Jutaan
terima kasih buat En. Saufi Hamzah bersama Sdr. Ridza Basar dan Sdr. Naz kerana berjaya memapar dan menerbitkan
"Epik Basikal Tua" di iBH semoga usaha kalian akan mendapat balasan dari Allah S.W.T. -
Admin KBTBB





