Sebagai sebuah Kelab / Persatuan yang sah berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), KBTBB telahpun berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Kali Ke-3 dengan lancar dan teratur pada Sabtu, 21hb Januari 2012 bertempat di Hang Tuah City Hotel, Melaka Raya yang telah bermula jam 9:30 malam dan berakhir jam 11:00 malam. Mesyuarat yang dihadiri 90% kedatangan ahli-ahli melebihi 2/3 telah memutuskan untuk mengekalkan kesemua Jawatan yang telah disandang oleh barisan Ahli Jawatan Kuasa yang sedia ada dan hanya 1 jawatan yang beralih kepimpinan iaitu Jawatan Setiausaha II yang menampilkan Puan Rokiah sebagai muka baru.Mesyuarat Agong KBTBB Kali Ke-3 ini telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Ali Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka yang diiringi Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka iaitu Datuk Wira Othman Muhamad, YAB Senator Datuk Saat Abu dan tetamu kenamaan. KBTBB sangat bertuah kerana Mesyuarat kali ini dihadiri oleh ramai pemimpin kerajaan yang sudi menceriakan Majlis Perasmian Mesyuarat oleh YAB Ketua Menteri Melaka. Dalam ucapan pembukaannya Datuk Seri Ali Mohd Rustam sempat menyampaikan serangkap pantun yang berjaya mencuit hati tetamu yang hadir... "Kalau tidak kerana bulan, tidaklah pungguk duduk menanti, kalau tidak kerana tuan (basikal tua Batu Berendam), tidaklah saya datang ke mari".













KBTBB juga ingin mengucapkan Selamat Datang kepada semua peminat-peminat basikal tua yang melayari laman blog ini melalui iBH. Semoga maklumat dan informasi menarik yang dipersembahkan di blog ini memberikan faedah dan manfaat yang berguna buat semua. Semoga warisan basikal tua terus lestari dan berkembang di Malaysia. Jutaan terima kasih buat En. Saufi Hamzah bersama Sdr. Ridza Basar dan Sdr. Naz kerana berjaya memapar dan menerbitkan "Epik Basikal Tua" di iBH semoga usaha kalian akan mendapat balasan dari Allah S.W.T. - Admin KBTBB























