Tepat detik 12:00 malam 31 Ogos 2010 yang lalu Melaka telah menyaksikan 30 jiwa patriotik yang kental hadir melaungkan "Medeka! Medeka! Merdeka!" di hadapan Jam Besar / Bangunan Merah, Bandar Hilir, Melaka. Walaupun tiada acara rasmi yang dianjurkan Kerajaan Negeri Melaka, namun atas prinsip dan semangat cintakan Malaysia KBTBB hadir mengayuh basikal tua masing-masing mengelilingi Negeri Melaka bersama Jalur Gemilang untuk menceriakan suasana diambang Merdeka pada malam 30 Ogos 2010 yang lalu.Kemerdekaan Negara ke 53 yang bertemakan "1Malaysia Menjana Transformasi" dilihat sebagai tema yang sangat bertepatan dengan inspirasi dan halatuju KBTBB selama ini. Dalam tempoh kurang 3 tahun KBTBB telah berusaha dan akan meneruskan "Transformasi" untuk kekal relevan memperjuangkan basikal tua di Malaysia dan Nusantara. Perkembangan hobi basikal tua di Malaysia juga kini sudah menampakkan kemajuan yang sangat positif dan sihat. Kehadiran generasi muda yang tampil dengan idea-idea kreatif yang baru dan segar telah menyuntik dan membakar semangat pencinta-pencinta basikal tua di seluruh tanahair.
Sdr. Jebat bangga bergambar bersama basikal tua yang dihiasi Jalur Gemilang bersama ahli-ahli KBTBB sebelum memulakan acara kayuhan di malam Merdeka baru-baru ini.
Dari kanan Sdr. Alias Omar, Tok Penghulu, Sdr. Fadhil dan Sdr. Jebat tetap bersemangat melaungkan "Merdeka!" sebagai tanda patriotik kepada perjuangan tokoh-tokoh Kemerdekaan Negara. ...



Disebalik kegiatan dan aktiviti berbasikal KBTBB sentiasa bersyukur dan mensyukuri rahmat serta limpahan rezeki yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. kepada kelab yang dicintai ini. Menjelangnya bulan Ramadan iaitu bulan yang penuh keberkatan, KBTBB sempat mengadakan satu Majlis Doa Selamat dan jamuan khas buat ahli-ahli dan keluarga mereka. Bertempat di Kampung Batu Berendam, Melaka seramai lebih 50 tetamu telah hadir memeriahkan Majlis yang penuh dengan suasana kekeluargaan dan silaturahim.

























