Batu Berendam - Ahad, 8hb November 2009 terpahat 1 lagi catatan sejarah manis buat KBTBB apabila menerima penyertaan ahli-ahli baru seramai 15 orang dari Batu Berendam. Penyerahan borang keahlian baru disampaikan oleh Sdr. Khalid dan Sdr. Najif (kiri) kepada Pengerusi KBTBB iaitu Sdr. Alias dan Sdr. Jebat (kanan) sambil disaksikan oleh Penaung KBTBB (Sdr. Zul). Upacara penyerahan yang diadakan secara ringkas ini dihadiri oleh barisan AJK KBTBB dan ahli-ahlinya serta ahli-ahli baru. 1 majlis suai-kenal untuk meraikan kemasukkan ahli-ahli baru ini telah diadakan oleh KBTBB sebagai 1 usaha mengukuh dan merapatkan silaturahim dikalangan ahli-ahlinya. Menurut Pengerusi KBTBB, kelab basikal tua yang berpengkalan di Batu Berendam ini meletakkan sasaran untuk mengumpulkan seramai 50 ahli berdaftar menjelang 2010.Terkini keahlian KBTBB dimaklumkan telah berjumlah 42 orang dan hanya memerlukan 8 keahlian baru untuk mengenapkan angka 50. Menurut orang kuat KBTBB iaitu Sdr. Jebat, KBTBB sangat-sangat optimis dan yakin bahawa angka 50 itu bakal dicapai menjelang 2010. Manakala Penaung KBTBB iaitu Sdr. Zul pula berpendapat dengan adanya pertambahan ahli dari masa ke semasa akan memudahkan KBTBB untuk bergerak lebih progresif untuk melaksanakan pelbagai aktiviti yang akan dirancang dan dilaksanakan di masa hadapan. Beliau selaku Penaung KBTBB juga berjanji akan sentiasa membantu KBTBB dari semua sudut termasuk darisegi ekonomi/kewangan dan nasihat serta pandangan ke arah memajukan kelab basikal tua ini.
Bagi Sdr. Ikhwan (BM) pula beliau berpendapat bahawa sudah tiba masanya KBTBB berubah ke arah yang lebih progresif dan positif. Kemasukkan ahli-ahli baru yang menyertai KBTBB perlu diterima dengan sepenuh hati dan niat yang ikhlas. Beliau juga menegaskan bahawa KBTBB adalah sebuah kelab yang dinamik dan sentiasa mengutamakan kebajikan dan kepentingan semua ahli-ahlinya. Kunci utama kemajuan dan kestabilan KBTBB mengukuhkan kelab ini adalah kerana ahli-ahlinya yang bersatu-hati dan mempunyai minda yang matang dan terbuka. Beliau juga amat-amat berbesar hati dengan kemasukkan ahli-ahli baru yang sebenarnya mereka adalah kawan-kawan lama basikal tua yang tidak bergerak sebagai Kelab Basikal tetapi sebagai kumpulan sederhana dari Batu Berendam, Melaka.
Sebagai penutup Pengerusi KBTBB iaitu Sdr. Alias meminta ahli-ahlinya menjaga kepentingan dan nama baik KBTBB serta meminta mana-mana ahli yang mempunyai permasalahan menyelesaikan sebarang masalah di meja rundingan. Bagi beliau KBTBB mempunyai peraturan dan perlembagaan kelab yang perlu dipatuhi oleh semua ahli-ahlinya. Sdr. Alias juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan pandangan dan idea yang bernas sepanjang mesyuarat dan majlis ini berlangsung. Majlis disempurnakan dengan penerimaan borang kemasukkan ahli-ahli baru dan majlis jamuan makan malam yang telah ditaja oleh En. Zul iaitu Penaung KBTBB.

Sdr. Jebat mempengerusikan Mesyuarat khas KBTBB untuk memberikan penerangan dan menyelesaikan isu-isu berbangkit.
Penaung KBTBB iaitu Sdr. Zul menyampaikan ucapan dan pandangan beliau mengenai kemasukkan ahli-ahli baru ke KBTBB.

Kehadiran ahli-ahli baru untuk Majlis Penyerahan Borang dan sessi suai kenal disambut dengan penuh gembira oleh ahli-ahli KBTBB yang lain.

Sdr. Jebat kini diberi tanggungjawab yang lebih berat setelah mempamerkan prestasi dan komitmen yang tinggi membantu mentadbir dan memajukkan KBTBB. Beliau kini membantu Pengerusi setelah dilantik oleh ahli-ahli KBTBB menjadi Naib Pengerusi setelah jawatan itu dikosongkan baru-baru ini.

Sdr. Ikhwan (BM) tidak pernah jemu dan penat bersama KBTBB. Beliau sentiasa bersemangat memberikan nasihat dan pandangan serta bertindak mengetuai banyak projek-projek dan aktiviti-aktiviti untuk KBTBB. Terkini beliau akan merancang 1 lagi projek khas untuk KBTBB.
Basikal Tua...Warisan Generasi Muda
Admin KBTBB







Walaupun sudah gelap namun masih ramai pelancong yang lalu lalang meluangkan masa untuk menatap koleksi basikal tua yang dimiliki oleh ahli-ahli dan sahabat KBTBB.













Sdr. Alias (Pengerusi KBTBB) menerima sumbangan dari Sdr. Ismail (Ketua Pemuda UMNO, Batu Berendam).
Tuan Haji Khalil dari Pontian, Johor juga turut sama menghulurkan sumbangan untuk KBTBB dan amat bangga melihat aktiviti-aktiviti dan majlis yang dianjurkan.






Salam Ramadhan dan Salam Keamanan buat semua sahabat di Nusantara. Pada tanggal 5hb September 2009 bersamaan 15 Ramadhan 1430H bertempat di bumi bertuah Melaka, KBTBB kerana telah berjaya melancarkan logo terbaharunya. Majlis pelancaran yang diadakan pada bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini telah disempurnakan oleh Penaung KBTBB iaitu Sdr. Zulkifli Osman, seorang Tokoh Korporat muda yang disengani di Batu Berendam. Majlis bersejarah ini telah disaksikan oleh Tuan Mansor Shah, Wakil Ahli Parlimen Bukit Katil, Naib Pengerusi KBTBB (Sdr. Izan) yang mewakili Pengerusi KBTBB, Sdr. BM & Isteri dan seluruh ahli-ahli KBTBB.
Sdr. Zulkifli menurunkan tandatangannya sebagai simbolik merasmikan logo terbaharu KBTBB yang telah direka khas oleh blogger basikal tua iaitu Sdr. BM (Ikhwan), Sdr. Jebat (KBTBB) dan Sdr. Sanim (NBT).
Tuan Mansor Shah juga tidak ketinggalan menurunkan tandatangan mewakili Ahli Parlimen Bukit Katil bagi menyempurnakan Majlis Pelancaran. Beliau sempat memuji logo KBTBB yang terbaharu kepada Sdr. BM kerana rekaan dan warna yang menarik perhatiannya.
Gabungan elemen klasik-kontemporari logo terbaharu KBTBB mengabungkan jalinan antara lama (klasik) dan baru (moden/kontemporari) simbolik kepada tua dan muda selari dengan tagline rasmi KBTBB iaitu "Basikal Tua...Warisan Generasi Muda". Pemilihan warna biru tua melambangkan kesetiaan, ketaatan dan integriti dan warna oren melambangkan kemodenan, vibran, dan progresif. Elemen grafik - 3 pemuda berbasikal tua melambangkan revolusi, identiti, dan transformasi basikal tua untuk generasi muda. Elemen jalinan garisan biru dan oren melambangkan kerjasama, koleborasi, kekuatan, keterbukaan minda dan dinamik. Darisegi "direction" visual grafik - 3 pemuda berbasikal yang berkayuh menuju ke hadapan adalah kesinambungan kepada hala-tuju (direction) untuk terus melestari dan memartabatkan basikal tua di mata dan di hati masyarakat Malaysia, Nusantara dan dunia.
Sdr. BM (Ikhwan) yang sentiasa positif dan progresif mengutarakan idea-idea yang "fresh" dan bernas agar ahli-ahli tidak terbelenggu dengan pemikiran kolot dan sempit. Beliau yang bertindak sebagai Pengerusi Majlis memberikan penerangan dan taklimat mengenai aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dan akan bakal dirancang.



