Salam Ramadhan buat semua. Pada paparan ke-2 (Part II) ini KBTBB ingin menceritakan pengalaman semasa kerja-kerja mengedarkan bubur lambuk dijalankan dan sambungan daripada cerita Part I. Selesai sahaja kerja-kerja mengisi dan mengenal-pasti "target" atau penerima bubur lambuk maka "Skuad Delivery" pun memulakan kerja-kerja mereka. Skuad ini dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil yang diketuai oleh Sdr. Jebat yang bertindak sebagai Ketua Operasi.
Inilah basikal yang digunakan sebagai kenderaan pengangkut bubur lambuk. Cuba tengok betul-betul pada lampu basikal tersebut...unik kan? Rare tuuuu...Lampu Miller pun kalah. Itu namanya kreatif dan inovatif geng...
Sdr. BM dan Wawa (Anne Acasia) juga turut serta mengangotai "Skuad Delivery". Yang atas basikal tu takkan korang tak kenal? Dialah Mr. GB - Jaguh Basikal Malaya...kekuatannya setakat ini takde siapa dapat tandingi. Keberaniannya tidak dapat disangkal dan kekuatannya tiada tandingan. Mr. GB bertindak sebagai Ketua Logistik (kalau saper tak tahu dulu Mr. GB nie belajar Undang-undang tauuuu...jangan tak caya haaaa...)
"Skuad Delivery" tiba dikordinat yang ditetapkan oleh Ketua Operasi...Acara pengedaran pun bermula...kalau dilihat dihadapan tuuu...yang berbaju merah tu ialah Sdr. Radzwan yang bertindak sebagai Skuad Peninjau merangkap "body guard".
"Haaa...kat situ..ada 2 rumah...tolong bagi yerrr". Kata Tok Penghulu yang begitu bersemangat mengedarkan bubur lambuk untuk penduduk kampung. Kelihatan Sdr. Jebat sedang mengusha Tok Penghulu...sambil berkata dalam hati "Dia Ketua Operasi ker ...Aku Ketua...macam overr jer...heheeee".
"Ini sumbangan daripada KBTBB yer pak cik" kata Tok Penghulu. "Terima Kasih Tok Penghulu...dah 6 abad saya tinggal kat Batu Berendam nie...belum ada sekali pun orang bagi saya bagi bubur lambuk tukkk." Kata Pakcik (Baju Askar tu). "Kalau nak dapat tiap-tiap tahun...Pakcik isilah borang jadi Ahli KBTBB...bukan bubur lambuk jer boleh dapat...macam-macam lagi boleh dapat". Kata Tok Penghulu yang sempat mempromo KBTBB.
"Apesal berat lagie nie...korang nie bagi ke tak kat orang kampung?" kata Mr. GB. "Kejap lerr...aku tengah nak bagi ler nie". Kata Sdr. Jebat. Manakala Sdr. Radzwan pula sibuk mengawasi keselamatan "Skuad Delivery". Pak Hassan juga dah tak sabar nak mengedarkan bubur lambuk KBTBB dengan penuh bergaya...manakala Tok Penghulu telah bergerak ke hadapan lebih awal sambil menunjukkan tangan ke arah jurukamera sambil berkata "Gambar aku dah banyak...no camera haaaa...no camera!".

"Macam pernah kulihat aja mobil ini...tapi di mana yaaa?!" kata Mr. GB. "Keretanya ada...orangnya mana yaaa?!" tambah GB lagi. Peluang berada diperkarangan rumah DAR tidak dipersia-siakan...maklumlah bukan senang-senang boleh masuk beb..kalau xde urusan rasmi lupakanlah beee...
Mr. GB berpeluang bergambar dikawasan kediaman DAR. Senyum dia sampai ke telinga...lobang hidung pun macam ada kembang sikit. Itu baru dapat masuk kat kawasan umah kalau dapat jumpa...mau dia minta kerja jadi "body guard" DAR...heheeee...jangan maraa aaaa..
Apa pun... KBTBB akhirnya dapat menyampaikan bubur lambuk untuk DAR dikediaman rasminya di Seri Negeri. Walaupun DAR tiada di rumah kerana ada urusan rasmi namun beliau telah dimaklumkan mengenai hasrat KBTBB menyampaikan pemberian tersebut. Insyaallah selepas raya AJK KBTBB akan ke rumah DAR untuk membuat "presentation" dan menyerahkan "kertas kerja" dan perancangan projek KBTBB bersama Kerajaan Negeri Melaka.Semoga segala pengorbanan, kerja keras, dan penat jerih ahli-ahli KBTBB selama ini akan mendapat perhatian, bantuan, dan sokongan dari Kerajaan Negeri Melaka. Acara mengedarkan bubur lambuk tamat jam 5:30 petang...dan acara diteruskan dengan Pelancaran Logo Terbaharu KBTBB dan Majlis Berbuka Puasa....
2743, Jalan Solok Pantai, Bt. 4, Batu Berendam 75350 Melaka.
Hubungi KBTBB
Sdr. Jebat 017-639 7119
Sdr. Ikhwan 012-934 3953


Puan Azwa (Anne Acasia) turun padang membantu memasak bubur lambuk untuk KBTBB. Dibantu oleh Tok Penghulu, Chegu Saari, Encik Baba (tukang masak terhebat) dan Pak Hassan selaku (banker/bendahari)
Selesai sahaja memasak ahli-ahli KBTBB bekerjasama membantu mengisi bubur di dalam bekas plastik yang telah disediakan. Kelihatan digambar - Puan Azwa, Tong Penghulu, Fadhil Mafia , Bro Izan, Shamsir Samseng, dan Pak Hassan Tukang.
Naib Pengerusi KBTBB (Bro Izan) dan Bendahari (Pak Hassan) menyusun bubur lambuk di dalam bakul rotan sebelum diedarkan oleh "Skuad Penghantar/Delivery" yang akan bergerak mengililingi kampung.
Sdr. Jebat juga tidak melepaskan peluang membantu mengisi bubur lambuk di dalam bakul rotan. Tahniah kepada Sdr. Jebat kerana berjaya menjadi ketua (Leader) untuk melaksanakan aktiviti dan program bubur lambuk untuk KBTBB. Paling ketara KBTBB kini sedang melalui satu proses "transformasi" dan "pembaharuan" untuk terus mara ke hadapan dan menjadi kelab basikal tua yang berkarisma dan berkredibeliti.
Tepat jam 12:30 malam Datuk Ali Rustam (DAR) tiba diperkarangan Taming Sari dengan menaiki kereta rasminya. Kami masing-masing tersenyum simpul dan dalam hati berbunga-bunga menyambut ketibaannya. Dari riak wajah beliau terpancar rasa bangganya melihat usaha anak Negeri Melaka yang sanggup berkayuh basikal dari Batu Berendam mengelilingi Bandar Melaka semata-mata mahu menunjukkan semangat Kemerdekaan kepada masyarakat walaupun secara rasminya tiada acara sambutan pada malam itu. 




Basikal tua masing-masing dihiasi bendera Malaysia dan Negeri Melaka. Walau pun ramai yang tidak dapat turut serta namun acara kayuhan masih tetap diadakan.
Menurut DAR lepas ini apa-apa aktiviti dan acara yang akan dirancang boleh terus berjumpa beliau. Lepas ini akan lebih banyaklah kerja yang perlu dilakukan oleh KBTBB selepas Aidilfitri nanti. Bagi KBTBB ini merupakan penghargaan dan penghormatan yang tertinggi pernah diterima daripada Pemimpin Kerajaan terutamanya apabila usaha kami mendapat restu dan "Green Light" dari pemimpin No. 1 di Melaka. 




