Basikal Melaka ingin mengucapkan Selamat Menyambut Kemerdekaan Negara Ke-57. Semoga warisan basikal tua akan terus lestari dengan penuh sinergi. Bersama kita berjuang demi memartabatkan warisan dan budaya bangsa! - Admin Basikal Melaka

Khamis, 20 Ogos 2009

KBTBB menaja props untuk rancangan ‘Kulinari Daisy Chef Liza’ - Saksikan di TV1, 12 tengahari ini (Jumaat 21.08.09)

Saksikan rancangan ‘Kulinari Daisy Chef Liza’ hari ini jam 12:00 tengahari (Jumaat, 21hb Ogos 2009) dan ulangannya jam 5:00 pagi esok!
KBTBB melangkah setapak ke hadapan lagi dengan melakar satu lagi sejarah di dalam industri penyiaran setelah di jemput oleh Chef Liza Zainol untuk bekerjasama menaja props untuk rancangan masakannya. Rakaman rancangan ‘Kulinari Daisy Chef Liza’ 15 epesod ini akan disiarkan di TV1 bermula esok – 21hb Ogos 2009 pada pukul 12:00 tengahari dan siaran ulangannya pada pukul 5:00 pagi keesokkan harinya. Jangan lupa saksikannya!

Cerita selanjutnya di blog Basikal Malaya - KLIK DI SINI! Selamat berpuasa!

Selasa, 18 Ogos 2009

Tahniah dan Syabas buat KBKM (Muar) di atas kejayaan pengajuran acara kayuhan di Muar

KBTBB dan Krew Production Pisang Goreng (UiTM) ingin mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada Cikgu Kadir dan AJK Kelab Basikal Klasik Muar di atas penganjuran acara kayuhan diambang Merdeka yang bertemakan 1Acara...1Kayuhan...1Malaysia pada 16hb Ogos yang lepas bertempat di Dataran Tanjung Mas, Muar. Pastinya kejayaan penganjuran ini akan memacu dan membakar semangat semua peminat basikal tua untuk terus aktif dan menyokong aktiviti seumpama ini di Malaysia.

Kami di KBTBB amat-amat berbesar hati dapat bersama-sama turut serta menjayakan program kayuhan yang telah dirancang sebulan yang lalu. Dengan izin Allah S.W.T kita juga telah bersama-sama dibantu dan disokong oleh rakan-rakan dari Kelab Sepeda Tua Johor Bahru yang diketuai oleh Sdr. Mofti dan rakan-rakan daripada Batu Pahat yang diwakili Cikgu Rahim untuk memeriahkan lagi sambutan diambang Kemerdekaan Negara yang ke-52.

Untuk itu, kami sajikan sedikit gambar-gambar sebagai tatapan dan perkongsian pengalaman sepenjang perjalanan acara kayuhan untuk dikongsi bersama dengan pengunjung blog KBTBB yang setia melayari setiap hari di mana jua mereka berada.

Ketibaan rombongan KBTBB menjadi tumpuan orang ramai termasuk anggota Polis Trafik
...
KBTBB sedang membuat persiapan terakhir sebelum acara bermula
,,,
Peserta/Rombongan memulakan acara kayuhan menuju ke Rumah Anak-anak Yatim Islam Muar
,,,
Bergambar dihadapan Rumah Anak-anak Yatim Muar sambil menghulurkan sedikit bantuan
---
Nantikan sambungan rentetan perjalanan kami di Muar........

Selasa, 4 Ogos 2009

Kayuhan Klasik di Ambang Merdeka pada 16 Ogos 2009 di Muar, Johor

Salam Kemerdekaan buat semua sahabat-sahabat basikal tua seluruh negara. Bersempena dengan bulan dan sambutan Kemerdekaan negara yang ke 52 ini, KBTBB, KBKM (Kelab Basikal Klasik Muar), KSTJB (Kelab Sepeda Tua Johor Bahru) dan KBKBP (Kelab Basikal Klasik Batu Pahat) akan mengadakan 1 acara kayuhan di ambang kemerdekaan pada 16hb Ogos 2009 ini bertempat di Bandar Muar, Johor. Justeru itu, dengan sukacitanya kami ingin menjemput semua sahabat basikal tua/sepeda/gerek untuk bersama-sama memeriahkan acara kayuhan pada hari tersebut.

KBKM selaku tuan rumah telahpun merangka program dan aktiviti yang menarik pada hari tersebut. Kayuhan gabungan ini dijangkakan akan menarik ramai individu dan kelab basikal klasik dari Johor dan Melaka serta lain-lain negeri dan mengalu-alaukan kedatangan mereka untuk sama-sama menjayakannya. Pihak penganjur juga berharap kayuhan gabungan ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat untuk bersama-sama menghayati bulan dan sambutan Kemerdekaan negara yang ke 52 disamping mengimbau kembali sejarah Kemerdekaan.

Maklumat mengenai Acara pada 16hb Ogos 2009 seperti berikut :-

Tarikh
Ahad, 16hb Ogos 2009
Masa
2:00 petang – 6:30 petang
Tempat Mula
Dataran Tanjung Mas, Muar (Flag-Off jam 2:00 ptg)
Laluan
Jalan Maharani 1 – Jambatan Muar – Jalan Bentayan – Jalan Abdullah – Jalan Majidi – Dataran Tanjung Mas
Tempat Rehat
Warung Topong
Tempat Berakhir
Dataran Tanjung Mas, Muar (Majlis Penutup & Penyampaian Sijil)

Selasa, 28 Julai 2009

Majalah Libur bersama KBTBB menjayakan slot cerita Nostalgia Basikal Tua di Melaka

Terima kasih KBTBB ucapkan kepada Team Libur yang sudi bertandang ke Batu Berendam untuk memaparkan kenangan dan nostalgia basikal tua di Melaka. Walaupun pada awalnya cuaca tidak mengizinkan namun Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan baik sekali. Terima kasih kepada Wartawan dan Jurugambar Libur Sdr. Meor kerana bekerja keras untuk mendapatkan "shot-shot" terbaik walaupun di dalam cuaca hujan.

Kami di Batu Berendam amat-amat berbangga kerana foto-foto itu salah satunya terpilih menjadi penghias kulit depan Majalah Libur keluaran Ogos. Ucapan Terima Kasih ini kami terima daripada Puan Azwa sendiri dan beliau amat-amat tidak menyangka bahawa diberi penghormatan menghiasi kulit majalah ini.

Bagi kami di KBTBB ini merupakan penghormatan kepada seluruh peminat, pencinta dan pejuang basikal tua di Malaysia diatas kesudian Majalah Libur mengangkat dan memartabatkan basikal tua di mata dan di hati masyarakat. TERIMA KASIH MAJALAH LIBUR! - Admin KBTBB



Rabu, 22 Julai 2009

TAHNIAH kepada Mr. GB diatas kejayaan mengililingi Semenanjung dengan basikal tua.

Kami di KBTBB amat-amat berbangga di atas kejayaan dan usaha Mr. GB bakal menamatkan siri jelajahan Semenanjung Malaysia dengan basikal tua. Usaha seperti ini wajar dijadikan contoh kepada semua ahli-ahli KBTBB kerana dengan hanya berbekalkan semangat dan keyakinan yang tinggi semuanya boleh dilakukan. KBTBB juga ingin mengucapkan tahniah kepada Mr. GB di atas kejayaan yang paling manis ini. Tiada siapa menduga Raleigh tahun 60an yang uzur dikayuh Mr. GB selama lebih 22 hari ini telah mencipta sejarah baru untuk hobi basikal tua di Malaysia. Inilah usaha penglestarian paling hebat pernah dilakukan :) - Admin

Selasa, 14 Julai 2009

Pengambaran Bang-bang Boom (TV3) bersama KBTBB di Kg. Batu Berendam, Melaka

Pada 12hb Julai yang lepas KBTBB sekali lagi diberi peluang untuk bekerjasama dengan TV3 untuk menjayakan rakaman segmen "Takde pasal...cari pasal" untuk Rancangan Bang-bang Boom terbitan stesyen TV no. 1 di Malaysia. Terima kasih kami ucapkan kepada Tuan Producer Tunku Ismail kerana telah memilih Batu Berendam sebagai lokasi pengambaran dan sudi memberi peluang kepada KBTBB untuk memeriahkan lagi segmen tersebut. Sekalung tahniah juga kepada semua yang telah terlibat terutamanya, Tuan Penasihat, Tuan Pengerusi, AJK, Penduduk Kg. Batu Berendam, krew Bang-bang Boom dan semua yang terlibat.

Ucapan terima kasih ini kami tujukan khas kepada pengacara Bang-bang Boom iaitu terutamanya kepada Sdr. Azahari dan Sdr. Amat serta pengacara jemputan Sdr. Elyas kerana sudi berkayuh bersama-sama kami. Kami semua memang "kejang" perut melihat telatah dan cara anda semua mengendalikan rancangan ini. Sehinggakan Tuan Producer pun dah tak boleh tahan ketawa terbahak-bahak. Team krew Bang-bang Boom memang best! Kalau ada yang terkurang dan tersilap kami di KBTBB mohon maaf. Moga ketemu dilain rancangan :) TERIMA KASIH TV3 ! - Admin KBTBB

Alamat KBTBB
Bengkel & Galeri KBTBB, 2743, Jalan Solok Pantai, Bt. 4, Batu Berendam 75350 Melaka.

Hubungi kami
Pengerusi - Sdr. Alias 012-391 5613
Naib Pengerusi - Sdr. Aslizan 012 3161 785
Setiausaha - Sdr. Radzwan - 013 672 1392
Perhubungan Awam & Keahlian - Sdr. Jebat 017-639 7119
Media, Publisiti & Komunikasi - Sdr. Ikhwan 012-934 3953

KBTBB Terus Maju
Basikal Tua...Warisan Generasi Muda!

Selasa, 7 Julai 2009

KBTBB kembali ke zaman silam (hitam putih)

Beginilah agaknya kalau kita berada di zaman dulu-dulu...masa tu semua gambar pun hitam putih dan klasik. Bagi KBTBB, pengalaman sessi fotografi kali ini paling berharga kerana gaya dan arahan seninya memerlukan kami melakonkan watak-watak orang dulu-dulu. Apa pun nantikan keluaran Majalah ***** pada keluaran Ogos 2009 nanti. Pasti GEMPAKKKK !
..
Alamat KBTBB
Bengkel & Galeri KBTBB, 2743, Jalan Solok Pantai,
Bt. 4, Batu Berendam 75350 Melaka.
..
Hubungi kami
Pengerusi - Sdr. Alias 012-391 5613
Naib Pengerusi - Sdr. Aslizan 012 3161 785
Setiausaha - Sdr. Radzwan - 013 672 1392
Perhubungan Awam & Keahlian - Sdr. Jebat 017-639 7119
Media, Publisiti & Komunikasi - Sdr. Ikhwan 012-934 3953 ...
..
KBTBB Terus Maju
Basikal Tua...Warisan Generasi Muda!