KBTBB dan Krew Production Pisang Goreng (UiTM) ingin mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada Cikgu Kadir dan AJK Kelab Basikal Klasik Muar di atas penganjuran acara kayuhan diambang Merdeka yang bertemakan 1Acara...1Kayuhan...1Malaysia pada 16hb Ogos yang lepas bertempat di Dataran Tanjung Mas, Muar. Pastinya kejayaan penganjuran ini akan memacu dan membakar semangat semua peminat basikal tua untuk terus aktif dan menyokong aktiviti seumpama ini di Malaysia.Kami di KBTBB amat-amat berbesar hati dapat bersama-sama turut serta menjayakan program kayuhan yang telah dirancang sebulan yang lalu. Dengan izin Allah S.W.T kita juga telah bersama-sama dibantu dan disokong oleh rakan-rakan dari Kelab Sepeda Tua Johor Bahru yang diketuai oleh Sdr. Mofti dan rakan-rakan daripada Batu Pahat yang diwakili Cikgu Rahim untuk memeriahkan lagi sambutan diambang Kemerdekaan Negara yang ke-52.
Untuk itu, kami sajikan sedikit gambar-gambar sebagai tatapan dan perkongsian pengalaman sepenjang perjalanan acara kayuhan untuk dikongsi bersama dengan pengunjung blog KBTBB yang setia melayari setiap hari di mana jua mereka berada.

Bergambar dihadapan Rumah Anak-anak Yatim Muar sambil menghulurkan sedikit bantuan 

















Ketibaan Mr. GB ke Batu Berendam pada malam Sabtu 4hb Julai yang lalu telah diberikan sambutan yang meriah, ceria dan mesra oleh ahli-ahli KBTBB. Mr. GB yang dalam rangka MISI menawan Malaysia dengan berbasikal tua telah sudi untuk singgah bermalam di Batu Berendam. Undangan ke KBTBB tersebut telah disampaikan kepada beliau melalui Sdr. Ikhwan yang menemui beliau di Kota, Negeri Sembilan pada hari Sabtu petang yang lalu. Tepat jam 10.00 malam beliau tiba menaiki basikal tua jenis Raleigh 28" di KBTBB setelah diiringi oleh Sdr. Jebat yang telah menunggu beliau di Cheng, Melaka.