Salam Kemerdekaan buat semua sahabat-sahabat basikal tua seluruh negara. Bersempena dengan bulan dan sambutan Kemerdekaan negara yang ke 52 ini, KBTBB, KBKM (Kelab Basikal Klasik Muar), KSTJB (Kelab Sepeda Tua Johor Bahru) dan KBKBP (Kelab Basikal Klasik Batu Pahat) akan mengadakan 1 acara kayuhan di ambang kemerdekaan pada 16hb Ogos 2009 ini bertempat di Bandar Muar, Johor. Justeru itu, dengan sukacitanya kami ingin menjemput semua sahabat basikal tua/sepeda/gerek untuk bersama-sama memeriahkan acara kayuhan pada hari tersebut.KBKM selaku tuan rumah telahpun merangka program dan aktiviti yang menarik pada hari tersebut. Kayuhan gabungan ini dijangkakan akan menarik ramai individu dan kelab basikal klasik dari Johor dan Melaka serta lain-lain negeri dan mengalu-alaukan kedatangan mereka untuk sama-sama menjayakannya. Pihak penganjur juga berharap kayuhan gabungan ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat untuk bersama-sama menghayati bulan dan sambutan Kemerdekaan negara yang ke 52 disamping mengimbau kembali sejarah Kemerdekaan.
Maklumat mengenai Acara pada 16hb Ogos 2009 seperti berikut :-
Tarikh
Ahad, 16hb Ogos 2009
Masa
2:00 petang – 6:30 petang
Tempat Mula
Dataran Tanjung Mas, Muar (Flag-Off jam 2:00 ptg)
Laluan
Jalan Maharani 1 – Jambatan Muar – Jalan Bentayan – Jalan Abdullah – Jalan Majidi – Dataran Tanjung Mas
Tempat Rehat
Warung Topong
Tempat Berakhir
Dataran Tanjung Mas, Muar (Majlis Penutup & Penyampaian Sijil)

















Ketibaan Mr. GB ke Batu Berendam pada malam Sabtu 4hb Julai yang lalu telah diberikan sambutan yang meriah, ceria dan mesra oleh ahli-ahli KBTBB. Mr. GB yang dalam rangka MISI menawan Malaysia dengan berbasikal tua telah sudi untuk singgah bermalam di Batu Berendam. Undangan ke KBTBB tersebut telah disampaikan kepada beliau melalui Sdr. Ikhwan yang menemui beliau di Kota, Negeri Sembilan pada hari Sabtu petang yang lalu. Tepat jam 10.00 malam beliau tiba menaiki basikal tua jenis Raleigh 28" di KBTBB setelah diiringi oleh Sdr. Jebat yang telah menunggu beliau di Cheng, Melaka.



