Basikal Melaka ingin mengucapkan Selamat Menyambut Kemerdekaan Negara Ke-57. Semoga warisan basikal tua akan terus lestari dengan penuh sinergi. Bersama kita berjuang demi memartabatkan warisan dan budaya bangsa! - Admin Basikal Melaka

Khamis, 1 Mac 2012

KBTBB meriahkan "LTDL Cyclefest 2012" di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka

Pada tahun ini (2012) KBTBB sekali lagi telah diundang oleh pihak penganjur "Le Tour de Langkawi" (LTDL) dan Kerajaan Negeri Melaka untuk memeriahkan acara perlumbaan basikal bertaraf dunia untuk Peringkat ke 2 (Stage 2) yang telah berlangsung pada Sabtu, 25hb Februari yang lalu. Seramai 40 orang ahli-ahli KBTBB lengkap berpakaian klasik dan tradisional hadir di Dataran Pahlawan untuk memeriahkan acara "LTDL Cyclefest 2012" yang telah berjaya mengumpulkan hampir 1,000 peserta berbasikal dari pelbagai peringkat umur. Acara yang bermula seawal 8:00 pagi itu tenyata memperlihatkan banyak acara yang telah dirancang oleh pihak penganjur termasuklah acara basikal lasak, live band, pameran ekspo dan kemuncaknya "prade" basikal yang disertai hampir 1,000 peserta.

Saudagar Import-Export Orang Kaya Jebat mengetuai acara kayuhan menuju ke Dataran Pahlawan...

Abg Songkok Tinggi yang pakai kot tuu memiliki banyak koleksi-koleksi basikal tua yang "pedas-pedas"... tak lam lagi dia bakal jadi otai busat tauu...tunggu masa jer...

Gaya si cilik... Adik Nani bersama gajet PC tabletnya yang canggih... mana best kalau ada basikal kalau tak kayuh pakcik... ini barulah gerekerssss... bukan solokersss a.k.a lone rangesss.... seat biaq terbelah dua... kayuh tetap kayuh...

Prade (perarakan) basikal yang bermula di hadapan A Famosa menyaksikan ragam dan gelagat peserta yang berkayuh melintasi pentas utama untuk menyambut ketibaan para peserta LTDL. Peserta perlumbaan LTDL yang telah memulakan perlumbaan mereka dari Putrajaya menuju ke Melaka sejauh 151km akhirnya tiba di garisan penamat sekitar jam 1:00 petang di hadapan Dataran Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka. Kehadiran KBTBB di dataran tersebut ternyata telah menarik minat orang ramai untuk mendekati "basikal tua" termasuk golongan remaja dan profesional. Basikal tua yang dijaga rapi dan tampil "berkilat" seperti asal tenyata masih mempunyai pesona malahan ada beberapa individu yang hadir di situ menyatakan hasrat untuk membeli basikal tua dengan harga yang "lumayan".

Sebahagian peserta basikal yang telah mula berkumpul untuk menyertai acara prade (perarakan) untuk menyambut ketibaan peserta-peserta perlumbaan LTDL di Melaka

Penampilan istimewa... ahli wanita terbaharu KBTBB iaitu isteri kepada Abg Samingan yang tampil berani dengan kostum kebudayaan India dengan mengenakan sari pada acara kali ini...

Untuk mengembalikan nostalgia dan sejarah... pakaian-pakaian uniform berkonsepkan military sememangnya mencuri tumpuan orang ramai... nie kalau org kata gila pun... gila bertempat lahhh...

1Malaysia.... macam-macam ada..... korang ada?....heheheee...

Pada prade (perarakan) basikal bersempena "LTDL Cyclefest 2012 kali ini, KBTBB telah dinobatkan sebagai "Kategori kumpulan basikal terbaik" oleh pihak penganjur acara. KBTBB telah menerima sebuah basikal modern MTB sebagai hadiah bagi kategori tersebut. Apa yang penting pada acara kali ini adalah kerjasama dan komitmen ahli-ahli KBTBB ternyata semakin mantap dan kukuh. Hobi basikal tua di Melaka bukan sekadar hobi yang bermusim mengikut keadaan cuaca dan acara-acara tertenu sahaja. Aktiviti yang dirancang dan disertai sentiasa membuatkan kelab ini semakin dikenali, dihormati dan diiktiraf kerana begitu komited membantu industri pelancongan negeri Melaka dan tidak hairanlah KBTBB yang memperjuangkan warisan basikal tua diiktiraf sebagai produk pelancongan negeri - Admin KBTBB

Rabu, 29 Februari 2012

Mengamit Kenangan Basikal Tua dalam rancangan "In Trend" di TV2

Pada Sabtu, 18 Februari 2012 yang lalu KBTBB telah pun bekerjasama dengan TV2 (RTM) dalam pengambaran untuk program/rancangan "In Trend" yang merupakan sebuah rancangan TV yang memfokuskan kepada aktiviti remaja. Rancangan yang disiarkan setiap Sabtu pada jam 1:00 - 1:30 petang selama 30 minit ini memaparkan pelbagai slot dan aktiviti remaja masa kini. Pada pengambaran kali ini Sdr. Dazrin Kamarudin telah ditugaskan untuk mengacara dan mendekati "basikal tua" dalam misinya untuk mengamit kenangan basikal tua untuk dipersembahkan kepada penonton. KBTBB juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penerbit "In Trend" Cik Saliza kerana sudi ke Batu Berendam, Melaka untuk menjayakan pengambaran tersebut.

Gaya klasik penuh nostalgia... Sdr. Daz beraksi penuh energatic ....

Walaupun rancangan ini memfokuskan kepada aktiviti remaja, KBTBB sangat berbangga kerana adanya anak-anak muda dikalangan ahli-ahli KBTBB yang diketuai Sdr. Hafiz dan rakan-rakannya untuk berkongsikan pengalaman dan aktiviti berbasikal mereka bagi tujuan rakaman dan perkongsian bersama crew-crew "In Trend". Ternyata hobi basikal tua bukan sekadar hobi bagi golongan otai-otai (veteran) tetapi meliputi golongan muda dan remaja. KBTBB ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan rakaman pengambaran "In Trend" tersebut. Nantikan kemunculan "basikal tua" di kaca TV plasma anda dalam rancangan "In Trend" di TV2 - Admin KBTBB

Khamis, 26 Januari 2012

Liputan Mesyuarat Agong KBTBB Kali Ke-3 - KBTBB mampu ke peringkat INTERNASIONAL

Sebagai sebuah Kelab / Persatuan yang sah berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), KBTBB telahpun berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Kali Ke-3 dengan lancar dan teratur pada Sabtu, 21hb Januari 2012 bertempat di Hang Tuah City Hotel, Melaka Raya yang telah bermula jam 9:30 malam dan berakhir jam 11:00 malam. Mesyuarat yang dihadiri 90% kedatangan ahli-ahli melebihi 2/3 telah memutuskan untuk mengekalkan kesemua Jawatan yang telah disandang oleh barisan Ahli Jawatan Kuasa yang sedia ada dan hanya 1 jawatan yang beralih kepimpinan iaitu Jawatan Setiausaha II yang menampilkan Puan Rokiah sebagai muka baru.

Mesyuarat Agong KBTBB Kali Ke-3 ini telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Ali Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka yang diiringi Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka iaitu Datuk Wira Othman Muhamad, YAB Senator Datuk Saat Abu dan tetamu kenamaan. KBTBB sangat bertuah kerana Mesyuarat kali ini dihadiri oleh ramai pemimpin kerajaan yang sudi menceriakan Majlis Perasmian Mesyuarat oleh YAB Ketua Menteri Melaka. Dalam ucapan pembukaannya Datuk Seri Ali Mohd Rustam sempat menyampaikan serangkap pantun yang berjaya mencuit hati tetamu yang hadir... "Kalau tidak kerana bulan, tidaklah pungguk duduk menanti, kalau tidak kerana tuan (basikal tua Batu Berendam), tidaklah saya datang ke mari".




Khamis, 5 Januari 2012

KBTBB diundang ceriakan Program Jelajah Basikal Melaka 2012 sempena sambutan ulang tahun ke-750 Melaka

Tanggal 1.1.2012 hari pertama di tahun baru 2012 KBTBB muncul bergaya apabila dijemput untuk mengiringi VVIP iaitu Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob dan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dalam Program Jelajah Basikal Melaka 2012 sempena sambutan ulang tahun ke-750 Melaka. Acara pembuka tirai tahun 2012 ini telah bermula seawal jam 8:00 pagi di Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) telah menyaksikan penyertaan hampir 2,000 peserta dari pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat umur serta pelbagai jenis basikal bagi menjayakan acara dan program tersebut.


KBTBB diketuai oleh orang kuat Ketua Menteri Melaka iaitu En. Roslan Mat Nong bersama Pengerusi KBTBB iaitu Sdr. Alias Omar dan ahli-ahli KBTBB

Menurut penganjur acara, Program dua hari acara kayuhan sejauh 242 kilometer ini merentasi kesemua 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka telah disertai 7,000 peserta secara keseluruhannya. Datuk Seri Mohd. Ali Rustam ketika berucap sebelum permulaan program itu berkata objektif berbasikal itu selain membudayakan aktiviti sukan berbasikal juga sebagai program turun padang oleh pemimpin masyarakat bertemu rakyat di seluruh pelusuk negeri ini. KBTBB dalam acara tersebut telah diberikan penghormatan apabila diminta bersama-sama mengiringi kumpulan pertama yang disertai TYT, Ketua Menteri Melaka, Exco-exco Kerajaan Negeri, Wakil Rakyat, Ketua-ketua Jabatan dan VVIP.

KBTBB berada dibarisan belakang VVIP untuk mengiringi kumpulan pertama peserta yang disertai oleh orang-orang kenamaan dan VVIP termasuk TYT dan Ketua Menteri Melaka

Hari Pertama (1.1.2012), para peserta telah berkayuh sejauh 112 kilometer dan antara laluan ialah Perigi Hang Li Poh, Telok Mas, Pengkalan Renggam, Semabok, Serkam, Sungai Rambai, Merlimau, Simpang Kerayong, Kesang, Bukit Sedanan, Durian Tunggal, Gangsa, Batu Berendam dan berakhir di tempat permulaan pada kira-kira pukul 9 malam. Manakala pada Hari Kedua, para peserta telah berbasikal sejauh 130 kilometer menuju ke Bachang, Pokok Mangga, Klebang, Pantai Kundur, Sungai Udang, Masjid Tanah, Tanjung Bidara, Kuala Sungai Baru, Ramuan China, Ayer Kuning, Brisu, Simpang Ampat, Gadek, Alor Gajah, Paya Rumput, Stadium Hang Jebat, Sungai Putat, Bukit Beruang dan Dataran MBMB sebagai destinasi terakhir.

Selasa, 27 Disember 2011

Kehadiran basikal tua di Bandaraya Melaka jadi tarikan pelancong bersempena cuti Krismas

"Kayuh tetap kayuh!" Biarpun harus meredah jalan raya yang penuh sesak dengan kenderaan, KBTBB bersama rombongan 50 peserta akhirnya berjaya sampai ke Bandaraya Melaka. Bersempena cuti umum Hari Krismas pada 25hb Desember yang lalu KBTBB telah berjaya mengadakan 1 acara kayuhan untuk ahli-ahli dan peserta jemputan dari Johor dan Selangor yang telah bermula dari Galeria KBTBB yang terletak di Batu Berendam. Kehadiran basikal tua ternyata menjadi tarikan utama kepada pelacong-pelancong yang datang ke Bandaraya Melaka.

Penjalanan berkonvoi beramai-ramai menuju Bandaraya Melaka...

Kecil-kecil "Cili Padi"...Tricycle jenama Hopper NOS (berkilat dan berkilauan)

Ahli-ahli KBTBB yang berpakaian ala-ala tentera menjadi tumpuan pelancong yang ingin bergambar...*jarang ditemui senario luar biasa sebegini di Malaysia...semuanya sebab ada "acara kayuhan"...

Kehadiran geng PSCB (Port Klang) yang diketuai Sdr. Along ke Melaka menceriakan acara kayuhan...

Masih berdiri teguh dan terus aktif...Pengerusi dan Naib Pengerusi yang mempunyai karisma dan kemampuan meneraju KBTBB membawa ahli-ahlinya untuk terus maju dan aktif....*walaupun banyak kelab dan group dah mula "redup/suam-suam kuku"...KBTBB tetap "membara" dan konsisten....

Wahhhh...Sdr. Jebat dah macam pegawai PUSPAKOM/JPJ...tengah buat inspection...kalau tak ikut "spect" dia nak saman....kahkahhakahhh...

Kongsi ilmu tak kira kat mana...sambil2 rehat pun boleh kongsi maa...kalau asyik "kondem" bila mau maju... ini ilmu basikal banyak orang expert... di mana2 pun ada expert maa...

Selagi ada peminat dan pejuang basikal tua...selagi itulah hobi dan warisan ini akan terus wujud dan lestari... kalau mahu maju seharusnya ada lebih ramai yang minat dengan mengalu-alukan kehadiran peminat-peminat baru... dan bukan pula sebaliknya *perlu juga ada muka-muka baru... barulah ceria :)

Walaupun senario basikal tua di Malaysia kian "meredup" dan kian "mendung" namun acara kayuhan yang diadakan oleh KBTBB pada kali ini ternyata BERJAYA dan terus mendapat sambutan. Kehadiran beberapa otai-otai dari Melaka dan Muar pastinya dapat menambahkan lagi ilmu dan pengalaman mengenai basikal buat semua peserta yang hadir... Pastinya ahli-ahli KBTBB dan peserta-peserta yang hadir pulang dengan senyuman dan kepuasan maksima kerana apa yang dirancang semuanya berjaya terlaksana dan memuaskan hati masing-masing. Persahabatan yang terjalin pula akan tetap mekar berkembang dan kayuhan akan tetap berjalan seperti "irama dan lagu" yang tidak akan dapat dipisahkan.

Acara kayuhan ini merupakan acara TERAKHIR bagi tahun 2011 yang menutup tirai tahun yang penuh bergaya dengan KECEMERLANGAN yang penuh makna buat KBTBB dan ahli-ahlinya. Terima kasih buat semua yang hadir dan dan yang telah menyokong KBTBB selama ini terutamanya rakan-rakan sekutu rapat dari KSTJB, KBKM (Muar), PSCB (Port Klang), Basikal Klasik Pulau Pinang, KEBAB (Benut), KOSTI (Indonesia), KOBA (Jakarta), PSB (Bandung) individu-individu dan sesiapa sahaja yang berkoleborasi dan hadir di setiap acara yang dirancang KBTBB. TERIMA KASIH SAHABAT! - Admin KBTBB.

...

Jumaat, 21 Oktober 2011

Muat turun "Epik Basikal Tua" dengan paparan interaktif dan multimedia di Berita Harian Online untuk aplikasi iPad


Kini peminat basikal tua/klasik boleh melihat paparan basikal tua dengan cara yang lebih interaktif dengan persembahan multimedia yang canggih di iPad. Kepada yang memiliki gajet iPad, paparan "Epik Basikal Tua" boleh dimuat-turun di iBH melalui laman web http://www.bharian.com.my/ dan rasai pengalaman baharu dunia multimedia yang serba moden dan canggih.

KBTBB juga ingin mengucapkan Selamat Datang kepada semua peminat-peminat basikal tua yang melayari laman blog ini melalui iBH. Semoga maklumat dan informasi menarik yang dipersembahkan di blog ini memberikan faedah dan manfaat yang berguna buat semua. Semoga warisan basikal tua terus lestari dan berkembang di Malaysia. Jutaan terima kasih buat En. Saufi Hamzah bersama Sdr. Ridza Basar dan Sdr. Naz kerana berjaya memapar dan menerbitkan "Epik Basikal Tua" di iBH semoga usaha kalian akan mendapat balasan dari Allah S.W.T. - Admin KBTBB