Basikal Melaka ingin mengucapkan Selamat Menyambut Kemerdekaan Negara Ke-57. Semoga warisan basikal tua akan terus lestari dengan penuh sinergi. Bersama kita berjuang demi memartabatkan warisan dan budaya bangsa! - Admin Basikal Melaka

Isnin, 20 Jun 2011

Perarakan Kenderaan Klasik bersempena Pesta Sungai Melaka Kali Ke 5 bertemakan "Era Retro 60-an"

Sabtu, 18 Jun 2011 - KBTBB bersama 45 orang ahlinya bersama-sama menjayakan acara Perarakan Kenderaan Klasik bersempena Pesta Sungai Melaka 2011. Turut hadir bersama berkayuh adalah 3 peserta dari Johor iaitu Sdr. Ramlee Hype dan Sdr. Sahabudin dari Kelab Basikal Antik Benut dan Sdr. Rizal Nippon dari Palong. Semua peserta telah memulakan kayuhan di Pengkalan KBTBB berkayuh sejauh 6km menuju Bandaraya Melaka menaiki basikal tua masing-masing menuju tempat perhimpunan kenderaan. Tepat jam 8:30 malam Acara Perarakan pun dimulakan dengan disertai puluhan kereta mini, beca, basikal tua dan kereta lembu sejaiuh kira-kira 2.5km dan telah berakhir di Taman Rempah / Tapak Expo dengan sambutan ribuan pengunjung yang hadir memeriahkan acara dengan tema 60an.

Rizal Nippon dan Abg Ramlee Hyper... sudah tidak sabar mengayuh bersama puluhan ahli-ahli KBTBB yang hadir dalam perarakan Kenderaan Klasik.

Suasana digamatkan dengan bunyi pancaragam dari Jabatan Penjara yang memainkan muzik-muzik patriotik...

Kamilah juara!... juara pecut basikal tua... setakat fixie dan MTB 2-3 tiang kena tinggal lahh... kitaorang kayuh sebelah kaki jer...

Bagus-bagus !... Ketua Projek memberikan isyarat "bagus" kerana ahli-ahli sudah lebih menghayati warisan dan lebih bersemangat setelah pulang dari luar negara...

YB Rahman (tengah) dari Negeri Sembilan, memperkatakan sesuatu kepada orang kuat KBTBB...

Pengerusi KBTBB, Abg Alias Omar menerima Hadiah dan Sijil Penghargaan bersempena Pesta Sungai Melaka 2011...

Basikal tua mendapat tempat eksklusif iaitu dipamerkan di sebelah pentas utama bersama beca dan kereta lembu... kenderaan yang berasap kena parking jauh-jauh... kelihatan ribuan pengunjung berada di tapak ekspo/ Taman Rempah.

Ini dia Abg Ramlee Hyper... hadir dengan bakat "terdendam"... setelah separu mati berjoget dia main muzik...lepas main muzik dia nyanyi pulak dahhh.... demi KBTBB dia berjaya menyampaikan sebuah lagu sambil promote nama KBTBB... salute untuk beliau!






Selasa, 14 Jun 2011

Majlis Perasmian Acara K2N II di Saung Ujo, Bandung penuh warna-warni dan menghiburkan

Penuh kejutan dan penuh warna-warni itulah gambaran kemeriahan Majlis Perasmian Acara K2N II yang telah berlangsung di Saung Ujo, Bandung. Acara yang sederhana tetapi penuh bermakna ini telah dihadiri oleh tetamu-tetamu jemputan, VVIP, Alumni K2N Pertama dan rombongan 35 peserta dari Malaysia. Bermula langkah pertama turun ke Saung Ujo...rombongan telah dikejutkan dengan tarian kuda kepang oleh kanak-kanak kecil yang berumur 5-7 tahun di hadapan pintu masuk. Tetamu yang hadir dikalungkan dengan kalung angklung kecil simbolik kepada kebudayaan masyarakat Sunda di Bandung.

Penaung KBTBB iaitu En. Zulkifli Othman mendahului rombongan K2N II dari Malaysia yang mendapat kalungan pertama sebagai tetamu VVIP di Saung Ujo.

Kehadiran Pengerusi JKKK Batu Berendam, Melaka bukti sokongan pemimpin tempatan dari Malaysia juga menyokong Acara K2N II yang berlangsung di Bandung.

Kehadiran tetamu dan peserta K2N II di Saung Ujo membuktikan "basikal tua memperkukuhkan persahabatan serumpun". Semuanya hadir dengan pakaian tradisional masing-masing. Rombongan K2N Malaysia hadir memakai baju melayu dan bersamping (songket) dan wanita memakai baju kurung/kebaya manakala sahabat-sahabat di Indonesia memakai batik tradisional.

En. Roslan Mat Nong yang mewakili Delegasi dari Malaysia memberikan ucapan pembukaan pada Majlis Perasmian K2N II.

En. Roslan menyampaikan ucapannya di hadapan tetamu dan peserta-peserta K2N II (Malaysia - Indonesia).

Bapak Ayi Vivananda yang mewakili Walikota Bandung menyampaikan ucapan alu-aluan menyambut kedatangan rombongan K2N Malaysia ke Bandung. Beliau sendiri meminati aktiviti berbasikal dan menyatakan sokongannya terhadap Acara K2N.

Pertukaran cenderahati di antara kedua-dua negara iaitu Malaysia yang diwakili En. Roslan dan Indonesia diwakili oleh Bpk Ayi diiringi oleh En. Gafar (Pengerusi JKKK Bt. Berendam) dan Sdr. Alias (Pengerusi KBTBB).

Barisan VVIP yang hadir memeriahkan Majlis Perasmian Acara K2N II di Bandung, Indonesia pada Sabtu 5 Jun 2011.

Persembahan menakjubkan dari penari-penari yang terdiri dari kanak-kanak. Gerak tari mereka yang lincah dan bertenaga berjaya memukau tetamu yang hadir dengan persembahan tarian kebudayaan mereka.

Persembahan tarian dan angkung yang sungguh mempersonakan.

Orkestra Angklung yang bertaraf dunia...kumpulan ini pernah melakukan banyak persembahan di luar negara dan ternyata bunyian angkung bukan sekadar alat muzik tradisional tetapi bertaraf dunia.

Peluang bermain angklung bersama-sama berjaya mencipta rentak dan irama yang sekata membuktikan Malaysia dan Indonesia adalah saudara dan serumpun. Bagi kebanyakkan peserta aktiviti ini sangat menyeronokkan dan mengembirakan mereka.

Fokus dan enjoy... rombongan K2N II bukan sahaja hadir untuk mengayuh basikal tetapi berpeluang mengenali dan mendekati budaya masyarakat Bandung.

Acara ini tak perlu diperkenalkan lagi... inilah acara yang ditunggu-tunggu oleh "kaki joget lambak"... Pengerusi dan Naib Pengerusi KBTBB dah tak boleh tahan... tu diaaaaa....cewah-cewahhh...

Pastinya aksi-aksi berbasikal tua seperti ini tidak ada di Malaysia... hanya di Bandung sahaja kita boleh lihat... aksi ini dilakukan oleh sahabat-sahabat PSB Bandung.

Orang kayuh basikal pakai kaki...kawan kita sorang nie...kayuh basikal pakai tangan daa... aksi macam nie...putuih tali kasut pun tak boleh tengok kat mana-mana kat Malaysia... kancin gigi tengok oooo...

Ini sebahagian daripada tugasan Ketua Projek... bukan cukup sekadar pandai cakap jer... dari buat Projek Paper sampai menguruskan acara tauu... semua boleh bikin "multi-tasking"... jawap soalan yang susah-susah dari Media pun kerja KP.

Barisan kepimpinan dari dua negara (kiri) Kang Aboy (Ketua PSB Bandung), Sdr. Alias Omar (Pengerusi KBTBB) dan Pak Diar (mewakili Ketua KOSTI Pusat)

Menikmati makan malam masakkan Sunda di Saung Ujo bersama-sama.. kelihatan di gambar En. Zulkifli bersama ahli-ahli KBTBB...

Terpahat sebagai sejarah dan kenangan yang tidak akan dapat dilupakan... kumpulan pelopor basikal tua dari Malaysia yang berjaya mengadakan dan menjayakan Acara K2N II demi negara dan bangsa serta warisan generasi akan datang. Inilah sumbangan kami pada warisan basikal tua...
...

Rabu, 8 Jun 2011

KBTBB meraikan kejayaan K2N II (Malaysia & Indonesia). Terima Kasih buat semua!

Acara K2N II yang telah berlangsung pada 3-6 Jun 2011 di Bandung/Jakarta telahpun berlangsung dengan penuh meriah dan jayanya. Perit, jerih, suka-duka dan pengorbanan selama ini ternyata tidak sia-sia dengan anugerah kejayaan yang dikecapi sebagai hadiah kenangan seumur hidup yang tidak mungkin dilupakan. Acara K2N II yang merupakan acara lawatan balas KBTBB bersama 2 wakil (Johor dan Perak) telahpun membuka lembaran sejarah dan hubungan persahabatan ontelis Malaysia dan Indonesia. Laungan 1Malaysia...1Indonesia dan 1Nusantara sentiasa dilaungkan selama 4 hari acara ini berlangsung telah menyuntik semangat baru bagi seluruh pencintanya di Nusantara. Siapa sangka "main besi buruk dapat naik besi terbang...." itulah signifikannya hobi basikal tua ini berbanding dengan hobi-hobi yang lain.

Berbekalkan semangat dan keyakinan yang tinggi dengan kata-kata "biar patah sayap...bertongkat paruh hamba teruskan..." dan "alang-alang mandi biar basah..." KBTBB telah berjaya membawa ahli-ahlinya ke luar negara menikmati dan merasai pengalaman yang tidak pernah dilalui oleh mana-mana kelab basikal di Malaysia mahupun di dunia. Berasal dari sebuah kelab "kampung"... siapa sangka KBTBB mampu membawa ahli-ahlinya terbang ke Indonesia merentas negara dan merintis laluan untuk seluruh pencinta dan pejuang basikal tua Malaysia.

Peserta K2N II dan Alumni K2N I berkumpul di Saung Udjo, Bandung menghadiri Majlis Makan Malam K2N Kali Ke 2 yang telah disempurkan oleh Bpk. Ayi Vivananda

Tanpa kerjasama dan sokongan dari semua pihak terutamanya pihak KOSTI, PSB Bandung, KOBA dan lain-lain kelab sepeda yang terlibat sudah pasti Acara K2N II ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Sejuta penghargaan KBTBB khas buat Penaung kami iaitu En. Zulkifli Othman dan Pengerusi JKKK Kg. Batu Berendam iaitu En. Gafar Othaman yang bekerja keras mendapatkan dana dan sanggup berkorban wang ringgit demi memastikan Acara K2N II tetap dilangsungkan. En. Roslan Mat Nong wakil Kerajaan Negeri Melaka bersama 2 lagi pegawai yang sudi hadir mengetuai delegasi Malaysia ke Indonesia. Tidak lupa setinggi penghargaan buat Pak Ayi Vivananda mewakili Walikota Bandung yang sudi merasmikan acara Kayuhan 2 Negara di Saung Udjo, Bandung.

Antara VVIP yang hadir ke Acara K2N II - En. Zulkifli Othman, Bpk. Ayi Vivananda, Pak Diar, En. Roslan Mat Nong, dan En. Ghafar Othman.

Ahli-ahli KBTBB berkayuh bersama lebih 1,000 ontelis sepeda ontel di Bandung yang bermula di pejabat Walikota Bandung sejauh lebih 14km dengan berpakaian era Munsyi Abdullah.

Puan Rokiah berpakaian ala-ala Portugis dengan gelaran Rocky Piya De Squerra menjadi tarikan media dan wartawan sewaktu di Bandung.

Sdr. Alex sendiri sudah tidak tahan melihat banyaknya barang-barang klitikan (spare-part) yang "terhidang" untuk dimiliki...sehingga terpaksa bersela (duduk bersimpuh)...

Sdr. Jebat melihat seat Terry sampai "berdarah" matanya sebelum rebah pengsan apabila mendengar harganya yang cukup murah iaitu 200 ribu (sekitar RM70 ringgit)....murah tuuu...

Pautan Mengenai Liputan/Berita K2N II di Bandung/Jakarta Indonesia pada 3 - 6 Jun 2011 - oleh Media Indonesia

1) Kayuhan 2 Negara, Indonesia dan Malaysia - Dio Prasetyo http://dhenz.wordpress.com/2011/06/06/kayuhan-2-negara-indonesia-dan-malaysia/#more-274

2) Ratusan "Ontelis" Berbatik Dalam Kayuhan Dua Negara - Antara Jawa Barat http://antarajawabarat.com/lihat/berita/32210/ratusan-onthelis-berbatik-dalam-kayuhan-dua-negara

3) 1000 Onthelis Ngagowes pada 'Kayuhan 2 Negara' di Bandung - Oris Riswan Budiana - Detik Bandung http://us.bandung.detik.com/read/2011/06/05/093334/1653259/486/1000-onthelis-ngagowes-pada-kayuhan-2-negara-di-bandung

4) Foto K2N oleh Antara http://www.antarafoto.com/peristiwa/v1307261705/kayuh-2-negara

5) Onthelis 2 Negara Serumpun Akur di Bandung - Koran Jakarta http://m.koran-jakarta.com/index.php?id=63586&mode_beritadetail=

6) Ratusan Ontelis Dua Negara Banjiri Jalanan - Seputar Indonesia http://www.seputar-indonesia.com/edisicetak/content/view/403733/

7) Penggemar Ontel Indonesia-Malaysia Keliling Kota Bandung - Antara News.com http://www.antaranews.com/berita/261605/penggemar-ontel-indonesia-malaysia-keliling-kota-bandung


Setinggi Penghargaan khas buat BERNAMA yang diwakili oleh En. Azmi yang sudi membuat liputan dan promosi mengenai Acara K2N II dan berita KBTBB bersama ahli-ahlinya berbasikal tua ke Bandung, Indonesia. Terima kasih BERNAMA.

Siaran Akhbar Utusan Malaysia pada Khamis, 2 Jun 2011

Siaran Akhbar KOSMO pada Khamis, 2 Jun 2011

Siaran The Star (akhbar Inggeris) pada Isnin, 6 Jun 2011


...

Isnin, 30 Mei 2011

Perutusan Pengerusi KBTBB Bersempena Acara K2N II - 2011

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia buat semua pembaca blog rasmi KBTBB. Tarikh 4 -5 Jun 2011 merupakan tarikh keramat yang akan terpahat sebagai satu sejarah penting buat seluruh pencinta dan pejuang basikal tua di Malaysia. KBTBB yang telah ditubuhkan lebih 3 tahun lalu bakal mengukir sejarah buat negara kerana menjadi kelab basikal tua pertama dari Malaysia berjaya membawa ahli-ahlinya ke luar negara mengikuti acara basikal tua bertaraf antarabangsa.

Setelah mengecapi kejayaan pada penganjuran K2N pertama di Melaka Bandaraya Warisan Dunia tahun lalu, KBTBB terus cekal dan berani memacu kemudi meneruskan acara K2N II yang akan berlangsung di Bandung beberapa hari sahaja lagi. Hampir setahun KBTBB mengumpulkan dana dan mengerah tenaga serta keringatnya demi merealisasikan impiannya. Hari ini marilah kita bersama-sama berdoa dan bersyukur kerana semua yang diimpikan selama ini hampir menjadi kenyataan.

Sebahagian peserta K2N II dari Malaysia (KBTBB) yang akan terbang ke Indonesia memeriahkan acara K2N II di Bandung.

Pada hari Jumaat, 3 Jun ini KBTBB akan terbang ke Indonesia mengotakan janjinya untuk bersama-sama sahabat-sahabat K2N I (Indonesia) untuk mencetuskan 1 lagi fenomena yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh 40 ahlinya dan ribuan peserta Indonesia yang akan membanjiri Kota Bandung. Bertemakan "Basikal Tua Memperkukuh Persahabatan Serumpun" KBTBB akan membuktikan dengan "basikal tua" persahabatan serumpun bagi kedua-dua negara akan terus kukuh dan erat pada masa hadapan melalui penganjuran acara sebegini.

Kehadiran KBTBB di Bandung pastinya akan memberikan pengalaman baru dengan atmosfera berbeza buat 40 ahli-ahlinya. Diharapkan dengan pengalaman yang dikutip di Indonesia nanti akan dibawa pulang untuk dikongsi bersama dengan pencinta dan pejuang basikal tua tanahair. Kepada sahabat-sahabat di Indonesia kami datang dengan harapan dan ingin pulang membawa kejayaan. Kepada seluruh pencinta dan pejuang basikal tua Malaysia pula doakan pemergian kami demi melestarikan hobi yang kita cintai ini.

Di kesempatan ini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Penaung KBTBB iaitu En. Zulkifli Othman, Pengerusi JKKK Bt. Berendam iaitu En. Ghafar Othman, barisan AJK KBTBB, ahli-ahli KBTBB, Kelab Basikal Klasik Johor, Kelab Basikal Antik Benut, Kelab Basikal Klasik Pulau Pinang, Kelab Basikal Klasik Muar, Port Swettenham Classic Bicycle dan seluruh pencinta dan pejuang basikal tua Malaysia yang menyokong acara K2N II ini. Semoga kita akan bertemu pada acara kayuhan basikal tua yang lebih besar dan berprestij di masa hadapan. Teruskan sokongan anda!


Sekian. Terima Kasih.


"Basikal Tua Warisan Generasi Muda"











Alias Omar

Pengerusi
Kelab Basikal Tua Batu Berendam
Melaka Bandaraya Warisan Dunia
M A L A Y S I A

...

Selasa, 24 Mei 2011

Selamat Pengantin Baru khas buat Sdr. Hafiz dan pasangannya

KBTBB ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Sdr. Hafiz dan pasangannya yang telah melangsungkan perkahwinan mereka pada Ahad, 22 Mei 2011 yang lalu. KBTBB bersama lebih 20 orang ahlinya hadir untuk mengiringi pasangan mempelai bagi memeriahkan suasana Majlis Perkahwinan mereka yang berlangsung di Melaka. Walaupun cuaca panas pada hari tersebut namun demi meraikan ahlinya KBTBB tetap hadir bersama basikal tua masing-masing sebagai tanda penghargaan/hadiah terhadap pasangan pengantin dan keluarga mereka.

KBTBB hadir ke Majlis Perkahwinan Sdr. Hafiz sebagai tanda penghargaan/hadiah istimewa buat beliau dan pasangan.

Sessi berfoto bersama Pengantin - Sdr. Hafiz ceria bersama basikal tua...

Mengabadikan kenangan seumur hidup bersama sahabat-sahabat basikal tua yang sentiasa menghargai persahabatan...

Pengantin lelaki membuat kejutan dengan mengayuh basikal tua dalam upacara "berarak" dengan diiringi lebih 20 ahli KBTBB pada Majlis Perkahwinan beliau...

Paluan kompang mengamatkan suasana pada Majlis tersebut dengan berlatar-belakangkan bunyi loceng basikal tua...

Penuh klasik dan nostalgia - basikal tua tetap di hati... Semoga pasangan mempelai kekal bahagia sehingga ke akhir hayat mereka...


...