Batu Berendam - Seramai 150 orang tetamu telah menghadiri Majlis Rumah Terbuka & Jamuan Aidilfitri yang diadakan pada 17hb Oktober, 2009 yang lalu. Majlis yang berlangsung penuh ceria dan meriah ini dihadiri oleh ramai sahabat-sahabat basikal tua dari seluruh pelusuk tanahair. Antaranya kehadiran sahabat-sahabat dari Negeri Perak, N. Sembilan, Selangor dan Johor. Majlis juga diserikan dengan kehadiran Penaung KBTBB En. Zul bersama sahabatnya Tuan Hj. Khalil (Pegawai Khas - Perhubungan UMNO) dari Pontian, Johor serta Sdr. Ismail (Ketua Pemuda UMNO Batu Berendam). Paling penting bagi KBTBB Majlis ini diadakan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara ahli-ahli keluarga KBTBB, penduduk kampung Batu Berendam, dan sahabat-sahabat sambil beramah-mesra dan bermaaf-maafan.
Para hadirin yang hadir khusyuk mendengar taklimat dan ucapan alu-aluan dari Pengerusi Majlis, Sdr. Fadhil sewaktu melaksanakan acara pembukaan Majlis.
Tuan Imam membacakan doa selamat untuk acara Majlis sebagai tanda kesyukuran dan selamat di atas segala acara KBTBB yang telah dan bakal dianjurkan. Kelihatan Sdr. Alias, Sdr. Sidek, Tok Penghulu dan Dr. Norman mengaminkan doa.
Sahabat sejati KBTBB iaitu Sdr. GB dan Fadhil hadir bersama 2 rakan mereka dari Kampar, Perak iaitu Sdr. Fazil dan Sdr. Roy (BSA) antara tetamu yang awal tiba di Batu Berendam.
Pak Hassan sempat mengusik Sdr. Samsir sambil menjamu selera.
Tok Penghulu dan Chegu Shaari hadir bersama ahli keluarga masing-masing menceriakan suasana sambil menjamu selera.
Anne Acasia (Wawa) ceria berbaju hijau menikmati hidangan keseorangan kerana Sdr. Ikhwan sibuk melayan tetamu yang datang.
Dari Kiri Sdr. Alias, Sdr. Kamrudin, Sdr. Radzwan, Sdr. Taufik & Sdr. Ikhwan (BM) sempat bergambar walaupun sibuk melayan para tetamu.
Sempat beraksi bersama koleksi basikal yang dipamerkan sambil bertukar-tukar pendapat dan pengalaman masing-masing.
Sdr. Zul (Penaung KBTBB) bersama sahabatnya Tuan Haji Khalil (berbaju belang-belang) turut serta menjamu selera.
Sdr. Ikhwan serius berbincang dan berbual mengenai rancangan di masa hadapan bersama Pengerusi Kelab Basikal Klasik Muar iaitu Cikgu Kadir dan sahabat-sahabat dari Muar, Johor.

KBTBB juga amat berbesar hati dengan kesudian dan kehadiran anggota-anggota Polis dari Balai Polis Batu Berendam yang telah dijemput. Hubungan baik di antara KBTBB dengan pihak berkuasa tempatan penting demi menjaga keharmonian dan keselamatan serta kepentingan semua pihak di Batu Berendam.
Tuan Haji Khalil memperkatakan sesuatu kepada Sdr. Ikhwan untuk membantu merancang "1 program besar" anjuran bersama di antara KBTBB dengan Kelab-kelab Basikal di Johor terutamanya di Daerah Pontian. Berita terkini KBTBB telahpun dihubungi oleh rakan-rakan basikal dari Pontian menyatakan kesediaan untuk turut sama menyertai program yang akan dirancang kelak.
Ke mana kuah....kalau tidak tumpah ke nasi...begitulah hasrat Sdr. Jebat untuk mewarisi basikal tua kepada anak-anaknya walaupun si kecil (Adik Asri) baru berusia 1 tahun 2 bulan. Ternyata kehadiran basikal kepunyaan Adik Ayu Izzaty di Batu Berendam menjadi tumpuan dan inspirasi kepada kanak-kanak kecil yang tertawan melihatnya.
Kesudian Otai Chemek menghadirkan diri ke Batu Berendam merupakan satu penghormatan kepada KBTBB. Tiada yang lama maka tiadalah yang baru. Sdr. Ikhwan yang mewakili "generasi muda" membuktikan beliau amat-amat menghormati dan menghargai pengalaman dan pengetahuan otai-otai yang terdahulu mempelopori hobi basikal tua di Melaka. Terima kasih kepada Otai Chemek kerana sudi mengiringi kayuhan KBTBB dari mula sehingga akhir. Terima kasih juga kepada Otai Izan yang turut hadir dan telah banyak menurunkan ilmu basikalnya kepada ahli-ahli KBTBB.Akhir kata...KBTBB amat-amat berbesar hati dan terharu dengan sokongan dan kehadiran semua pihak yang sudi hadir meluangkan masa dan tenaga untuk menjayakan dan memeriahkan Majlis Rumah Terbuka dan Sambutan Aidilfitri pada tahun ini. Insyallah di tahun hadapan KBTBB akan mengadakan Majlis seperti ini lagi sebagai acara tahunan di dalam kalendar aktiviti/acara KBTBB. Dikesempatan ini KBTBB ingin memohon ampun dan maaf di atas segala kekurangan dan kesilapan yang berlaku sepanjang Majlis tersebut berlangsung.
TERIMA KASIH DAUN KELADI...TAHUN DEPAN DATANG LAGI.
Jangan lupa saksikan paparan acara kayuhan "pemanas badan" KBTBB bersama sahabat-sahabat dari Perak dan Selangor yang diserikan dengan penampilan istimewa adik Ayu Izatty bersama basikal kecilnya pada PAPARAN AKAN DATANG...TUNGGGUUUU
Basikal Tua...Warisan Generasi Muda
Admin KBTBB.
Sdr. Alias (Pengerusi KBTBB) menerima sumbangan dari Sdr. Ismail (Ketua Pemuda UMNO, Batu Berendam).
Tuan Haji Khalil dari Pontian, Johor juga turut sama menghulurkan sumbangan untuk KBTBB dan amat bangga melihat aktiviti-aktiviti dan majlis yang dianjurkan.


Salam Ramadhan dan Salam Keamanan buat semua sahabat di Nusantara. Pada tanggal 5hb September 2009 bersamaan 15 Ramadhan 1430H bertempat di bumi bertuah Melaka, KBTBB kerana telah berjaya melancarkan logo terbaharunya. Majlis pelancaran yang diadakan pada bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini telah disempurnakan oleh Penaung KBTBB iaitu Sdr. Zulkifli Osman, seorang Tokoh Korporat muda yang disengani di Batu Berendam. Majlis bersejarah ini telah disaksikan oleh Tuan Mansor Shah, Wakil Ahli Parlimen Bukit Katil, Naib Pengerusi KBTBB (Sdr. Izan) yang mewakili Pengerusi KBTBB, Sdr. BM & Isteri dan seluruh ahli-ahli KBTBB.
Sdr. Zulkifli menurunkan tandatangannya sebagai simbolik merasmikan logo terbaharu KBTBB yang telah direka khas oleh blogger basikal tua iaitu Sdr. BM (Ikhwan), Sdr. Jebat (KBTBB) dan Sdr. Sanim (NBT).
Tuan Mansor Shah juga tidak ketinggalan menurunkan tandatangan mewakili Ahli Parlimen Bukit Katil bagi menyempurnakan Majlis Pelancaran. Beliau sempat memuji logo KBTBB yang terbaharu kepada Sdr. BM kerana rekaan dan warna yang menarik perhatiannya.
Gabungan elemen klasik-kontemporari logo terbaharu KBTBB mengabungkan jalinan antara lama (klasik) dan baru (moden/kontemporari) simbolik kepada tua dan muda selari dengan tagline rasmi KBTBB iaitu "Basikal Tua...Warisan Generasi Muda". Pemilihan warna biru tua melambangkan kesetiaan, ketaatan dan integriti dan warna oren melambangkan kemodenan, vibran, dan progresif. Elemen grafik - 3 pemuda berbasikal tua melambangkan revolusi, identiti, dan transformasi basikal tua untuk generasi muda. Elemen jalinan garisan biru dan oren melambangkan kerjasama, koleborasi, kekuatan, keterbukaan minda dan dinamik. Darisegi "direction" visual grafik - 3 pemuda berbasikal yang berkayuh menuju ke hadapan adalah kesinambungan kepada hala-tuju (direction) untuk terus melestari dan memartabatkan basikal tua di mata dan di hati masyarakat Malaysia, Nusantara dan dunia.
Sdr. BM (Ikhwan) yang sentiasa positif dan progresif mengutarakan idea-idea yang "fresh" dan bernas agar ahli-ahli tidak terbelenggu dengan pemikiran kolot dan sempit. Beliau yang bertindak sebagai Pengerusi Majlis memberikan penerangan dan taklimat mengenai aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dan akan bakal dirancang.




Salam Ramadhan buat semua. Pada paparan ke-2 (Part II) ini KBTBB ingin menceritakan pengalaman semasa kerja-kerja mengedarkan bubur lambuk dijalankan dan sambungan daripada cerita Part I. Selesai sahaja kerja-kerja mengisi dan mengenal-pasti "target" atau penerima bubur lambuk maka "Skuad Delivery" pun memulakan kerja-kerja mereka. Skuad ini dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil yang diketuai oleh Sdr. Jebat yang bertindak sebagai Ketua Operasi.
Sdr. BM dan Wawa (Anne Acasia) juga turut serta mengangotai "Skuad Delivery". Yang atas basikal tu takkan korang tak kenal? Dialah Mr. GB - Jaguh Basikal Malaya...kekuatannya setakat ini takde siapa dapat tandingi. Keberaniannya tidak dapat disangkal dan kekuatannya tiada tandingan. Mr. GB bertindak sebagai Ketua Logistik (kalau saper tak tahu dulu Mr. GB nie belajar Undang-undang tauuuu...jangan tak caya haaaa...)






"Macam pernah kulihat aja mobil ini...tapi di mana yaaa?!" kata Mr. GB. "Keretanya ada...orangnya mana yaaa?!" tambah GB lagi. Peluang berada diperkarangan rumah DAR tidak dipersia-siakan...maklumlah bukan senang-senang boleh masuk beb..kalau xde urusan rasmi lupakanlah beee...


Puan Azwa (Anne Acasia) turun padang membantu memasak bubur lambuk untuk KBTBB. Dibantu oleh Tok Penghulu, Chegu Saari, Encik Baba (tukang masak terhebat) dan Pak Hassan selaku (banker/bendahari)
Selesai sahaja memasak ahli-ahli KBTBB bekerjasama membantu mengisi bubur di dalam bekas plastik yang telah disediakan. Kelihatan digambar - Puan Azwa, Tong Penghulu, Fadhil Mafia , Bro Izan, Shamsir Samseng, dan Pak Hassan Tukang.
Naib Pengerusi KBTBB (Bro Izan) dan Bendahari (Pak Hassan) menyusun bubur lambuk di dalam bakul rotan sebelum diedarkan oleh "Skuad Penghantar/Delivery" yang akan bergerak mengililingi kampung.
Sdr. Jebat juga tidak melepaskan peluang membantu mengisi bubur lambuk di dalam bakul rotan. Tahniah kepada Sdr. Jebat kerana berjaya menjadi ketua (Leader) untuk melaksanakan aktiviti dan program bubur lambuk untuk KBTBB. Paling ketara KBTBB kini sedang melalui satu proses "transformasi" dan "pembaharuan" untuk terus mara ke hadapan dan menjadi kelab basikal tua yang berkarisma dan berkredibeliti.